Dragonball GT #4(January 02, 1999)

Dikehendaki!!Goku Penjenayah!!

Pan dan Trunks merancang untuk mengekori dibelakang lori tetapi Goku berpendapat yang mereka boleh teleport kerana ia lebih mudah.Robot itu pula cuba melarikan diri.Namun disebabkan terdapat radar mutiara naga didalam badan robot tersebut...Pan tidak mahu melepaskannya.Oleh itu, dia mengikat robot tersebut dan diletakkannya didalam beg pakaiannya yang dibawa oleh Trunks. Selepas itu, Goku pun mula untuk melakukan teleport.Malangnya, mereka cuma dapat bergerak dalam jarak yang dekat sahaja.Ini mungkin disebabkan Goku sudah kehilangan kebolehan untuk teleport dan dia juga telah kembali kepada kanak-kanak.

Di Istana, Don Kia dikejutkan oleh kedatangan 2 orang pengikutnya yang mendakwa menjumpai sebuah kapal angkasa yang aneh.Don Kia kemudiannya menyuruh mereka menjual pesawat tersebut untuk mendapat wang dengan cara mudah.

Pada malam itu,mereka bertiga menyelinap masuk ke pusat kawalan untuk mencari dimana terletaknya pesawat mereka.Pan berpendapat yang pesawat mereka telah diletakkan disatu tempat yang tersembunyi dan susah dicari tetapi Goku memberitahu mereka berdua yang dia ternampak pesawat mereka terletak di tengah satu kawasan lapang sekitar situ.(yang langsung tidak tersembunyi..). Pan memarahi Goku kerana kata-kata Goku mengejutkannya(sebenarnya dia sudah malu.)

Mereka pun mendekati pesawat mereka itu dan melepasi beberapa pengawal yang terdapat disitu.( sambil melakukan beberapa kesilapan bodoh..!!).Kapal tersebut berada disatu kawasan lapang.Oleh itu, Goku menawarkan diri untuk berlawan dengan pengawal tersebut tetapi Pan tidak setuju.

Kemudian, pengawal tersebut membuang tin minuman kekawasan gelap dan terkena kepala Pan.Pan menangis dan menyebabkan Goku dan Trunks terpaksa memujuknya supaya dia tidak menangis dengan terlalu kuat.Seketika kemudian,sebiji batu pula mengenai kepala Trunks dan terjatuh diatas robot yang mereka bawa bersama.Robot tersebut terus merungut dan didengari oleh pengawal tersebut.

Pengawal itu mula berwaspada dan dia melepas tembakan.Oleh itu, Pan mahu menyerang pengawal tersebut.Goku terpinga-pinga dengan tindak tanduk Pan kerana dia melarang Goku berlawan dengan pengawal tersebut tetapi...dia sendiri pula yang mahu berlawan dengan pengawal itu.Pan menjawab yang mereka perlu melakukan sesuatu berdasarkan "keadaan semasa".Goku kurang faham dan mula terbanyangkan makanan kerana dia sudah kelaparan.

Mereka kemudiannya, dengan mudah berjaya mengalahkan pengawal2 tersebut.Tanpa berlengahkan masa, Goku pun membuang cangkuk yang terdapat pada pesawat tersebut dan menurunkannya.(pesawat tersebut tergantung dibumbung..).Sementara itu,Pan pula memandu hovercraft untuk membawa pesawat tersebut keluar.Pan tidak tahu memandu, oleh itu, dia telah melanggar beberapa patung-patung milik Don Kia.

Tiba-tiba, dua orang pengikut Don Kia muncul.(salah seorang bernama Kiru-sama.).Mereka pun menunggu hoverkraf itu dijalan keluar dan menggunakan "serangan bola tenaga berkembar" untuk menyekat mereka..tetapi digagalkan oleh serangan balas Goku. Goku melepaskan bola tenaga dan ia terus meluncur kearah satu bangunan tetapi dengan mudah ditepis oleh seorang yang memakai pakaian seperti harimau bintang.Lelaki itu dan Goku saling memerhati.Dia kemudiannya mengatakan yang dia dapat merasakan yang Goku mungkin seorang bangsa Saiya.Tanpa menghiraukan semua itu, mereka bertiga terus melarikan diri bersama pesawat tersebut.

Di istana, Don Kia naik marah kerana kehilangan pesawat tersebut yang dapat memberikan wang padanya.Dia terus memaki hamun sehinggalah Rajjik (lelaki berkulit harimau bintang) membuka mulut.Don Kia pun tenang kembali.Dia mendenda kedua-dua pengikutnya itu sebanyak beberapa juta Gametsu kerana kesilapan mereka itu.).Malang bagi Goku,Trunks dan Pan...perbuatan mereka tadi telah dapat dirakam oleh sebah kamera.Don Kia tertanya-tanya apa yang dikehendaki oleh mereka bertiga dan dia tidak fikir, mereka bertiga dapat melepaskan diri dengan mudah.

Esoknya,Trunks cuba membaikk pesawat tersebut.Kemudian, mereka ke bandar untuk membeli makanan.Bila mereka sampai, penduduk bandar tersebut menjadi panik dan melarikan diri.Ini adalah kerana terdapat poster2 mereka disekitar kawasan bandar tersebut yang menunjukkan bahawa mereka sedang dikehendaki oleh pihak berkuasa. .Pan kecewa kerana digambarkan sebagai seorang yang huduh tetapi Goku menyukainya.Kemudian, polis pun sampai tetapi dengan mudah dikalahkan oleh mereka.

Malam tiba..dan hujan pun turun.Pan merungut-rungut dan mereka bertiga berada didalam kelaparan.Kemudian, robot yang menelan radar terdiam(sound off).Ini menyebabkan Pan naik marah dan mengetuk-ngetuknya.Bagaimanapun, Trunks menyedari yang robot tersebut telah bertindak seperti Radar Mutiara Naga yang besar dan Ia sedang mencari samada terdapat mutiara naga berdekatan situ.Seketika kemudian, polis sampai lagi dan mengepung mereka bertiga.

------------------------------------------

Watak baru..
Kiru -- nama seorang lelaki pendek dan berwarna merah yang bekerja dengan Don Kia
Geal(Gail) -- Pengikut Wanita Don Kia yang bekerja bersama-sama dengan Kiru.
------------------------------------------

****************************************************************
Disiapkan oleh;
Azman Aziz
mutiara_naga@mailcity.com
Mechanical Engineering,UMKL

Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
dahulu ****************************************************************