Visit Our Sponsor;
Dragonball GT #23(June 27, 1999)
Krisis Tersembunyi!!Kerosakan Pesawat dan Budak Misteri
Gill menembak pisau roketnya kearah pesawat mereka.Roket tersebut mengeluarkan gelombang tenaga dan menyebabkan logam yang membalut pesawat mereka cair.Setelah semuanya selesai, mereka pun masuk kedalam pesawat dan bersedia untuk terbang semula. Pan merasa gembira kerana mereka akan meninggalkan planet tersebut.Bagaimanapun, tanpa disedari, Hyper Mega Rirudo yang masih hidup telah memegang kaki pesawat tersebut .Pada mulanya, Pan menyalahkan Trunks kerana membawa pesawat dengan terhoyong hayang.Kemudiannya, giliran Gill pula dipersalahkan oleh Pan.
Mereka kemudiannya memandang keluar tingkap pesawat dan mendapati Rirudo sedang bergayut dikaki pesawat mereka sambil menyatakan yang dia tidak akan melepaskan mereka semua dengan mudah. Kemudian, Trunks pun memberitahu Rirudo mengenai nasib yang menimpa Myuu.Ini menyebabkan dia semakin marah dan cuba menarik pesawat mereka kebawah.Disebabkan mereka bertiga tidak mahu membuang masa lagi.Mereka bertiga pun menyatukan tembakan tenaga mereka kearah Rirudo.Rirudo pun jatuh kebawah dan pesawat mereka terus terbang ke angkasa.
Di bawah, kelihatan Baby sedang berada di kawah yang besar bersama-sama badan Rirudo yang telah musnah.Dia kemudiannya menjerit sekuat hati kerana rancangan untuk menguasai tubuh Rirudo telah gagal.
Di dalam pesawat, Pan menuduh Goku sebagai lucah kerana telah memegang buah dadanya.Bagaimanapun, Goku menafikan yang dia telah memegangnya.Apabila pertelingkahan mereka selesai, Pan meminta Goku menolongnya mencari mutiara naga seterusnya.Tetapi, Goku tidak menghiraukannya kerana dia terlalu lapar.Goku terus merungut-rungut dan Pan pun menyuruhnya supaya diam.Kemudian, giliran Gill pula diminta supaya diam oleh Pan apabila Gill menjerit memanggil mereka.Tetapi, seketika kemudian, Trunks mengumumkan yang mereka telah berjaya mengesan Mutiara Naga seterusnya.Menurut Trunks, Mutiara Naga tersebut sedang berada didalam sebuah kapal angkasa rosak yang terperangkap didalam telaga graviti yang terdapat disebuah bintang kecil.Gill kemudiannya menambah, yang graviti bintang tersebut adalah sangat kuat.Oleh itu, Goku pun meminta Pan supaya menolongnya mencari Mutiara naga tersebut kerana dia sangat lapar.(Goku terus menggeledah pesawat mereka dengan harapan dapat menjumpai makanan)
Tidak lama kemudian, mereka pun mendarat di bintang tersebut.Dengan menggunakan skuter angkasa, mereka bertiga mendekati pesawat rosak tersebut.Pesawat tersebut kelihatan seperti mengalami kerosakan kerana peperangan.Kerosakan didalamnya adalah lebih buruk dan tiada tanda-tanda ada orang yang hidup.Goku pula mahu mencari makanan didalam pesawat tersebut.Bagaimanapun, Pan berharap mereka dapat mencari Mutiara Naga tersebut dengan segera dan terus meninggalkan bintang tersebut.Kemudian, Gill memberitahu mereka yang mutiara naga tersebut sedang berada dibelakang sebuah pintu.Mereka pun masuk melalui pintu tersebut kedalam sebuah bilik yang merupakan bilik kedap udara.Disebabkan didalamnya ada udara, mereka bertiga pun membuka helmet masing-masing dan terus mencari mutiara naga seterusnya.Gill menunjukkaan kearah sebuah lagi pintu.Lalu, Goku memusnahkan pintu tersebut dan kelihatan Mutiara Naga #1 sedang berada diatas sebuah menara.Pan pun mengambil Mutiara naga tersebut dan Trunks pula menyifatkan yang ianya adalah terlalu mudah.
Tiba-tiba, Pan dapat merasai gelombang tenaga seseorang.Sungguhpun begitu,Goku dan Trunks tidak merasainya.Oleh itu, Pan merancang untuk memeriksa seluruh pesawat tersebut seorang diri.Kemudian, pesawat tersebut bergetar dan Gill mendakwa yang mereka cuma mempunyai 5 minit untuk keluar sebelum terlambat.Pan pun memberikan mutiara naga tersebut kepada Goku untuk disimpan dan terus melarikan diri.Goku merasa kurang senang dengan sikap Pan .
Sebelum sempat, Trunks dan Goku meninggalkan pesawat tersebut dengan skuter mereka, pesawat tersebut mula meletup.Gill kemudiannya, mengatakan yang mereka cuma ada 2 minit saja lagi sebelum ia meletup.
Sementara itu, Pan sedang berjalan dikoridor pesawat dan tiba-tiba dia telah diserang oleh sebuah robot berbentuk telur dan berkaki seperti burung.Pan meminta penjelsan darinya tetapi dia terus diserang bertalu-talu dengan peluru berpandu.Apabila keadaan tenang kembali, didapati, Trunks dan Goku muncul dengan peluru berpandu pada lengan,kaki dan mulut mereka.Pan bertanyakan mengapa mereka masih berada bersamanya. dan mereka berdua pun memberitahu oleh Gill yang mereka sudah kesuntukan masa .Pan kemudiannya memusnahkan robot tersebut.
Seketika kemudian, Gill mengumumkan lagi yang pesawat akan terjatuh ke bintang.Bagaimanapun, pada masa yang sama, mereka telah menjumpai seorang budak berambut hijau dan bermuka putih didalam pesawat tersebut dan masih hidup.Kemudian, mereka semua berlari ke skuter masing-masing dan berjaya meninggalkan bangkai pesawat tersebut.Sungguhpun begitu, skuter mereka tidak cukup kuat untuk melawan tenaga graviti dibintang tersebut.Oleh itu, mereka terpaksa terbang dan membiarkan skuter tersebut turut ditarik kebintang.Disebabkan Pan tidak dapat terbang dengan kuat, dia telah ditinggalkan kebelakang.Sementara itu, budak misteri yang dijumpai didalam pesawat tersebut turut bersama mereka dan bergantung dibelakang Trunks.Kemudian, Gill menembak sebuah kabel kearah pesawat Capsule Corp mereka.Kabel tersebut kemudiannya terikat dikaki pesawat dan Gill pun bergayut padanya.Kemudian, Goku pula telah bergayut pada Gill, diikuti Trunks dan seterusnya Pan.Akhirnya, Goku menggunakan Kamehameha dan menolak mereka semua kembali ke pesawat mereka dan terselamat.
Di dalam pesawat mereka, budak misteri tadi diletakkan diatas sebuah katil dan mereka pun memeriksa anatomi tubuhnya.Mereka mendapati yang nantominya adalah sangat berbeza dengan manusia.Bagaimanapun, budak tersebut berada didalam keadaan stabil.Gill kemudiannya diarah supaya memeriksa alat komunikasi pesawat untuk mengesan samada wujud hospital di planet berdekatan.Gill berjaya mengesan sebuah planet iaitu, Planet "Pitaru".Oleh itu,Pan dan Trunks pun bersama-sama berkata.."Kita telah selamat!!".Goku pun bersetuju dan berharap, diplanet tersebut terdapat banyak makanan.
Planet tersebut adalah hampir menyerupai bumi dan terdapat sebuah hospital yang besar.Mereka mendarap dan terus membawa budak tersebut ke bilik kecemasan yang terdapat dialam hospital tersebut.Pan berasa sangat risau dan mereka pun terus menunggu pada jangkamasa yang lama.Akhirnya, doktor muncul dan menyatakan yang budak itu berada didalam keadaan selamat.Pan dan Trunks berasa lega.Kemudian, mereka mendapati yang Goku sudah hilang.Bagaimanapun, Goku sebenarnya sedang bersembunyi disebalik sebuah kerusi sambil berharap agar mereka dapat meninggalkan planet tersebut dengan segera kerana dia tidak sukakan hospital.
Sementara itu, didalam bilik kecemasan, kesemua alat dan mesin disitu tidak berfungsi.Pada ketika ,jururawat cuba untuk memulihkannya kembali, budak tersebut bangun dan berdiri diatas katil.Dia yang pada mulanya kelihatan keliru secara tiba-tiba bertukar ganas dan terus meletupkan bilik hospital tersebut.Beberapa orang yang berada diluar bilik kelihatan seperti sudah mati.Jururawat kemudiannya memberitahu mereka bertiga yang letupan tersebut datangnya dari bilik budak tersebut.
Siapakah sebenarnya budak misteri tersebut???
Dapatkan sambungannya diepisod 24.....Minggu depan!!
Sila lawat sponsor sebagai sokongan anda untuk hompej ini!!Terima Kasih!!
**************************************************************** Disiapkan oleh; Azman Aziz dragonball@dragonball.com http://only.at/dragonball Mechanical Engineering,UMKL Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
dahulu ****************************************************************
Visit Our Sponsor;