Visit Our Sponsor;
Dragonball GT #20(June 03, 1999-Happy Birthday To Me!!Yeah!)
Mengejutkan!!Goku Diserang Ribut Logam!!
Goku dan Rirudo terus bertarung .Rirudo kemudiannya menyerang dengan teknik yang dipanggilnya Hyper Mega Rirudo Pautsu .Serangan ini merupakan satu serangan dimana kepala pengerudinya bergerak seperti puting beliung yang sangat kuat.Goku berasa gembira dan terus menyerang dengan bola tenaga kearah Rirudo.Serangan itu menyebabkan Rirudo terus terjerumus kedalam hutan.
Sementara itu,Pan pula sedang berusaha untuk meneruskan perjalanan didalam menara sambil terus merungut-rungut tentang Gill.Apabila dia sampai semula kedalam makmal, lantai makmal tersebut sekali lagi diaktifkan dan menyebabkan dia terjatuh kebawah semula.
Sementara itu, Rirudo terus dipukul oleh Goku dan Goku mendakwa yang Rirudo masih belum berlawan sepenuh tenaga.Oleh itu, dia mahu Rirudo meningkatkan tenaganya ditahap maksimum.Rirudo terkejut dengan kata-kata Goku dan pada ketika ini barulah dia sedar mengapa Dr Myuu sangat mahukan Goku dan yang lain.Goku tidak mempedulikan kata-kata Rirudo mengenai Myuu sebaliknya dia cuma mahu melihat kekuatan sebenar Rirudo.Rirudo kemudiannya bergabung dengan seluruh bahagian planet tersebut dengan kabel dan dia tertukar kepada warna logam dan lembut kecuali beberapa bahagian dikepalanya.Dia sekarang telah mampu mengawal seluruh planet tersebut.Apabila Goku mahu menembaknya dengan Kamehameha, Rirudo terus menukarkan tempat Goku berdiri kepada logam cair dan dia terus menghasilkan pohon logam dan muncul didepan Goku untuk menggagalkan Goku dari melancarkan Kamehameha.
Di Menara, Pan masuk semula kedalam menara.Dia diserang sekali lagi oleh Komando Merah.Bagaimanapun, Pan dengan mudah menghapuskan mereka.Tiba-tiba,muncul sebuah lagi robot dibelakang Pan.Apabila Pan mahu menyerang robot tersebut, dia mendapati yang robot tersebut adalah robot tua yang dijumpainya dikawasan buangan sebelum ini.Kemudian, Pan bertanyakan kepada robot tersebut mengapa setiap kali dia masuk kedalam makmal tersebut.Seluruh makmal akan diaktifkan.Robot itu menjawab yang ia adalah disebabkan makmal tersebut dilengkapi dengan alat pemindah pelbagai dimensi yang boleh menghantar seseorang kesuatu tempat tertentu dengan sekelip mata seperti ke planet Myuu.Pan kemudiannya bertanyakan bagaimanakah untuk menggunakan alat tersebut sambil membelai-belai robot tersebut.Bagaiamanapun apabila robot itu menjawab tidak tahu, Pan terus menumbuknya menembusi dinding menara tersebut.Dia menyifatkan robot tersebut sebagai robot tua tak berguna.
Berbalik kepada pertarungan Goku-Rirudo.Rirudo kemudiannya bersatu semula dengan logam cair tersebut dan dia mendakwa yang dia telah bersatu dengan planet tersebut.Goku berasa semakin gembira dan bersedia untuk berlawan sepenuh hati..
Di planet Myuu, Dr Myuu menyaksikan pertarungan tersebut dari monitor sambil menyifatkan Goku sebagai "Orang Saiya Dalam Legenda".Dia terus ketawa dan memberitahu Trunks yang telah beku bahawa dia akan dapat menggunakan tenaga Saiya sedikit masa lagi.
Di dalam menara, Pan dan robot tua tersebut diserang oleh Komando Merah lagi sekali.Pan dengan mudah menghapuskan mereka dengan sekelip mata sahaja.Dia kemudiannya berdepan dengan pembelot, Gill.Kemudiannya, lantai makmal tersebut diaktifkan sekali lagi bagaimanapun pada kali ini, robot tua tadi telah berjaya pergi ke alat kawalan dan membawa Pan kembali kedalam makmal.Pan naik marah dan memaksa Gill supaya menyerahkan semula Mutiara Naga supaya mereka dapat menyelamatkan bumi.Gill enggan mengikut arahan Pan.Dia kemudiannya, meninggalkan bilik tersebut dan terus mengunci pintu.Pan menyuruh Gill membuka pintu dengan segera dan apabila dia bersedia untuk menggunakan Kamehameha, pintu tersebut dibuka dan muncul pengawal-pengawal bersenjata.Oleh itu,Pan mengambil keputusan untuk menggunakan Kamehameha pada pengawal-pengawal tersebut juga.Bagaimanapun, belum sempat dia melancarkan Kamehameha, Gill telah mengaktifkan semula makmal tersebut dan menyebabkan robot tua tersebut tertangkap.Pan terus hilang tumpuan dan menyebabkan dia terpaksa berundur dari makmal tersebut.Gill kemudiannya menyebut.."Pan".
Pan telah kembali diluar menara dan dia tidak tahu apa yang harus dilakukan seterusnya.Kemudian, dia mula sedar yang terdapat sebiji mutiara naga bersama-samanya.(Gill telah memindahkan kesemua 3 biji mutiara naga berserta pingat yang dipakainya bersama-sama Pan).Pan berasa gembira tetapi dia tertanya-tanya mengapa Gill melakukan demikian.
Ditempat pertarungan, Goku dan Rirudo terus saling serang menyerang dengan seluruh planet dikawal oleh badan Rirudo.Kemudian, Goku naik marah dan Rirudo pula menyatakan bahawa Goku akan diserahkan kepada Myuu sedikit masa lagi..
bersambung di episod 21 minggu depan.......
Sila lawat sponsor sebagai sokongan anda untuk hompej ini!!Terima Kasih!!
**************************************************************** Disiapkan oleh; Azman Aziz dragonball@dragonball.com http://only.at/dragonball Mechanical Engineering,UMKL Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
dahulu ****************************************************************
Visit Our Sponsor;