Klik imej dibawah sebagai sokongan kepada hompej ini;
This
banner was supplied by SAFE Audit
Dragonball GT #27(July 27, 1999)
Cita-cita tercapai!!Bezita Dikuasai!
Di dalam sebuah pasaraya, kelihatan Bezita sedang membeli belah bersama Bra.Bra kemudiannya menyatakan kepada bapanya(Bezita) bahawa ini adalah kali pertama mereka berdua keluar bersama dan bertanyakan apa yang dibeli olehnya. Bezita enggan menjawab tetapi ditangannya kelihatan alat mencukur.Kemudian, 2 orang muda muncul sambil memandu dan menyuruh Bra meninggalkan "teman lelaki" tuanya dan ikut bersama mereka.Bezita dengan marah terus melemparkan kereta mereka ke lembah berdekatan.
Di Capsule Corp., Cici dan Videl sedang memikirkan mengenai Goten yang sudah lemah dan kesakitan di sofa.Goten masih belums edarkan diri dan dia juga kelihatan seolah-olah sedang berlawan dengan sesuatu.Cici berasa risau dan tidak tahu apa yang telah berlaku pada anaknya itu.
Gohan-Baby kemudiannya dapat mengesan gelombang Bezita dan dia terus berdiri meninggalkan bilik tersebut.Cici dan Videl mahu Gohan supaya jangan pergi kemana-mana sebelum makan malam tetapi Gohan-Baby dengan marah menyuruh Videl supaya diam dan dia terus meninggalkan bilik.Gohan-Baby kemudiannya menyatakan yang dia sudah dapat mengesan Bezita sambil memijak cermin mata Gohan.Cici terus menjerit nama Goku supaya cepat pulang dan dia pun pengsan.
Sementara itu, didalam kapal angkasa, Goku bersin kerana terlalu sejuk.Ini adalah kerana menurut Gill, mutiara naga yang terakhir berada diplanet beku.Goku kemudiannya bersin kearah Trunks dan ini menyebabkan Pan menyuruh bapanya itu menutup hidung ketika bersin.(Nama planet tersebut adalah Rei-to).
Disebuah padang pasir, kelihatan Gohan-Baby sedang terbang kearah Bezita sambil melahirkan rasa gembira dengan tubuh barunya itu.Gohan-Baby kemudiannya muncul didepan kereta yang dipandu oleh Bezita secara tiba-tiba.Bezita mengelak.Bra pula seperti tidak percaya yang Gohan mahu menyerang mereka.Gohan-Baby meletupkan kereta mereka tetapi Bezita berjaya menyelamatkan diri dengan mudah.Sementara itu, Bra masih percaya yang itu adalah Gohan yang sebenarnya dan dia pun menyuruh Gohan supaya membelinya sesuatu yang baru sebagai ganti.Kata-kata Bra itu menyebabkan Gohan-Baby sedar yang Bra juga adalah dari keturunan orang Saiya.Bezita kemudiannya melontar anaknya keudara sambil menyuruhnya pergi dengan segera.Bra akur arahan bapanya itu dan terus pergi.
Gohan-Baby berasa gembira kerana akhirnya berjaya bertembung dengan Bezita.Bezita bertanyakan siapakah Gohan-Baby sebenarnya dan dia pun menjawab...dia adalah "Bangsa Tsufuru".Bezita ketawa apabila mendengar kata-kata Gohan-Baby .Gohan-Baby juga gembira dan terus menyerang Bezita.
Sementara itu di Capsule Corp., Goten sudah kembali pulih dan bertanyakan dimanakah Paris-chan.Cici berasa gembira dan terus memeluk Goten.Goten kemudiannya meminta segelas air.Apabila Goten meminum air tersebut dia terus menjadi segar dengan serta merta.Goten bangun dan mahu pergi dari situ.Cici cuba menghalang tetapi telah ditolak oleh Goten.Cici berasa kecewa dan Goten pula kelihatan seperti sedang dirasuk semula.
Ditempat pertarungan,Bezita mendakwa yang dia masih ingat betapa Bangsa Tsufuru adalah bangsa yang tidak tahu berlawan.Mereka kemudiannya saling serang menyerang dan Bezita berkata yang dia tidak mahu tewas kepada Bangsa Tsufura atau juga keturunan Kakarot.Mereka terus bertarung dan merosakkan kawasan sekitar.Gohan-Baby kemudiannya mengakui yang Bezita adalah lebih kuat dari Gohan.Tiba-tiba, Goten muncul.Bezita menyuruhnya supaya pergi. Goten bertanya pula samada itu adalah Gohan dan Gohan-Baby menjawab "ya".Bezita menyuruh Goten pergi sekali lagi dan Goten pun akur.Bagaimanapun, tanpa disedari, Goten menembakkan bola tenaga ke arah belakang Bezita.Bezita kemudiannya bertanya kepada Goten siapakah yang mahu diselamatkannya.Gohan-Baby ketawa dengan reaksi Bezita tersebut.
Bezita dikelilingi oleh Goten-Baby dan Gohan-Baby.Bezita cuba menyerang tetapi sering tidak mengenai sasaran.Kemudian,Gohan-Baby menyifatkan yang Bezita sudah semakin lemah dan sudah tidak dapat mengesan ki mereka berdua dengan baik.Bezita naik marah dan mula meningkatkan tenaganya sehingga SSJ tahap 2.Tenaga yang dikeluarkan oleh Bezita ini telah menolak Gohan dan Goten kebelakang.Bagaimanapun, Baby mengambil peluang tersebut untuk meninggalkan tubuh Gohan dan terus memasuki tubuh Bezita.Bezita sedar yang tubuhnya sudah ditawan dan pada ketika tersebut, Baby memberi masa kepada Bezita supaya mengenang kembali kepada bangsa Tsufuru yang telah dibunuh suatu masa dulu.
Mengikut sejarahnya,
Planet Plant merupakan sebuah planet yang aman damai sehinggalah pada suatu hari planet tersebut telah dihujani dengan beratus-ratus pesawat orang Saiya.Pada ketika bulan mengambang, kesemua orang Saiya tersebut telah bertukar kepada gorila dan terus merosakkan dan menguasai planet tersebut.Raja Bezita(bapa kepada Putera Bezita) telah membunuh hampir kesemua bangsa Tsufuru yang tinggal diplanet tersebut.Bagaimanapun, beberapa orang saintis yang masih hidup telah menyimpan rohnya didalam bentuk biji benih dan terus menembaknya ke angkasa seinggalah ditemui oleh Dr.Myuu.
Bezita kemudiannya bertanya, bagaimana pula dengan Goten.?.Baby pun menerangkan kepadanya yang setiapkali dia mengambil alih tubuh seseorang, dia akan meninggalkan sebiji "telur" di otaknya.Ini bagi membolehkannya mengawal seseorang itu walaupun dia sudah keluar dari tubuhnya dan inilah juga apa yang berlaku kepada Goten dan Gohan. Sungguhpun begitu, menurut Baby lagi, pada ketika ini, Bezita adalah dikawal oleh "telur"nya sendiri.Bezita-Baby kemudiannya bersedia untuk mengambil alih seluruh bumi dan satu-satunya musuh yang belum dikalahkan adalah ---Goku.
Sementara itu, di planet ais, Goku yang separuh beku terjatuh kedalam lembah salji dan terus menjumpai mutiara naga yang terakhir(bintang 2).Mereka bertiga berasa gembira kerana misi mereka sudah berjaya.Di bumi pula, Bezita-Baby sedang terus menerus merosakkan kawasan sekitar. ----------------------------
Dapatkan sambungannya diepisod 28.....Minggu depan!!
Sila lawat sponsor sebagai sokongan anda untuk hompej ini!!Terima Kasih!!
RealDiscussions.com
Get Connected! Real Discussions, for real people.
**************************************************************** Disiapkan oleh; Azman Aziz dragonball@dragonball.com http://only.at/dragonball Mechanical Engineering,UMKL Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
dahulu ****************************************************************