Dragonball GT #6(January 14, 1999)

Sakitnya!!Son Goku Menjadi Doktor Gigi

Kapal angkasa berlepas dan kemudiannya mendarat disebuah planet lain.Goku bertanyakan akan nama robot tersebut dan terpapar nombor siri "DD4649T22006RS" dibelakang robot itu.Robot itu kemudiannya memberitahu mereka yang mutiara naga berada di atas planet yang mereka temui sebelum ini.Pan mengugut untuk menghancurkan robot itu jika ia berbohong dan Trunk pula tanpa berlengah terus mendarat diplanet tersebut tetapi disebabkan kawasan itu berbatu-batan..mereka jatuh terhempas tetapi semua selamat.Trunk meminta maaf kerana ini adalah kali pertama dia membawa kapal angkasa.kemudian, mereka mendapati yang kapal angkasa mereka terus bergoyang-goyang---ini adalah kerana, mereka telah mendarat diatas seekor penyu raksasa.Aapabila menyedarinya, Goku dan Pan pun terus turun dari belakang penyu tersebut.

Mereka kemudiannya mendapati yang hidupan diplanet tersebut adalah jauh lebih besar dari hidupan2 di bumi.Goku pun terus bermain-main dengan menunggang dibelakang seekor kumbang dan Pan pula bergaya seperti seekor serangga walaupun Goku tidak fikir begitu.

Tiba-tiba, Pan telah diterbangkan oleh seekor rama-rama gergasi.kemudian, Trunk pula turun dari kapal angkasa dan mahu mula mencari mutiara naga dan juga mencari Pan yang dilarikan rama-rama.Goku bagaimanapun tidak menghiraukan apa yang berlaku dan beranggapan yang mereka berdua sahaja susah cukup untuk mencari mutiara naga.Kemudian, Pan ditinggalkan diatas sekuntum bunga dan dia pun dengan gembira terus menikmati madu bunga tersebut dan tidur diatas nya sehinggalah sekawan lebah datang dan menerbangkannya pula.

Sementara itu, Trunks pula sudah menjumpai sebiji mutiara naga didalam pokok orkid yang berada di pokok epal.Tetapi Goku telah menjatuhkan sebiji epal dari pokok itu dan epal itu telah jatuh betul2 diatas mutiara naga.Kemudian, beberapa ekor burung datang dan menerbangkan epal tersebut dimana terdapat mutiara naga melekat padanya.

Seketika kemudian, se'orang 'gergasi telah menembak burung itu lalu mengambil epal yang diterbangkannya dan terus mengisinya kedalam karung.Burung itu pula diletakkan diatas bahunya. Trunk dan Goku cuba untuk mengejar gergasi tersebut tetapi mereka berhenti apabila terdengar jeritan Pan.Goku tidak mempedulikan Pan tetapi Trunk mahu menyelamatkan Pan dahulu kerana mereka dapat mengesan mutiara naga melalui radar yang disimpan oleh Pan. Goku merungut-rungut.

Lebah itu pun kemudiannya sampai ke sarangnya dan meletakkan Pan didalam sebuah bilik.Pan merungut tentang apa yang berlaku sehinggalah die mendapati yang berpuluh-puluh telur lebah disekelilingnya mula bergerak-gerak.Seketika kemudian, telur itu pun menetas dan anak lebah itu kelihatan sangat comel dan membuatkan Pan berasa gembira.

Sementara itu, Trunks menjumpai labah-labah raksasa dan terdapat kesan Pan pada sarang tersebut.Goku terlekat pada sarang tersebut dan Trunk pun menendang labah-labah tersebut sehingga jatuh.Tetapi apabila sarang labah-labah itu telah dikoyakkan, mereka menjumpai permaisuri lebah sebesar manusia didalamnya.

Didalam sarang lebah tersebut, lebah pekerja telah membawakan Pan madu.Pan menjadi keliru dan dia kemudiannya beranggapan yang dia dianggap sebagai 'penjaga' kepada anak2 lebah tersebut.Pan meminta maaf dari nak2 lebah tersebut dan terus melarikan diri.Oleh itu dia telah dikejar oleh lebah2 tersebut dan ditangkap semula.Mereka kemudiannya terbang melintasi gergasi tadi.

Trunk dan Goku yang sampai ke sarang lebah tersebut kemudianya menerangkan kepada mereka apa yang berlaku.Lebah-lebah itu pun kembali ke sarang mereka dengan permaisuri mereka.Goku tertanya-tanya mengapa lebah2 tersebut menjadi terlalu bodoh sehingga menganggap Pan sebagai permaisuri mereka.

Pan terkejut apabila mendapati yang ,mereka belum lagi menjumpai mutiara naga dan Goku bermain-main dengan robot yang sudah hampir kehabisan tenaga.Trunks mula berfikir bagaimana mahu mencari sumber tenaga di situ dan Goku pula sudah kelaparan.kemudian, Goku terbau ikan bakar dan terus berjalan kearahnya.Mereka pun menjumpai gergasi tadi.Disebabkan terlalu kecil mereka pun menggunakan anak panah untuk melemparkan mereka lalu masuk kedalam karung yang terdapat epal dan mereka dapat melihat mutiara naga sedang melekat padanya. Goku terbang untuk mengambil epal tersebut tetapi salah seekor binatang peliharaan gergasi tersebut telah mengambil epal tersebut dan epal itu jatuh di kaki gergasi tersebut.Gergasi itu terus mengambil dan memakan epal tersebut. Pan mula panik kerana dia menjangkakan yang mereka perlu menunggu sehingga gergasi itu membuang air besar untuk mengambil mutiara naga tersebut tetapi Trunks menenangkannya dan bercadang untuk mencari mutiara naga yang lain dahulu.

Tiba-tiba gergasi itu menjerit-jerit kesakitan.Goku pun terbang dan mahu untuk bertanya kepada gergasi itu apa yang telah berlaku.Dia mendapati yang terdapat mutiara naga terlekat dicelah-celah giginya.Oleh itu, Goku pun masuk kedalam mulut gergasi tersebut dan cuba mengeluarkan mutiara naga dari mulutnya.Tiba-tiba gergasi itu menutup mulutnya dan Goku terperangkap didalamnya.Goku mahu menggunakan kamahemeha untuk melepaskan diri tetapi..sebelum sempat dia menggunakannya, gergasi itu membuka mulutnya semula. Goku menanggalkan gigi gergasi tersebut dan terus menyelamatkan diri dari mulut gergasi tersebut.Goku merungut kerana gigi gergasi tersebut terlalu besar dan mulutnya juga busuk.

Gergasi itu kemudiannya tenang semula apabila menyedari kesakitannya telah hilang.Oleh itu, mereka pun telah berjaya mendapatkan mutiara naga yang pertama dan Goku pula menyerahkan semula gigi gergasi itu kepadanya dan menyuuh supaya dia lebih rajin menggosok gigi.

Mereka kemudiannya terbang kembali ke kapal angkasa dan melambai-lambai selamat tinggal kepada gergasi tersebut.Gergasi itu melambai kembali dan mereka pun berlepas semula ke angkasa meninggalkan planet tersebut.

Pan memuji-muji kecantikan mutiara naga kerana ini adalah kali pertama dia melihatnya.Dia mengucapkan terima kasih kepada robot tersebut dan meminta supaya dia menolong mereka mencari mutiara naga seterusnya.Robot itu membalas "giro giro" seperti biasa dan pun memanggil robot itu denagn nama "Gill".Trunks dan pan bersetuju.

****************************************************************
Disiapkan oleh;
Azman Aziz
mutiara_naga@mailcity.com
Mechanical Engineering,UMKL

Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
dahulu ****************************************************************