Dragonball GT #5(January 09, 1999)

Orang Terkuat!!Rejjik,Si Pengawal!!

Pihak polis terus memburu mereka bertiga dan mereka pun bersembunyi dibelakang poster besar yang terdapat disitu.Pada ketika mereka sedang memikirkan akan langkah seterusnya, seorang wanita telah menemui mereka.Goku cuba memberitahu wanita itu yang mereka adalah orang yang dikehendaki tetapi mereka adalah orang yang baik.Kemudian, Pan juga cuba untuk mengawal keadaan tetapi wanita itu terus menjerit dan menarik perhatian polis. Oleh itu, mereka melarikan diri dan bersembunyi disebalik sebuah bangunan.Dua orang pengikut Don Kia melakukan serang hendap dan Kiru(salah seorang pengawal tersebut..) mahukan mereka hidup-hidup supaya dia dapat membalas dendam akan apa yang berlaku sebelum ini.(dia didenda oleh Don Kia).

Pan dan Trunks dengan mudah melepaskan diri dijalan berdekatan dimana Kiru sedang menanti tetapi tiba-tiba Goku muncul dan jatuh keatas muka Kiru sebelum melantun semula(dia melakukan muka Kiru seolah-olah sebuah spring board).Kiru terkejut.

Seketika kemudian, Pan terjatuh lagi dari sebuah bumbung keatas Goku bersama-sama Trunks.Pan terus merungut-rungut mengenai planet itu dan Goku pula menyuruh Pan bangun dan mengatakan yang Pan terlalu berat dan gemuk.

Tiba-tiba mereka di tegur oleh satu pasangan suami isteri yang telah tua dan mengenali mereka dari poster yang tertampal disekitar bandar.Oleh itu, mereka bertiga pun meminta maaf dan cuba untuk melarikan diri tetapi ditahan oleh pasangan tersebut yang menyifatkan bahawa jika sesuatu itu tidak disukai oleh Don Kia, itu bermakna, ia adalah suatu perkara yang baik.Perempuan tua itu pun terus mengajak mereka makan (walaupun dibantah oleh suaminya) bersama-sama.

Ketika makan, mereka bertiga pun menceritakan apa yang telah berlaku.Kemudian, perempuan tua itu memberitahu mereka yang Don Kia juga pada mulanya datang ke planet tersebut dengan kapal angkasa bersama-sama Rejjik.Pan tertanya-tanya mengapa penduduk planet tidak menentang Don Kia dan perempuan itu menyatakan yang Rejjik adalah terlalu gagah untuk dikalahkan.Kemudian, Goku teringatkan semula wajah Rejjik yang ditemuinya semalam sambil meminta makanan tambahan.Perempuan tua itu meminta maaf kerana semua makanan telah habis dimakan oleh mereka.Mereka bertiga pun baru sedar yang mereka telah menghabiskan kesemua makanan pasangan tersebut.Pan kemudiannya berjanji kepada pasangan tersebut yang mereka akan mengalahkan Don Kia tetapi ini diragui oleh pasangan tersebut.Pan cuba meyakinkan mereka dan mendakwa yang mereka bertiga adalah sangat kuat.

Seketika kemudian, mereka bertiga pun keluar dari persembunyian.Geal dan Kiru bersedia untuk berlawan tetapi menjadi terkejut apabila mereka bertiga dengan rela telah menyerah diri.Mereka pun ditahan dan dibawa ke istana Don Kia.

Di istana, Don Kia sedang bergembira dengan wang-wang yang dimilikinya.Kemudian, dia diberitahu yang Gea l telah berjaya menangkap 3 orang pelarian tersebut.Don Kia pun menyuruh supaya mereka bertiga dibawa ke pejabatnya.

Tiba-tiba, pengawal tersebut terpelanting menembusi pintu.Don Kia tercari-cari dimana Geal berada dan mendapati kesemua pengawal-pengawalnya sudah tidak sedarkan diri.

[Commercial Break.] Pan mahu membalas dendam keatas Don Kia tetapi dia telah diperangkap kedalam satu bekas silinder yang bermedan tenaga tinggi.Didalam pejabat Don Kia terdapat beberapa buah meriam dan dia pun menembang Pan bertalu-talu tetapi tembakan tersebut terhenti apabila Rejjik tiba dan berkata yang peluru tersebut tidak akan berkesan keatas mereka. Oleh itu, Don Kia menyuruh Rejjik mula menyerang tetapi Rejjik tidak berganjak kerana dia tidak akan menerima arahan dari sesiapa.Dia juga sebenarnya mahu melihat sejauh manakah kekuatan mereka bertiga.Kemudian, Trunks menyerang tetapi dengan mudah ditepis oleh Rejjik.Kini, Goku pula berdepan dengan Rejjik dan menyuruh Trunks menyelamatkan Pan.Mereka pun bertarung dan saling mengeluarkan bola tenaga,tendangan dan tumbukan masing-masing. Rejjik menghasilkan pedang sami-magik dan menyerang Goku tetapi Goku menangkap dan mematahkannya.Pertarungan ini menyebabkan seluruh istana musnah teruk.Goku kemudiannya menjadi semakin gembira bertarung dan dia pun bertukar kepada Super Saiya 1.Dia pun terus-menerus mematahkan setiap serangan Rejjik dan menghempasnya kelantai.Rejjik enggan mengalah dan melakukan pula serang berupa bola tenaga, Goku membalas semula dengan Kamehameha dan mengenai Rejjik.

Goku pun berhenti menyerang apabila mendapati Rejjik sudah diserang teruk.Dia terus mencaci-caci Goku tetapi Goku tidak mempedulikannya.Sementara itu, Pan pula sudah bebas.Oleh itu, dia dan Trunks pun berdepan dengan Don Kia.Don Kia pun mengambil wangnya dan menawarkannya kepada Rejjik supaya menyelamatkanya.Rejjik menendang Don Kia dan memberitahu Goku yang dia akan menumpaskan Goku satu hari nanti.Goku menjawab yang dia tidak akan tewas.

Apabila mendapati sudah tewas, Don Kia meminta maaf dari mereka bertiga dan berjanji untuk melakukan apa saja.Oleh itu, mereka menyuruh Don Kia supaya berhenti mengambil sewa dari penduduk planet tersebut.Don Kia membantah, jadi, Goku pun terus memukulnya berkali-kali sehinggalah dia bersetuju.

Keesokkan paginya, mereka bertiga kembali kekampung bersama-sama kesemua wang milik Don Kia dan berjanji yang mereka akan mendapat planet mereka semula.Kemudian, kapal angkasa mereka bersedia untuk dilancarkan semula .Goku bertanya kepada Pan bagaimana mereka akan mencari mutiara naga tanpa Radar mutiara Naga.Pada ketika ini, barulah Pan sedar yang robot tersebut telah melarikan diri sekali lagi.Pan naik marah dan ini disedari oleh Trunks.Oleh itu, Trunk pun membawa robot tersebut yang disimpannya kepada mereka.Pan bertanyakan kepada Trunks ,apa yang harus dilakukan tanpa radar.Tiba-tiba, robot tersebut membuka penutup dibelakangnya dan meraka mendapati yang terdapat skrin radar mutiara naga terdapat disitu(seperti mana yang diramal oleh Trunks dalam episod lepas..).

Oleh itu, mereka pun mengkaji skrin tersebut dan mendapati yang memang terdapat mutiara naga terdekat di sistem solar planet Imeggan.Pan merasa gembira dan ketika kapal angkasa dilancarkan, Goku dan Pan tertidur...

****************************************************************
Disiapkan oleh;
Azman Aziz
mutiara_naga@mailcity.com
Mechanical Engineering,UMKL

Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
dahulu ****************************************************************