Klik imej dibawah sebagai sokongan kepada hompej ini;
This
banner was supplied by SAFE Audit
Dragonball GT #30(August 27, 1999)
Goku Masih Hidup!!"Habis lah aku!"
Buu meludah keluar Satan dan Pan.Pan kemudiannya menangis diatas kematian Goku.Sementara itu, Bezita-Baby mengambil tempat diatas singgahsana terapung sambil Danda menyerahkan kesemua Mutiara Naga kepadanya.Oleh kerana,semua kehendaknya telah tercapai, maka Bezita-Baby pun meminta dari Dewa Naga supaya diciptakan sebuah planet yang sudah tersedia dengan bangunan-bangunan bersebelahan dengan bumi dan planet itu dikenali sebagai Planet Plant.
Di tempat lain pula, Pan pengsan apabila menyedari yang bumi akan meletup setelah genap satu tahun dan Satan juga turut berasa panik.Buu bagaimanapun lebih tenang kerana dia pernah mengalaminya sebelum ini sambil berharap dia dapat memulihkannya semula selepas itu.Satan kemudiannya cuba menenangkan Pan dan memberitahunya yang selagi mereka masih hidup ,mereka masih lagi mampu bergembira.Pan terus menangis dan..tangisan Pan itu telah didengari oleh Goku.Goku segera bangun.Kemudian, muncul seorang lelaki kerdil berkepala besar dan berkulit biru bernama Suguro menggosok-gosok Goku.("Suguro-ku" membawa makna "6 semula", atau "Yang Terbaik.").Suguro adalah merupakan hos kepada sebuah permainan lama masyarakat Jepun (seperti permainan dam ular).Goku masih belum mati tetapi itu perlu dipastikan melalui keputusan perlawanan antara dia dengan Suguro.Mereka berdua kemudiannya saling mengambil giliran melemparkan sebuah dadu dan bergerak pada papan permainan berbentuk 3-D.Disebabkan Suguro mempunyai seorang kawan yang berbentuk seperti dadu, dia selalu mendapati petak yang baik sementara itu, Goku pula sering masuk ke kotak-kotak yang tidak baik dan disoal dengan soalan-soalan yang tidak difahaminya.Hukuman bagi mereka yang gagal menjawab soalan yang diberi adalah kematian!.Oleh itu, Goku terpaksa mengelak pelbagai perangkap dan ancaman yang disediakan.Suguro berasa gembira kerana dia telah tinggal disitu selama beberapa juta tahun dan sudah lama tidak menerima tetamu dan Gokuu juga turut tertarik dengan permainan tersebut.Oleh itu, dia pun mengambil keputusan untuk meneruskannya.
This banner was supplied by SAFE Audit
Di bumi, Bezita-Baby dan pengikut-pengikutnya berkumpul di Capsule Corp. sambil Bulma menunjukkan kepada mereka sebuah mesin yang besar.Mesin tersebut kemungkinan digunakan untuk membawa mereka semua ke planet Plant dan ia berbentuk seperti bangunan Capsule Corp. versi jahat .Pan yang turut berada berhampiran tempat tersebut ternampak Trunks dan menjerit kepadanya.Tetapi, Satan menahannya dan memberitahu Pan yang Trunks juga sudah berada didalam penguasaan Baby.Pan menangis mendengar kata-kata Satan.
Sementara itu, semasa perlawanan pusingan pertama Goku kembali ke petak MULA.Di pusingan kedua pula, Goku terpaksa menjawab satu soalan yang tidak difahaminya dan dipusingan ketiga, dia terpaksa menahan diri dari menangis semasa memotong bawang.Kemudian, dia dikehendaki melompat ke sebuah pulau terapung dengan kawah lava berada diantaranya.Goku kemudiannya bertanyakan kepada Suguro mengapa dia sahaja yang sering mendapat petak-petak malang dan Suguro menjawab yang semuanya ditentukan oleh nasib.
Kembali di Capsule Corp., Bezita-Baby mengisyhtiharkan yang dia akan menguasai seluruh cakerawala sedikit masa lagi..
Apakah yang akan berlaku seterusnya???????
Dapatkan sambungannya diepisod 31.....Minggu depan!!
Sila lawat sponsor sebagai sokongan anda untuk hompej ini!!Terima Kasih!!
RealDiscussions.com
Get Connected! Real Discussions, for real people.
**************************************************************** Disiapkan oleh; Azman Aziz dragonball@dragonball.com http://only.at/dragonball Mechanical Engineering,UMKL Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
dahulu ****************************************************************