Visit Our Sponsor;

  • RealDiscussions.com - Get Connected! Real Discussions, for real people.

    Dragonball GT #19(May 31, 1999)

    Mulakan Serangan!!Kekuatan Rirudo!!

    Trunks dan Pan cuba meneka siapakah yang memiliki kekuatan sedemikian sambil berharap yang Goku dapat menumpaskannya. Kemudian, Goku sampai dikapal angkasa dan keadaan ini menghilangkan rasa takut Pan dan Trunks.Bagaimanapun, mereka masih berasa risau kerana pemilik gelombang ki yang tinggi tersebut sedang menghampiri mereka.

    Kemudian, Pan memberitahu Goku mengenai kehilangan mutiara naga dan dia berharap tidak akan bertemu dengan Gill lagi.Seketika kemudian, Rirudo sampai dan dia mengulas mengenai kemampuan Goku mengalahkan Mega Cannon.Goku membalas kata-kata Rirudo dengan mengatakan yang dia mampu mengalahkan Rirudo seorang diri.Trunks bersetuju dengan kata-kata Goku tersebut dan dia juga turut yakin dapat mengalahkan Rirudo seorang diri.Kemudian,Pan muncul dan bertanyakan mengenai Gill.Rirudo kemudiannya mengingatkan mereka bahawa dia adalah Shogun Rirudo yang terkenal.Pan tidak menghiraukan kata-kata Rirudo dan terus menyerangnya.Pan berjaya menumbuk Rirudo dengan kuat dimuka disusuli tendangan kuat sehinggakan Rirudo terpelanting jauh kebelakang.Trunks dan Goku terkejut.Pan kemudiannya menyatakan yang dia bukan budak kecil lagi dan bertanya kepada Rirudo samada dia bersetuju dengan kata-katanya.

    Pan meminta Rirudo supaya menyerahkan semua mutiara naga kepadanya.Rirudo enggan berbuat demikian dan berdiri semula.Dia membetul-betulkan lehernya dan mengatakan yang semua mutiara naga telah diserahkan kepada Dr Myuu.Goku bertanyakan mengenai tujuan Myuu dan Rirudo mendakwa yang Dr Myuu telah mencipta semua 'mesin mutasi'ini semata-mata bertujuan untuk menguasai seluruh cakerawala.Goku kurang faham dengan penjelasan Rirudo tetapi dia bersedia untuk menghapuskannya.

    Rirudo kemudiannya menyerang Pan dengan satu pancaran cahaya hijau tetapi Trunks cuba melindungi Pan dan pancaran itu mengenai badannya.Trunks jatuh terbaring dan dia telah dilitupi dengan cengkerang berwarna plumbum (seperti yang berlaku pada Han Solo dalam Star Wars).Kemudian, secara tiba-tiba balutan itu hilang bersama-sama dengan Trunks.

    Pan bertanya kepada Rirudo, apa yang berlaku pada rakannya itu dan terus menyerang Rirudo.Bagaimanapun serangannya pada kali ini tidak membawa sebarang kesan pada Rirudo malah dengan mudah dihalang olehnya.Rirudo kemudiannya memberitahu mereka yang mereka dapat mengetahui apa yang berlaku dengan melawat menara besar dibandar tersebut.Goku kurang faham.Bagaimanapun, tanpa berlengah, Pan terus terbang ke arah menara tersebut.

    Rirudo kemudiannya mahu menangkap Goku bersama lalu dia pun menembakkan cahaya yang serupa kearah Goku.Goku berjaya mengelak tetapi kawasan sekitar bersama-sama dengan kapal angkasa mereka habis musnah dengan serangan tersebut.Akhirnya, Rirudo menukar rancangannya dan bersedia untuk berlawan dengan Goku secara berdepan.Goku berasa gembira dengan keputusan Rirudo itu.

    Di menara, Pan sedang mencari Trunks tetapi tidak menjumpainya.Dia kemudiannya,menukar rancangan dengan menembak disekeliling menara tersebut.Loceng kecemasan pun berbunyi dan sepasukan komando merah sedang menuju kearah Pan.Sementara itu, Goku dan Rirudo terus berlawan dan memusnahkan kawasan sekitar.

    Komando Merah pun akhirnya sampai ketempat Pan berada.Bagaimanapun mereka dengan mudah dihapuskan oleh Pan sehingga cuma tinggal seorang saja.Komando Merah yang tinggal ini berasa takut dan bersedia untuk memberitahu Pan dimana Trunks berada.

    Sementara itu, Rirudo dipukul teruk oleh Goku.Oleh itu, Rirudo pun menembakkan tangan roket kearah Goku.Goku berasa kurang senang dengan tindakan Rirudo.Maka, Rirudo pun meminta maaf.Bagaimanapun, tangan tersebut berpatah balik dan mengenai belakang Goku lalu menangkapnya.Kemudian, tangan roket tersebut terus menuju kearah Rirudo sambil menggenggam Goku yang sudah tertipu.Apabila mendapati Goku sudah tidak bergerak, Rirudo terus ketawa.Tiba-tiban, Goku juga turut ketawa lalu menembak bola tenaga ke perut Rirudo dari jarak dekat.Sungguhpun begitu, Rirudo tidak mengalami kecederaan yang teruk.Goku pula berasa semakin gembira.

    Di dalam menara pula, Gill sedang memerhatikan Trunks yang akan dihantar ke planet Myuu.Kemudian, Pan pun sampai tetapi sudah terlambat.Gill memberitahunya yang Trunks sudah dihantar ke planet Myuu.Pan naik marah dan cuba menyerang Gill.Gill kemudiannya menjerit.."Pan..Bahaya!!" .Tiba-tiba, sistem pertahanan dibilik tersebut menjadi aktif.Lantainya bergerak dan cuba menghimpit Pan.Bagaimanapun, secara tiba-tiba Pan telah di telepot ke pintu depan menara .

    Sementara itu, di sebuah menara hitam di planet Myuu ,Myuu sudah tidak sabar-sabar untuk menguji Trunks yang telah jatuh ke tangannya dengan ciptaan terbarunya.(Planet Myuu adalah berwarna hitam).

    Sementara itu, Goku dan Rirudo masih terus bertarung.Goku menyerang bertalu-talu tetapi tidak mengenai Rirudo.Rirudo terus ketawa dan secara tiba-tiba sebahagian dari dinding gunung berapi yang terkena serangan Goku telah jatuh keatas Rirudo.Rirudo naik marah lalu meningkatkan sumber tenaganya.Tiba-tiba, Goku hilang dari pandangannya.Apabila dia sudah dapat mengesan Goku semula, Goku sudah pun melancarkan KameHaMeha.Serangan tersebut seolah-olah sudah memusnahkan Rirudo tetapi Goku tetap yakin yang Rirudo tidak akan tewas semudah itu.Kemudian, Rirudo muncul dibelakang Goku sambil mengalami kecederaan teruk.

    Tiba-tiba, pasukan EC4 yang masih hidup, bergerak didalam paip bawah tanah lalu mendekati Goku dan memegang tangan dan kakinya tanpa disedari.Rirudo kemudiannya mengatakan yang perlawanan tersebut sudah berakhir.Goku cuma ketawa.Oleh itu, Rirudo bertanyakan, apa yang melucukan???.Tanpa berlengah, Goku bertukar kepada Super Saiya(SSJ) dan melancarkan bola tenaga yang besar kearah Rirudo dan EC4.Pada ketika itu, Rirudo mula sedar yang Goku cuma menggunakan sebahagian sahaja dari tenaganya dan Goku pula menjawab yang dia juga tahu yang Rirudo juga cuma menggunakan sebahagian dari tenaganya.

    Pertarungan pun diteruskan.Pada kali ini, Rirudo mahu menunjukkan kekuatan sebenarnya.Dia meningkatkan tenaganya dan menyerap kesemua komponen mesin termasuk komponen EC4.Akhirnya, dia mengatakan yang dia sekarang sudah menjadi "Mega Rirudo". Rupabentuknya adalah seperti gabungan ninja dan kapal terbang jet dengan badan berwarna merah dan sayap kecil dibelakangnya.

    Goku tersenyum dan mereka bersedia untuk meneruskan pertarungan..

    Bersambung.....diepisod 20...
    Sila lawat sponsor sebagai sokongan anda untuk hompej ini!!Terima Kasih!!

    ****************************************************************
    Disiapkan oleh;
    Azman Aziz
    dragonball@dragonball.com
    http://only.at/dragonball
    Mechanical Engineering,UMKL
    
    Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
    hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
    dahulu ****************************************************************

    Visit Our Sponsor;

  • RealDiscussions.com - Get Connected! Real Discussions, for real people.