Klik imej dibawah sebagai sokongan kepada hompej ini;
This
banner was supplied by SAFE Audit
Dragonball GT #28(August 11, 1999)
Kepulangan Goku.."Seluruh Bumi Adalah Musuh Ku ??"
Kapal angkasa akhirnya mendekati bumi .Goku dan Pan berasa sangat gembira dan mengharapkan agar segala pujian diberikan kepadanya diatas kejayaan tersebut kerana dia telah menjumpai 2 biji mutiara naga dan juga Gill.Goku mahu mendarat di Istana Dewa terlebih dahulu dan mereka yang lain pun bersetuju.Sampai di Istana, Goku pun bertegur sapa dengan Danda.Pan mencelah dan menyerahkan semua mutiara naga kepadanya. Bagaimanapun pertelingkahan berlaku kerana Pan mahukan supaya mereka meminta dari Dewa naga agar memulihkan semula Goku tetapi mereka yang lain mahu menggunakannya untuk menyelamatkan bumi. Akhirnya, Pan mengambil keputusan untuk menyerahkannya kepada Popo.Mereka kemudiannya bergegas menuju kerumah masing-masing.
Gill dan Trunks mengambil keputusan untuk Capsule Corp terlebih dahulu manakala Pan bersama Goku pula pulang ke rumah di pedalaman.(Pan meninggalkan Gill bersama Trunks dengan harapan Gill akan menceritakan kepada mereka yang lain bahawa dia lah yang banyak berjasa mendapatkan kesemua mutiara naga).Sebagai membalas jasa-jasa Gill, Pan menghadiahkan skaf dan ciuman pertamanya kepada Gill.
Setelah mereka semua meninggalkan Istana Dewa, Danda terus ketawa dengan kejam dan berhasrat untuk menyerahkannya kepada "Tuan Baby".
Sementara itu, dikediaman Satan, orang ramai berkumpul dan melahirkan rasa marah mereka kepada Satan kerana tidak bertidak.Satan pada ketika itu, sedang bersembunyi didalam badan Buu.Kemudian,Buu sedar yang Pan dan Goku sudah pulang lalu memberitahu Satan.Satan berasa gembira dan mahu berjumpa dengan Goku.
Satan kemudiannya bertanyakan kepada Buu mengenai "Tlur Orang Tsufuru" dan Buu memberitahunya bahawa telur Baby turut berada didalam dirinya tetapi disebabkan dia dapat merasai keganjilan dengan telur tersebut.Dia pun meludahkannya keluar.Kemudian, datang lagi sekumpulan orang ramai cuba menyerbu mereka dan Satan bertanya samada mereka itu turut dikuasai Baby.Buu menjawab "Tidak", menurutnya, mereka semua dikuasai oleh tenaga manusia biasa.Oleh itu, Satan pun menyuruh Buu supaya meludahnya keluar kerana dia mahu berlawan dengan mereka semua.Satan pun diludah keluar dan terus menyerang orang ramai yang berada disitu.Tindakan Satan meningkatkan lagi kemarahan orang ramai .Oleh itu, Buu terpaksa menolong Satan dan menerbangkannya pergi.
Dirumah Goku, Goku dan Pan sedang menerima rawatan penyejuk bahu dari Videl dan Cici.Terdapat banyak makanan sedang terhidang diatas meja tetapi Goku tidak dibenarkan memakannnya.Tingkahlaku
Cici dan Videl pada ketika itu adalah seperti zombi dengan memasak dan membasuh pinggan mangkuk tanpa berperasaan.
Di Capsule Corp pula,Trunks dan Gill tiba disebuah garaj yang kosong.Trunks berasa sangat terkejut kerana semua arahan datang dari Bezita dan bukan daripada Bulma seperti kebiasaannya.Tiba-tiba...Gill menjerit, "BAhaya..Bahaya.."
Trunks bagaimanapun berpendapat yang Gill cuma mengesan kehadiran bapanya,Bezita dan ianya merupakan satu tindakbalas yang biasa keatas Putera Orang saiya tersebut.Mereka berdua pun berjalan masuk kedalam bangunan.Bezita sudah sedia menunggu kehadiran mereka dan berkata yang mereka berdua sudah terlewat.Dia kemudiannya memanggil Trunks masuk kedalam bilik Bulma.Bulma berkata.."Kau ni budak yang jahat --Bezita, hukum dia".Bulma pun meninggalkan bilik.Baby cuba mendedahkan identitinya serba sedikit tetapi tidak disedari oleh Trunks.Bagaimanapun, Gill yang sudah sedar akan kehadiran Baby terus menyerang Bezita dengan peluru berpandu bertalu-talu.Baby memanggil Gill sebagai pembelot.Kejadian tersebut menyebabkan Trunks mula menyedari akan apa yang telah berlaku lalu menyuruh Gill supaya segera melarikan diri.Gill tidak menghiraukan arahan Trunks dan terus menyerang.Bagaimanapun Bezita dengan mudah menahan serangan Gill dan dia terus meletupkan Gill kedinding.Gill jatuh kelantai dan seluruh badannya dipenuhi dengan bunga api.
Bezita-Baby kemudiannya mengucapkan selamat hari lahir kepada Trunks sambil mengingatnya mengenai pertemuan terakhir mereka.Tanpa disedari, Bezita sudah memasukkan telurnya kedalam Trunks dan mengaktifkannya.Trunks cuba sedaya upaya untuk melawannya.
Sementara itu, di pedalaman, Goku merungut kerana Cici masih lagi garang dan pan pula berasa semakin keliru dengan kelakuan mereka. Kemudian, Gohan dan Goten sampai dan berkata yang makanan tersebut adalah untuk mereka.Goku mula sedar yang ada sesuatu yang aneh sudah berlaku.Mereka berdua kemudiannya bercakap-cakap mengenai "Orang saiya" dan mengambil keputusan untuk bertukar kepada "Super Saiya" sebagai menyambut kepulangan Goku dan Pan.Pan panik dan meminta tolong dari Videl.Bagaimanapun, Cici dengan segera mengarahkan Gohan dan Goten supaya membunuh Goku.Mereka pun menyerang.Goku kemudiannya bertanya samada mereka tidak risau mengenai bumi yang akan meletup dan mereka berdua menjawab "Bumi? Mengapa dengannya?" sambil terus menyerang.
Pan kemudiannya dengan sedih bertanyakan samada itu adalah balasan diatas kerja keras mereka untuk menyelamatkan bumi.Bapanya, Gohan menjawab dengan tembakan bola tenaganya kearahnya tetapi berjaya dihalang oleh Goku.Pan berasa kecil hati sambil memikirkan yang dia sudah menjadi seorang anak yang nakal dan melakukan sesuatu yang salah.Goku tidak sempat menenangkan Pan kerana dia terus diserang.Goku bertanya samada mereka benar-benar Gohan dan Goten dan Gohan menjawab.."dari wajah..memang ya" dan Goten pula menjawab "Saya adalah Son Goten".Bagaimanapun Goku tidak percaya kerana itu bukanlah sikap Goten yang dikenalinya.Gohan berkata lagi.."Orang saiya jangan banyak bercakap!" tetapi Goku menjawab yang dia bukan Orang Saiya tetapi Orang Bumi.Goku terus diserang bertalu-talu.Akhirnya, Goku naik marah dan mula bertindak serius dengan bersedia untuk melancarkan Kamehameha.
Tiba-tiba, Satan muncul dan menjerit kepada Goku supaya berhenti.Bersama-sama Satan adalah Buu dan Pan.Satan kemudiannya memberitahu Goku yang Baby telah mengambilalih tubuh kedua-dua anaknya tersebut dan turut mengawal hampir kesemua orang bumi. Goku memikirkan mengenai perkara tersebut dengan dibelakangnya terdapat Gohan dan Goten yang sedang menunggu tindakan selanjutnya dari Goku.Sementara itu, dibelakang Goku juga turut terdapat Bezita-Baby.Bezita-Baby bersuara dan berkata..apa perasaan Goku apabila mendapat tahu yang Bezita juga turut dikawal....... ----------------------------
Dapatkan sambungannya diepisod 29.....Minggu depan!!
Sila lawat sponsor sebagai sokongan anda untuk hompej ini!!Terima Kasih!!
RealDiscussions.com
Get Connected! Real Discussions, for real people.
**************************************************************** Disiapkan oleh; Azman Aziz dragonball@dragonball.com http://only.at/dragonball Mechanical Engineering,UMKL Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
dahulu ****************************************************************