Visit Our Sponsor;
Dragonball GT #22(June 17, 1999)
Niat Jahat!!Kelahiran si Syaitan 'Baby'!!
Bilik rahsia tersebut adalah sangat luas.Kemudian, Myuu yang dilindungi oleh robot-robotnya mendekati bekas yang mengandungi larva(embrio) tersebut sambil meminta maaf.Larva tersebut sebenarnya merupakan salah satu ciptaan Dr Myuu yangs edang tidur.Nadinya bertiup kuat dan dia kelihatan seperti sedang kesakitan.Goku dan Pan tertanya-tanya samada Baby merupakan satu lagi Mesin Mutan ciptaan Myuu seperti Rirudo.Trunks kemudiannya memberitahu mereka yang Baby adalah berlainan dari ciptaan Myuu yang lain kerana ia jauh lebih kuat.Mendengar penjelasan Trunks, Myuu bertanyakan kepada Trunks bagaimana dia boleh tahu mengenai perkara tersebut.Trunks pun menjawab yang dia mendapat tahu dari Gill.Menurut Gill lagi, jika Baby berjaya dilahirkan, ia akan menjadi makhluk yang sangat kuat.Atas alasan itulah, Trunks sejak awal-awal lagi sudah memutuskan sumber tenaga ke komputer Baby.
Myuu terkejut dan berasa sangat sedih.Untuk menyelamat Baby, Myuu mengambil keputusan untuk bergabung dengan komputernya.Bagaimanapun, Trunks terus berikrar untuk menghapuskan Baby sebelum terlambat.Tindakan ini dipersetujui oleh Pan.Goku bagaimanapun langsung tidak tertarik dengan pertelingkahan tersebut.
Gill kemudiannya mendakwa yang dia berasa bersalah kerana telah membantu Myuu melakukan pelbagai perkara jahat sebelum ini.Bagaimanapun, Pan menambah yang Gill bukanlah sebuah robot yang jahat kerana sekurang-kurangnya dia telah membantu untuk menahan Myuu dari terus melakukan kejahatan.Gill berasa gembira dengan kata-kata Pan.Pan kemudiannya melompat kedepan dan bersedia untuk bertarung dengan robot-robot yang berada didepannya.Pada ketika itu, , Trunks pun cuba mengingati semula cerita lepas..
Flashback: Semasa Trunks masih dibalut dengan logam, Gill telah teleport ke planet Myuu pada lewat malam.Dia kemudiannya, membebaskan Trunks dan mereka pun mula berbincang mengenai Mesin Mutan (Baby) yang dijumpai Gill. Setelah selesai berbincang, Gill menghasilkan bekas logam Trunks yang palsu dan terus teleport kembali ke makmal Myuu.Setelah selesai bercerita, Trunks dan Gill pun terus ketawa.
Trunks kemudiannya mengatakan yang dia berasa gembira kerana dapat mengetahui mengenai kemampuan,kekuatan dan kejahatan Baby sebelum terlambat.Jika tidak, Myuu sudah tentu akan berjaya merealisasikan ciptaannya iaitu Baby untuk melakukan kejahatan.
Tiba-tiba, Myuu menjerit dan mendakwa yang ciptaannya masih belum mati.Dia kemudiannya menjadi seperti orang gila dan menurutnya, dia telah menghabiskan segala-gala masa hidupnya semata-mata untuk mencipta Baby.Dia berharap yang Baby akan hidup semula dan terus menumbuk alat kawalan yang berada didepannya.
Pan berasa kasihan dengan Myuu tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa.Pada ketika itu, Goku pula melahirkan hasrat untuk berlawan dengan Baby.Trunks memarahi Goku dan mahukan supaya dia lebih serius.Goku kemudiannya merangkak mendekati bekas yang mengandungi Baby untuk melihat samada ia betul-betul sudah mati.Myuu marah dengan tindakan Goku kerana menurutnya, tindakan Goku merupakan satu penghinaan.
Tiba-tiba, Gill menjerit "Bahaya!!" dan Myuu memanggil-manggil nama "Baby".Kemudian, Baby meningkatkan tenaganya dan menjadi satu makhluk yang lengkap.Trunks terkejut dan hampir tidak percaya.Goku pula mula terbayangkan yang suatu yang buruk akan berlaku.Kemudian, bekas yang mengandungi Baby meletup.Letupan tersebut melemparkan mereka semua ke dinding.Myuu juga turut terjatuh kelantai. Oleh itu, Goku menjerit dan meyuruh mereka semua supaya berada dalam keadaan bersedia.
Tanpa berlengah, Myuu mengarahkan Baby supaya menghapuskan mereka bertiga dan juga Gill.Baby mencari sasarannya dan berkata "sa -- ru -- jin".Baby kemudiannya melompat ke udara dan terus meningkatkan tenaganya.Pada ketika itu, Goku menjerit "Pan", "Trunks" -- "Sekarang!".Mereka bertiga pun terus menembak bola tenaga kearah Baby secara serentak.Serangan tersebut terus menghancurkan Baby.
Tanpa rasa sedih, Myuu menekan butang yang berada didadanya.Ini menyebabkan, saki-baki bekas yang mengandungi Baby bertukar kepada kapal angkasa.Kemudian, terdapat kabus yang berwarna merah jambu masuk kedalam kaki Myuu pada ketika dia sedang masuk kedalam kapal angkasa tersebut( adalah jelas bahawa, Dr Myuu juga merupakan sebuah robot).Myuu kemudiannya mengucapkan "selamat tinggal" dan kapal angkasanya pun berlepas pergi.
Pan menjerit dan mahu Dr Myuu supaya kembali tetapi Trunks mendakwa yang dengan kematian Baby, Myuu tidak akan dapat mengawal dirinya lagi.Oleh itu, mereka mengambil keputusan untuk kembali kepada niat asal mereka iaitu mencari Mutiara Naga.Pan kemudiannya bertanyakan mengenai kapal angkasa mereka dan Gill pun terus mengeluarkan pisau tenaganya sambil mendakwa yang kapal angkasa mereka akan dipulihkan semula.
Didalam kapal Dr Myuu, Myuu berjanji yang dia akan menghasilkan pengganti Baby untuk menguasai seluruh galaksi dan menghapuskan mereka bertiga.Malangnya, secara tiba-tiba, Baby telah mengambil alih tubuh Myuu dan terus meletup.Myuu pun terbunuh.Baby kemudiannya, mengulas mengenai program yang telah diterimanya, bermula dari generasi awalnya iaitu Ruudo sehinggalah kepada mutan-mutan yang lain.Tetapi, Baby enggan mengikut program tersebut kerana dia mempunyai rancangan dan sasaran tersendiri. Dia kemudiannya meletakkan sasaran kepada M2 untuk mengambil alih tubuhnya.(Pada ketika Baby menghancurkan kepala Myuu, Mutiara Naga nombor 1 telah bergolek keluar..)
Bersambung diepisod 23.....Minggu depan!!
Sila lawat sponsor sebagai sokongan anda untuk hompej ini!!Terima Kasih!!
**************************************************************** Disiapkan oleh; Azman Aziz dragonball@dragonball.com http://only.at/dragonball Mechanical Engineering,UMKL Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
dahulu ****************************************************************
Visit Our Sponsor;