Visit Our Sponsor;
Dragonball GT #18(May 21, 1999)
Yo!Separuh Data Telah Hilang!!?Goku Pamerkan Kehebatan Sebenar!!
Pasukan EC4 yang telah kehilangan sebuah robot tersebut mentertawakan Trunks dan Goku yang sedang melihat kearah Pan yang tidak sedarkan diri.Goku bertekad untuk menghapuskan mereka dan kemudian, salah sebuah dari robot tersebut menjawab yang pasukan EC4 tidak mungkin dapat dikalahkan lagi kerana segala data-data mengenai teknik serangan Goku dan Trunks berada didalam memori mereka.Goku tidak menghiraukan kata-kata mereka dan dia menyuruh Trunks supaya membawa Pan ketempat selamat,mencari Gill dan dapatkan semula mutiara naga. Apabila Trunks cuba mendekati Pan, robot EC4 yang paling besar cuba menyerangnya tetapi dihalang oleh Goku.Trunks kemudiannya segera mendapatkan Pan dan pergi dari situ.
Goku dan Ketua EC4 pun mula bertarung.Malangnya,Goku telah dipukul teruk.Ketua EC4 itu kemudiannya memberitahu Goku yang segala data mengenai teknik serangannya datang dari Gill.Ini menyebabkan Goku menjadi terkejut dan berasa sangat marah.
Sementara itu,Rirudo pula sedang memerhatikan pertarungan itu dari monitor.Dia memuji-muji Gill sekali lagi.Kemudian, mereka menyuruh Goku supaya mengaku kalah sahaja tetapi Goku tetap enggan.Mereka pun terus berlawan dan keputusannya tetap sama.Kemudian, pada ketika Ketua EC4 mula bercakap besar, Goku menembakkan bola tenaga kearahnya.Ketua EC4 itu pun menenggelamkan dirinya kedalam lantai untuk mengelak serangan tersebut.Goku terkejut dan terpaku melihat aksi robot tersebut.Oleh kerana dia terpaku terlalu lama, ini memberi kesempatan untuk robot tersebut membakar seluarnya.
Goku kemudiannya terus menyerang lagi dengan bola tenaga pada segenap penjuru.Robot tersebut akhirnya ditembak menembusi dinding dan jatuh kelantai.Ini menyebabkan robot-robot lain terkejut dan Goku pula bersedia untuk menyerang robot yang lain.
Sementara itu, Trunks membawa Pan kembali ke kapal angkasa mereka dan dia mendapati yang kapal mereka telah diselongkar.Dia juga mendapati yang kesemua mutiara naga mereka telah hilang.Pada ketika itu, Trunks secara tidak sengaja telah tersepak sebuah tin minuman dan mengenai kepala Pan.Pan terjaga dan dia diberitahu yang mutiara naga telah dicuri.Pan pun naik marah.
Di dalam menara pula, pasukan EC4 bersedia untuk menyerang balas.Bagaimanapun,ketua mereka kemudiannya mengarahkan supaya mereka bercantum membentuk "mega cannon".Ketiga-tiga robot itupun bercantum dan membentuk sebuah robot yang lebih besar besar dan lebih kuat.Mega Cannon pun meningkatkan tenaganya dan Goku berasa gembira dengan keadaan tersebut.Pertarungan pun disambung semula tetapi kali ini Goku ditembak sekali lagi kearah hutan berdekatan.Goku memulihkan semula tenaganya dan melahirkan rasa kagum dengan kekuatan Mega Cannon.Mega Cannon kemudiannya bertukar bentuk seperti pepatung dan terbang kearah Goku.Bagaimanapun Goku terbang dengan lebih pantas dan ini menyebabkan Rirudo berasa sangat marah lalu memancarkan tenaga tambahan kepada Mega Cannon dari menaranya.Kali ini, Mega Cannon (MC) terbang dengan lebih pantas dari Goku dan serangan lasernya menyebabkan Goku terus melarikan diri.MC kemudiannya bertukar kepada alat gerudi dan terus menyerang Goku dengan peluru berpandu.Bagaimanapun Goku berjaya menangkap kepala gerudinya lalu menghempaskannya ke tebing berdekatan.
Goku menurunkan semula tenaganya dan mengatakan yang dia berasa gembira dan sudah mengetahui akan kekuatan sebenar MC.Goku juga menambah yang dia sebenarnya mempunyai kekuatan yang belum dilihat oleh Gill.Rirudo yang melihat dari monitor di menaranya berasa sangat marah dan dia terus meninggal menaranya untuk menghadapi Goku seorang diri.
Goku pula terus menumbuk-numbuk MC beberapa kali dan dia mengakhirinya dengan tembakan KamehaMeha.Mega Cannon pun bercerai kembali dan ketiga-tiga robot EC4 tersebut pun jatuh ke lantai dan musnah.
Setelah berjaya menumpaskan Mega Cannon, Goku berasa sangat lapar.Bagaimanapun, dia tidak dapat mencari makanan kerana dia dapat merasai satu sumber tenaga yang lebih kuat dari MC sedang menghampirinya.
Di dalam kapal angkasa pula,Pan bertekak dengan Trunks.Dia mahu kembali ke menara dan mendapatkan semula mutiara naga.Tiba-tiba, mereka dapat merasai satu gelombang ki yang sangat kuat dan tertanya-tanya siapakah pemiliknya.Sementara itu, Goku pula sedang terbang menghala ke kapal angkasa mereka dan begitu juga dengan Rirudo.
Pertarungan Hebat bakal berlaku minggu depan....
bersambung di episod 19!!
**************************************************************** Disiapkan oleh; Azman Aziz dragonball@dragonball.com http://only.at/dragonball Mechanical Engineering,UMKL Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
dahulu ****************************************************************
Visit Our Sponsor;