Klik imej dibawah sebagai sokongan kepada hompej ini;
This
banner was supplied by SAFE Audit
Dragonball GT #28(August 18, 1999)
Teruk!!Kegagalan Super Saiya 3!!
Rumah Goku habis termusnah dan Satan masih memerhatikan samada Goku akan termasuk kedalam perangkap Baby.Bezita-Baby terus menaikkan kemarahan Goku dengan mengatakan kesemua orang bumi akan dikuasai oleh Bangsa Tsufuru.Satan menyampuk dan mengatakan yang Baby berbohong kerana Baby masih tidak dapat menguasai Buu. Satan juga turut meminta kepada Goku supaya jangan berlawan.Kata-kata Satan menyebabkan Bezita-Baby sedar tentang kebolehan Buu dan dia mengambil keputusan untuk membunuhnya.Oleh itu, dia pun menembak kearah bumi.Buu terus menyambar Satan dan kemudiannya dia turut menyelamatkan Pan setelah diminta oleh Goku.Buu kemudiannya menukarkan mereka berdua kepada biskut dan memakannya.Ini menyebabkan Gohan mahu menembak Buu tetapi ditahan oleh Bezita-Baby sambil mengingatkannya sasaran mereka yang sebenar adalah Goku.
Bezita bertanya sama Goku sanggup berlawan dengan anak-anaknya sendiri dan Goku menjawab 'ya' dan mereka berdua pun mula bertarung.Kemudian, Trunks dan Bra muncul.Goku menasihati mereka berdua supaya jangan dekat.Malangnya, Trunks dan Bra juga sudah dikawal oleh Baby kerana mata mereka kelihatan merah(tanda yang menunjukkan mereka sudah dikawal adalah mata mereka berwarna merah).Pada ketika ini, Goku mula sedar yang seluruh bumi termasuk Dewa Bumi adalah musuhnya sekarang.KEmudian, Gohan,Goten,Trunks dan Bra mengelilingi Goku untuk menyerangnya tetapi dihalang oleh Bezita-Baby kerana dia sendiri mahu mengalahkan Goku.Bezita-Baby kemudiannya meningkatkan tenaganya dan Goku juga turut meningkatkan tenaganya sehingga Super Saiya 3.Wajah Bezita pada ketika ini adalah lebih kejam dan ganas manakala Goku pula kelihatan seperti SSJ3 yang sebelum ini tetapi berbadan kecil.
Mereka berdua menyambung semula pertarungan dan Bezita-Baby kelihatan lebih kuat dari Goku.Seluruh bumi habis dimusnahkan didalam pertarungan tersebut.Beberapa ketika kemudian, Goku kembali ke tahap asal kerana dia sudah tidak mampu untuk kekal ditahap Super Saiya 3.Goku berpendapat yang ini adalah kerana tubuhnya yang kecil.Oleh itu, ketahanan badannya turut menurun. Bezita-Baby kemudiannya dengan tenang melancarkan serangan terakhirnya dengan harapan dapat membunuh Goku.
This
banner was supplied by SAFE Audit
Goku mengakui yang kuasa Super Bezita-Baby adalah sangat kuat tetapi dia tidak akan mengaku kalah.Super Bezita-Baby terus memukul dan menyerang Goku bertalu-talu.Untuk mengekalkan dirinya pada tahap Super Bezita-Baby tersebut, dia terpaksa meminta seluruh penduduk bumi yang sudah dikawalnya supaya memberikan tenaga mereka.Dia kemudiannya bertukar bentuk sekali lagi.pada kali ini, pakaiannya bertukar kepada hitam ,sayap dan kasut berwarna kuning dan terdapat jaket seperti Fliza didadanya.Dia kemudiannya mengisyhtiharkan bentuk barunya sebagai "Dendam Hitam Tsufuru".Bezita-Baby yang dalam keadaan sempurna itu kemudiannya menyerang Goku dengan serangan dipanggil "Bola Dendam Kematian".Goku menyumpah-nyumpah kerana dia tidak dapat bergerak lagi..Bebola tersebut mengenai Goku dan tenggelam masuk kedalam perut bumi.Di tempat lain, kelihatan Buu sedang menyaksikan awan merah gelap dari jauh.
Bezita-Baby ketawa kepuasan kerana sudah berjaya membalas dendam terakhirnya.Sementara itu, Buu pula memberitahu Satan dan Pan yang berada didalam badannya yang dia mendengar satu letupan dashyat dari tempat pertarungan dan berpendapat yang Goku sudah mati kerana gelombang Goku juga sudah hilang.
Siapakah yang akan menyelamatkan bumi jika Goku benar-benar sudah mati?Bacalah sambungannya nanti..
Dapatkan sambungannya diepisod 30.....Minggu depan!!
Sila lawat sponsor sebagai sokongan anda untuk hompej ini!!Terima Kasih!!
RealDiscussions.com
Get Connected! Real Discussions, for real people.
**************************************************************** Disiapkan oleh; Azman Aziz dragonball@dragonball.com http://only.at/dragonball Mechanical Engineering,UMKL Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
dahulu ****************************************************************