Klik imej dibawah sebagai sokongan kepada hompej ini;


  • Dragonball GT #31(September 10, 1999)

    Langit Studio Suguro Runtuh!!!??

    Goku terus mengelak dari lava-lava tersebut sehingga dia berada di tempat yang paling tinggi didalam perjalanan permainan tersebut.Suguro bertanya kepada Goku apa yang dia sedang lakukan dan mengingatkan kepadanya supaya meneruskan permainan.Goku pun turun semula dan membaling buah dadu.Kali ini,dadu tersebut terjatuh kedalam lava secara tidak sengaja.Dadu itu bagaimanapun berhenti betul-betul diatas permukaan lava tersebut dan terus kembali kepada Goku.Goku mendengar "dadu" tersebut berkata "ia sangat panas!" tetapi Suguro mendakwa yang dadu tersebut tidak boleh berkata-kata.Oleh itu, Goku mahu melemparkan dadu tersebut sekali lagi kedalam lava.Tiba-tiba ia menjerit..."Berhenti!!" dan terus bertukar kepada seekor rakun hijau dan berkepala tajam.Ia kemudiannya berlari kearah Suguro dan memanggilnya.."Bapa".Suguro pun segera menyuruh rakun tersebut kembali bertukar kepada dadu supaya dia dapat mencapai hasratnya.Dia kemudiannya menjadi panik dan terus bertukar ke bentuk sebenarnye iaitu seekor rakun yang besar dan berwarna hijau atau tanuki.(tanuki == "Rakun Jepun." Tanuki terkenal didalam cerita-cerita dongeng masyarakat Jepun sebagai makhluk yang boleh bertukar bentuk.)

    Goku memanggil Suguro sebagai penipu dan seluruh papan permainan juga turut menjerit "penipu..penipu..".Kemudian, kedengaran satu suara yang mengatakan dia bencikan penipuan.Oleh itu, sebagai balasan seluruh bangunan mula retak.Goku segera menyelamatkan kedua-dua Tanuki tersebut dan terus pergi kearah sasarannya.Suguro pun bertanya kepada Goku mengapa dia menyelamatkan mereka sedangkan mereka adalah "Tanuki Angkasa" tetapi Goku tidak menghiraukannya.Apabila Goku sudah hampir dipenamat permainan tersebut, dia terjatuh.Pada ketika ini, Goku mula sedar yang dia boleh meningkatkan tenaganya semula dan terus terbang menyelamatkan kedua-dua tanuki yang terjatuh ke tingkat bawah.Goku kemudiannya mengeluarkan Kamehameha dan melonjaknya keluar dari tempat tersebut.

    Sementara itu,Kaiou-Bit dapat merasai gelombang Goku semula.Dia pun segera teleport ke tempat tersebut untuk menyelamatkan mereka dan terus teleport kembali ke planet Moyang Kaiou-Shin.Sugoro berterima kasih kepada mereka semua kerana telah menyelamatkannya dan anaknya dan Goku pula bertanya ,mengapa dia boleh berada di planet Kaiou-shin.

    Sila klik gamba dibawah sebagai sokongan pada hompej ini

    Di Bumi..Satan dan Buu terus melihat Bangsa Tsufuru yang baru sedang memenuhi kapal angkasa Capsule Corp dan Pan berasa sedih apabila dia menjumpai Gill yang sudah hancur.Pan kembali kepada Satan dan melahirkan hasrat untuk menyelamatkan keluarganya semula.Satan bersetuju tetapi dia tidak tahu bagaimana.Pan cuma tersenyum.

    Di planet Moyang KaiouShin pula, Kaiou Bit melihat kearah bola kristal dan memberitahu Goku apa yang sedang berlaku di bumi.Goku terkejut apabila mendapat tahu yang Danda juga turut dikawal oleh Baby.Oleh itu, Goku mahu kembali ke bumi untuk bertarung tetapi dihalang oleh Kaiou-Shin kerana menurutnya Goku masih terlalu lemah berbanding Baby dan tidak dapat menahan SSJ3.Goku cuba membantah sehinggalah Kaiou-Bit mencadangkan yang mereka perlu melatih Goku terlebih dahulu.

    Sementara itu, dibumi,Buu bertukar wajah kepada sorang pemuda yang kacak dan terus memotong barisan dan berada didepan beberapa orang anak gadis.Kemudian,lelaki dibelakangnya merungut.Lelaki tersebut adalah Kurin tetapi dia tidak mengenali Buu.Buu kemudiannya mengatakan yang dia ada membawa 2 orang manusia didalam perutnya.Oleh itu, Kurin membenarkan Buu berada didepannya.Kemudian, Bulma datang dan mengira sehingga 100 orang.Buu adalah orang terakhir yang dibenarkan naik ke kapal angkasa tersebut untuk pergi ke planet Plant.Seketika kemudian,kapal angkasa tersebut pun terus bertolak ke planet Plant meninggalkan Kurin,No#18 dan juga Marron dan no#18 kemudiannya memarahi Kurin kerana bersikat seperti "Kurin yang sebenar".

    Di planet Kaiou-Shin, Goku sedang berlatih dengan memutarkan pengisar kopi gergasi dengan menggunakan cuma satu tangan.Goku kemudiannya berasa gatal di punggung dan terus merungut tetapi Moyang Kaiou Shin menyuruhnya memutar dengan lebih cepat lagi.

    Sementara itu, kapal angkasa Capsule Corp telah mendarat di planet Plant.Mereka semua keluar beramai-ramai dan menjerit-jerit nama Baby.Buu kemudiannya kembali ke bentuk asal dan membebaskan semula Satan dan Pan.Pan keluar dan memberikan kepada Buu dan Satan sejenis pil yang menurutnya dapat mengeluarkan telur Baby dari mereka semua.Dia terus berlaku dan tindakannya dikesan oleh beberapa orang pengikut Baby dan mereka menjerit.."bunuh musuh Baby..!".Pan kemudiannya melemparkan pil kepada Bangsa Tsufuru tersebut dan kemudiannya Videl muncul dan memukulnya ke tanah.Pan menyuruh ibunya itu turut mengambil pil tersebut tetapi dia terus dipukul sambil disifatkan oleh Videl sebagai anak bermasalah.Baby kemudiannya muncul dan menyuruh Gohan dan Videl membenuh anak mereka itu.Mereka berdua bersetuju.

    Berbalik di planet Kaiou-Shin, Goku terus merungut dan bertanyakan berapa lama lagi dia perlu terus mengisar kopi sambil Moyang Kaiou-Shin sedang membaca majalah lucah.Dari bola kristal,Goku dapat melihat yang cucunya,Pan sedang hampir dibunuh dan dia mahu pergi menyelamatkannya.Kaiou-Shin melarangnya.

    Sementara itu, Gohan membawa Pan kesatu tempat dan bersedia untuk membunuhnya.Bagaimanapun, secara tiba-tiba Gohan telah dipukul dari belakang oleh seseorang.Pan terselamat.

    Siapakah yang datang menyelamatkan Pan??

    Dapatkan sambungannya diepisod 32.....beberapa minggu lagi kerana saya nak EXAM FINAL!!


    Sila lawat sponsor sebagai sokongan anda untuk hompej ini!!Terima Kasih!!

    RealDiscussions.com
    Get Connected! Real Discussions, for real people.

    ****************************************************************
    Disiapkan oleh;
    Azman Aziz
    dragonball@dragonball.com
    http://only.at/dragonball
    Mechanical Engineering,UMKL
    
    Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
    hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
    dahulu ****************************************************************