Dragonball GT #3(December 26, 1998)

Immega!!Planet Pedagang!!

Trunks merasa kurang selesa dengan keadaan pesawat tersebut.Oleh itu, dia meminta alat kawalan utama dari Pan supaya mereka dapat pulang semula ke bumi.Bagaimanapun, Pan enggan menyerahkannya lalu memasukkan alat tersebut kedalam bajunya.Trunks mengalah dan kecewa.

Di bumi,Cici berdoa supaya Goku dan lain2 berada didalam keadaan selamat setelah seminggu mereka berada diangkasa.Bulma pula sedang mengkaji alat pesawat yang terjatuh semasa mereka berlepas tetapi tetap gagal mengesannya.

Diatas pesawat, Pan terus-menerus mengarahkan Goku dan Trunks melakukan pelbagai kerja mengemas.Trunks bagaimanapun tidak membantah kerana Pan memanggilnya "Trunks" dan bukan "En Trunks". Tiba-tiba,pesawat tersebut bergegar dan salah satu dari enjinnya terasing.Trunks terkejut.Pada masa yang sama pula, Bulma pula ketakutan dan risau apabila mendapati alat yang terjatuh tersebut adalah komponen penstabil. Dia terharap yang mereka bertiga akan selamat. Sementara itu, pesawat mereka sudah mahu terhempas dan masing2 berada dalam ketakutan.Tiba-tiba mereka dapat mengesan sebuah planet dan terus melakukan pendaratan cemas.

Mereka mendarat disebuah pasar dan kemudiannya dikerumuni oleh penduduk-penduduk planet tersebut.Peniaga-peniaga dipasar terbut kemudiannya, menyuruh mereka membeli pakaian2 aneh yang dijual oleh mereka tetapi Trunks menyatakan yang dia lebih berminat kepada komponen pesawat.Oleh itu, beberapa komponen pesawat itu pun ditukar dan mereka dikehendaki membayar bil nya pada esok hari.

Mereka kemudiannya, menyewa sebuah hotel dan masih risau kalau-kalau terdapat peniaga2 mengekori mereka.Didalam bilik, mereka melahirkan rasa tidak puas hati dengan harga barangan yang dikenakan kerana terlalu mahal.Sementara itu, robot pelayan pula menganggap Goku sebagai luggage lalu mengangkatnya naik ke bilik.Bilik tersebut adalah sangat besar denagn perabut menarik dan pelbagai makanan.Robot pelayan kemudiannya enggan melepaskan Goku selagi die tidak mendapat tips.Apabila semua selesai, Trunks menonton TV dan terdapat siaran berita yang memperkenalkan Pemimpin Planet Imegga iaitu Don Kia yang bermuka hitam gemuk dan bermekap.

Kemudian, mereka bertiga menyelinap keluar dari bilik tersebut dan mendapati hari sedang hujan.Pan merungut-rungut mengenai planet tersebut dan mahu pulang kebumi.Tiba2 dia terjatuh kedalam bilik satu keluarga miskin yang dindingnya diperbuat dari kertas.Walaupun, keluarga itu miskin tetapi mereka sentiasa berada dalam keadaan gembira.Keluaga tersebut menyambut kedatangan dan menyatakan mengenai masalah yang dihadapi mereka kerana sikap buruk Don Kia.kemudian, polis datang kerumah mereka untuk meminta sewa.Mereka gagal membayarnya.Oleh itu,polis tersebut mengarahkan robot2nya untuk merobohkan rumah tersebut dan perabut mereka dirampas.Goku naik marah dan meminta untuk berlawan dengan robot tersebut tetapi dihalang oleh orang Immega kerana tentera Don Kia adalah sangat kuat.Oleh kerana tiada sebab untuk bertarung, mereka bertiga menunggu sehingga pagi dan barulah kembali ke rumah penduduk Immega tersebut. Mereka bertiga merasa kecewa dan Pan tertanya-tanya samada diplanet tersebut terdapat Mutiara Naga.Oleh itu, Trunk pun mengeluarkan radar mutiara naga tetapi menjatuhkannya apabila dia terkejut mendengar satu bunyi yang aneh.Radar tersebut jatuh disebelah sebuah robot dan terus-menerus menyebut perkataan "tenaga".Robot itu kemudiannya menelan radar tersebut dan mula bergerak sambil berkata "tenaganya telah kembali..".Trunks menyuruh ia menyerahkan kembali radar tersebut tetapi, ia enggan kerana ia mendapat sumber tenaga dari alat tersebut.

Berhampiran dengan tempat tersebut, pasukan pemusnah sedang mengheret pesawat mereka.Mereka bertiga terpinga-pinga dan ini memberi peluang kepada robot tersebut untuk melarikan diri. Goku berjaya menangkap semula robot tersebut tetapi malangnya pesawat mereka sudah tidak kelihatan lagi.

------------------------------------------
NOTA: "Gametsui" adalah slang yang digunakan yang dipopular daripada tayangan dan banyak digunakan oleh penduduk Osaka untuk menunjukkan satu masyarakat yang tamak tetapi rajin bekerja.Pasukan Pemerintah bagi planet Immega ini menunjukkan sikap begini dan turut menggunakan perkataan "Gametsu" sebagai nama pasukan tersebut dengan simbol F terbalik.

Keadaan penduduk Immega pula adalah seperti mana keadaan penduduk Jepun selepas era Perang Dunia kedua iaitu, miskin tetapi gembira.

****************************************************************
Disiapkan oleh;
Azman Aziz
mutiara_naga@mailcity.com
Mechanical Engineering,UMKL

Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
dahulu ****************************************************************