Klik imej dibawah sebagai sokongan kepada hompej ini;

Nuttitional supplements for women - Click here!
This banner was supplied by SAFE Audit


  • Dragonball GT #26(July 17, 1999)

    Gohan dan Goten..Bertarungan Adik beradik

    Goten dengan nada sinis memuji kekuatan Baby.Tiba-tiba, telefon bimbitnya berdering dan Goten pun menjawabnya tanpa menghiraukan Baby.Baby merasa terhina dan cuba menyerang Goten.Goten dengan mudah mengelak tetapi telefonnya terpelanting ke udara.Baby berharap agar dia dapat menyerap masuk kedalam badan Goten.Bagaimanapun, Baby terus dibelasah oleh Goten dan kemudian menangkap semula telefon bimbitnya.Paris-chan kagum dengan kekuatan Goten dan Goten pula menyatakan yang dia lakukan semua itu untuk Paris-chan.Sementara itu, Satan juga turut memberikan kata-kata semangat untuk "anak muridnya" itu.

    Tanpa disedari ,Baby telah bersembunyi disebuah kawah letupan dan terus menyerang Goten.Goten tercedera dilengan dan dia berasa marah kerana telah dicederakan didepan teman wanitanya.Oleh itu, Goten terus bertukar kepada SSJ dan meletupkan seluruh bandar.Kemudian, Goten menjangkakan yang perlawanan tersebut sudah tamat tetapi Baby telah bertanya kepadanya samada itu sajakah kemampuannya.Goten dengan marah melancarkan Kamehameha kearah Baby.BAby pun mengambil kesempatan tersebut untuk bergerak menerusi Kamehameha dan terus memasuki tubuh Goten melalui luka pada lengannya.

    Baby gembira dengan dengan tubuh baru.Sebelum ini dia telah gagal mengawal fikiran Trunks bagaimanapun pada kali ini dia telah berjaya mengawal Goten sepenuhnya.Satan kemudiannya muncul dan bertanyakan dimana perginya "pemuda" tadi bagaimanapun Goten tidak melayannya dan kemudian, Paris-chan yang cuba membalut luka dilengan Goten turut tidak dilayannya.Disebabkan dia telah berjaya membaca fikiran Goten ,maka dia juga dapat tahu yang terdapat beberapa orang Saiya lagi diplanet bumi dan yang terkuat adalah--Bezita.Oleh itu, Baby berhasrat untuk menguasai Bezita kerana dia berpendapat, jika dia dapat menguasai Bezita, dia akan dapat juga menguasai Trunks dan seterusnya Goku.

    Sementara itu, di planet lain, Goku,Trunks dan Pan sedang mencari Mutiara Naga seterusnya di sebuah kolam besar.Bagaimanapun, kolam tersebut dihuni oleh dinosour-dinosour dan mutiara naga seterusnya berada didalam perut dinosour tersebut.Oleh itu,Goku menyelam masuk kedalam perut dinosour dan menjumpainya.Goku kemudiannya keluar melalui pusat dinosour tersebut dan menyebabkan dinosour tersebut menjadi kecut seperti belon kehilangan udara.Kemudian, Pan meminta maaf kepada dinosour tersebut yang sudah kecut menjadi setinggi 4 inci sahaja dan meletakkan 'plaster' di perut dinosour tersebut.. Mereka bertiga merasa lucu dengan peristiwa tersebut dan berasa gembira kerana berjaya mendapatkan mutiara naga bintang 3.

    Mereka bertiga pulang ke pesawat dan kembali ke angkasa.Didalam pesawat, Pan sedang bergembira dengan pakaian penari Mexiconya sambil dirakamkan pada video tape berlabel "Diari Pan".Trunks juga berasa turut gembira tetapi Goku berasa kecewa kerana dia berharap untuk bertemu dengan Baby sekali lagi.Trunks bersetuju dengan Goku bagaimanapun Pan berpendapat yang mereka sepatutnya bersyukur kerana tidak bertemu dengan Baby lagi.Mereka kemudiannya meneruskan usaha mencari mutiara naga terakhir iaitu berbintang 2.

    Dibumi, Pikor yang sedang bertapa disebuah air terjun yang tinggi merasa cemas apabila dia telah mengesan satu sumber tenaga yang kuat dan aneh.

    Di Capsule Corp;
    Cici melihat jam dengan rasa risau kerana Goten masih belum pulang.Bulma cuba menenangkannya.Seketika kemudian, Bulma mendapat panggilan telefon yang memberitahunya bahawa ada tetamu diluar.Cici pun dengan segera pergi ke lobi sambil menjerit nama Goten.Tetapi, tetamu tersebut adalah Gohan dan isterinya ,Videl.Videl kemudiannya memberitahu Cici yang mereka ke Capsule Corp kerana mendapat panggilan dari bapanya,En Satan.Gohan pula melahirkan rasa kurang senangnya dengan tingkah laku Goten yang merisaukan ibunya dan bersedia untuk keluar mencari Goten.Seketika kemudian, Goten pun pulang.Cici berasa lega tetapi Goten telah menolaknya ketepi dan bertanya.."Dimana Bezita??".Cici naik marah dan menampar Goten kerana tidak memanggil Bezita sebagai "PakCik Bezita".Disebabkan tidak mahu menimbulkan huru-hara sebelum cita-citanya tercapai, Baby mengikut kehendak Cici dan bertanya,"Dimana Pak Cik Bezita?".Bagaimanapun, Cici masih belum berpuas hati dan menampar Goten sekali lagi kerana tidak menggunakan bahasa yang lebih sopan.Oleh itu,Goten-Baby menjerit sekali lagi soalannya sambil bersedia untuk ditampar sekali lagi.Goten-Baby hampir hilang pertimbangan, dan Bulma segera menjawab yang Bezita baru saja keluar.

    Kemudian, Gohan kembali semula ke Capsule Corp.Baby merasakan yang kuasa Gohan adalah lebih kuat dan dia berhasrat untuk menyerap tenaga Gohan dalam usaha menguasai Bezita.Goten-Baby terus menumbuk Gohan dan mereka pun saling serang menyerang.Cici menganggap keadaan tersebut adalah pergaduhan biasa diantara Gohan dan Goten tetapi Videl dan Bulma berfikir sebaliknya.

    Mereka berdua terus bertarung di luar Capsule Corp.Gohan dapat merasakan yang Goten sebenarnya sedang dirasuk oleh sesuatu.Bagaimanapun, dia tidak mahu merisaukan Cici dan cuma berdiam diri dan bertahan.Goten-Baby pula terus meningkatkan tenaganya dan menyerang Gohan bertalu-talu.Dia kemudiannya merasakan yang Gohan tidaklah sekuat mana sehinggalah dia mula sedar yang Gohan tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun diserang dengan kuat.Baby berasa agak aneh dengan sikap Gohan yang masih tidak mahu meningkatkan tenaganya dan terus bertahan.Gohan bagaimanapun beranggapan yang dia tidak mahu merosakkan tubuh adiknya,Goten sebelum dia mengetahui siapakah musuhnya yang sebenar.

    Goten-Baby mencabar Gohan supaya menunjukkan kekuatan sebenarnya an dia pun bertukar ke tahap SSJ tahap 2.Hasil daripada pertanrungan ini menyebabkan plat bumi bergetar.Gohan meminta kepada Goten-Baby supaya berhenti.Disebabkan dia sudah tidak tahan lagi, Gohan pun bertukar kepada SSJ.Bagaimanapun, Baby mengambil kesempatan itu untuk memasuki tubuh Gohan dan seterusnya menguasainya (pada ketika bertukar kepada SSJ,tubuh menjadi kurang stabil).Baby berasa gembira.

    Tiba-tiba, satu serangan muncul dan mengenai Gohan-Baby.Serangan tersebut datangnya dari Pikor.Pikor muncul sambil membawa Goten yang sudah tidak sedarkan diri bersamanya.Dia kemudiannya mencabar sesiapa yang memasuki tubuh Gohan agar keluar dan menentangnya.

    Gohan-Baby tidak menghiraukan Pikor kerana sumber tenaganya adalah sangat rendah dan bukan tandingannya.Gohan-Baby kemudiannya terus terbang untuk mencari satu-satunya penduduk bumi yang setanding dengannya iaitu Bezita!!

    Dapatkan sambungannya diepisod 27.....Minggu depan!!
    Sila lawat sponsor sebagai sokongan anda untuk hompej ini!!Terima Kasih!!

    ****************************************************************
    Disiapkan oleh;
    Azman Aziz
    dragonball@dragonball.com
    http://only.at/dragonball
    Mechanical Engineering,UMKL
    
    Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
    hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
    dahulu ****************************************************************