Dragonball Gt #2(December 20, 1998)
Akulah Ketua!!Pan Terbang ke Angkasa!!
Episod ini dimulakan dengan Trunks yang sudah dewasa, dibawa ke pejabatnya setelah dilantik sebagai Presiden kepada Capsule Corp. Dia bagaimanapun tidak tahan dengan tugas-tugasnya sebagai seorang Presiden lalu cuba melarikan diri melalui tingkap pejabat.Sementara itu,Pan pula sedang mengganggu teman wanita baru Goten yang mahu bercakap dengan Goten.
Seluruh keluarga Goku merasa sangat kecewa dengan nasib yang menimpa Goku.Oleh itu, Gohan meminta untuk memberikan pertolongan kepada Goku dan begitu juga Pan. Tetapi, Cici tidak mahu Pan turut serta, lalu dia menakutkan Pan dengan cerita-cerita seram. Pan sebenarnya mahu dirinya dianggap sebagai sudah dewasa dan dia juga tidak suka dengan sikap datuknya (Goku) yang mula bersikap kebudak-budakan.Tetapi, pada masa yang sama, Goku gembira menjadi kanak-kanak semula.
Di Capsule Corp.
Bulma memberitahu mereka yang kapal angkasa yang telah siap dibina cuma boleh membawa seramai 3 orang.Sementara itu,terdapat penculik sedang memerhatikan mereka dan mahu menculik Bulma.Kemudian, muncul Bezita yang kelihatan sudah agak tua dan bermisai.Keluarga Goku juga turut berada disitu dan mereka bersama-sama menyediakan kapal angkasa tersebut.Bagaimanapun, Pan tidak turut membantu.Dia diejek-ejek oleh mereka semua dan dikehendaki menjaga Goku .Dia merasa sangat tidak selesa lalu menyepak dinding kapal angkasa tersebut sehinggakan salah satu daripada enjinnya rosak.Oleh itu dia terpaksa membaikinya semula dengan komponen kereta.
Seketika kemudian, penculik tadi muncul dan menculik Goku.
Di Sekolah Mempertahankan Diri En Satan....
Satan menyaksikan Pan membelasah kesemua murid-murid sekolahnya dan yang tinggal cuma Satan seorang saja lagi.Pan mahu berlawan dengan Satan, oleh itu Satan yang ketakutan berpura-pura selsema untuk mengelakkan diri dari berlawan dengan Pan.
Di tempat lain pula, kedua-dua orang penculik tadi sedang memberi Goku makan.Goku memakan terlalu banyak sehinggakan bil makanan meningkat sehingga 700 000 zeni.Oleh itu, penculik itupun menyuruh rakannya supaya menelefon Bulma untuk meminta duit tebusan.Malang bagi penculik tersebut, dia tidak sempat terus bercakap dengan Bulma kerana kad telefonnya sudah kehabisan.Bulma pula tertanya-tanya mengapa Goku selalu saja mengalami peristiwa yang pleik-pelik. Sementara itu, Satan dan Pan pergi ke sebuah cafe.Pan bertanya kepada Satan, mengata dia selalu dilayan seperti kanak-kanak. Satan cuba mententeramkan dan memujuk semula Pan.Dia bagaimanapun tidak dapat menahan dirinya dari memeluk "si comel Pan ".
Berbalik semula kepada 2 penculik tadi...
Mereka tetap mahu meminta wang tebusan untuk Goku.Oleh itu, mereka menelefon Capsule Corp sekali lagi.Kali ini, Bezita yang mengangkat telefon.Bezita memberitahu mereka yang mereka boleh lakukan apa saja kepada Goku.Kedua-dua penculik merasa sangat kecewa dan Goku pula mahu pulang semula ke rumahnya.Kemudian, salah seorang penculik tersebut mahu membuat satu lagi panggilan.Mereka pun berhenti di satu tempat dan mencari pondok telefon tetapi tidak berjumpa.Oleh itu, Goku pun terbang mencari pondok telefon untuk mereka.Bila Goku pulang bersama-sama pondok telefon, kedua-dua penculik tersebut terus melarikan diri kerana ketakutan.
Dipejabat Capsule Corp. pula,
Trunks cuba sekali lagi melarikan diri dari pejabatnya tetapi dihalang oleh Bezita.Bezita mengetahui mengenai rancangan Goku untuk ke angkasa mencari Mutiara Naga.Oleh itu dia menyuruh Goten dan Trunks supaya turut serta untuk mencari pengalaman.
Akhirnya, hari untuk mereka bertolak ke angkasa pun tiba.Trunks dan Goku masuk kedalam kapal angkasa tetapi Goten menerima panggilan dari teman wanitanya.Oleh itu, dia bercakap-cakap di luar kapal angkasa menggunakan telefon bimbit.Videl kemudiannya bertanyanya kemana Pan pergi dan Gohan menjawab yang Pan berada bersama Bra.tetapi..Bra sebenarnya sedang berdiri disebelah Bezita dan tiada Pan disekelilingnya.
Didalam kapal, Pan sebenarnya sedang menunggu Goku dan Trunks masuk kedalam kapal angkasa tersebut.Apabila mereka sudah berada didalam, Pan terus menekan suis berlepas dan --kapal angkasa tersebut terus terbang keangkasa dan meninggalkan Goten dibumi.
Dan.....kemudian, terdapat komponen kapal angkasa tercicir dari badan kapal tersebut lalu jatuh didepan Bulma.
**************************************************************** Disiapkan oleh; Azman Aziz mutiara_naga@mailcity.com Mechanical Engineering,UMKL Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
dahulu ****************************************************************