Dragonball GT #7(February 03, 1999)
Sayang ku!? Pengantin Itu Adalah Trunks
Pan memarahi dan mengikat Gill setelah ia cuba makan beberapa bahagian didalam kapal angkasa tersebut.Gill meminta tolong dari Trunks dan Trunks meminta Pan supaya bertenang.Goku yang sedang makan juga menyebelahi Gill.
Pada ketika mereka sedang bertekak, tiba-tiba mereka ternampak sebuah planet yang cantik yang menurut Gill, terdapat mutiara naga.Kemudian, mereka pun mendarat di sebuah kawasan yang menarik dan berjalan sehingga menjumpai sebuah kampung. Mereka mendapati bahawa perkampungan itu sudah kosong.Goku pula mula merengek kelaparan.Seketika kemudian, mereka menjumpai sebuah rumah yang dipenuhi dengan semua penduduk kampung.
Trunks bertanya kepada mereka apa yang telah berlaku dan mereka menyebut "Zuunama".Gill kemudiannya memberitahu yang terdapat seorang wanita didalam rumah itu yang memiliki mutiara naga.Tanpa berlengah, mereka bertiga pun masuk kedalam rumah dan menjumpai mutiara naga(no 6) yang dimaksudkan terikat dirambut seorang wanita bernama Reenu.Oleh itu, Trunks memberitahu mereka yang dia datang dari Bumi dan mahukan mutiara naga tersebut tetapi teman lelaki wanita tersebut yang bernama Doma, naik marah dan menyatakan bahawa mereka menantikan bila Zuunama akan datang kembali.Goku dan Pan bertanyakan, siapakah Zuunama yang dimaksudkan.Penduduk kampung itu menjadi keliru.
Kemudian, penduduk kampung itu menjamu mereka makan dan pada ketika Goku sedang makan, mereka memberitahu yang Zuunama adalah makhluk yang dahsyat dan sentiasa meminta makanan yang banyak dari mereka.Tiba-tiba, Gill dapat merasai sesuatu sedang menghampiri mereka.Ia adalah makhluk yang seperti ikan keli dengan kebolehan menghasilkan gempa bumi dengan cara manari2 dan menggerak-gerakkan janggutnya.Gill menjadi panik dan berlari-lari sehinggalah Pan memarahinya dan menyruh dia bertenang.
Zuunama sampai dan mahukan seorang wanita sebagai isterinya dan ketua kampung itu memberitahu yang anak perempuannya adalah perempuan yang dimaksudkan oleh Zuunama. Pada mulanya Zuunama berasa gembira tetapi apabila mendapati yang bakal isterinya tidak keluar maka dia pun menghasilkan satu gempa bumi yang kuat.Oleh itu, Reenu keluar dan menawarkan dirinya sebagai ganti.Gempa bumi pun berhenti.
Zuunama bersetuju menerima Reenu dan akan kembali semula pada esok hari tetapi penduduk kampung terpaksa menenangkan Doma yang kemarahan.Zuunama juga mahu Reenu kelihatan lebih cantik pada esok hari dan terus berlalu sambil menyanyi-nyanyi dengan kuat sehingga menghasilkan gegaran yang kuat.Reenu terus pengsan.
Petang itu penduduk kampung pun nenyediakan hidangan untuk Zuunama sambil menghalang Goku dari terus makan.Pan kurang senang dengan keadaan tersebut dan mahu mengalahkan Zuunama.Oleh itu, dia memberitahu mereka yang Trunks adalah orang kedua terkuat dibumi dan Trunks menambah yang ayahnya, Bezita adalah yang terkuat.Doma mahu turut serta mengalahkan Zuunama dan Pan bersetuju.
Pan mengkagumi melihat Reenu dengan pakaian pengantinnya dan dia kemudiannya menyuruh Goku memakai pakaian tersebut.Goku bertanyakan mengapa dan Pan menyatakan yang dia mahu Goku menyamar sehinggalah Zuunama menjadi mabuk dan Pan akan memotong janggung Zuunama dengan gunting gergasinya.(Trunks mula terfikir dari mana letaknya gunting yang dimaksudkan oleh Pan).
Goku bersetuju tetapi Pan dan Trunks mendapati yang Goku tidak sesuai dengan pakaian tersebut.Jadi, Trunks terpaksa menggantikan tempat Goku kerana mutiara naga akan menjadi hadiah untuk mereka jika mereka dapat mengalahkan Zuunama.
Esok paginya, Trunks dengan berwajah malu bersedia dengan pakaian pengantin tersebut sambil merasa lega kerana keluarganya tidak ada bersama untuk melihat keadaannya. Kemudian, Doma sampai dan menyuruh mereka bersedia.Sementara itu, seorang tukang masak pula kelihatan sedang membawa sebekas minuman keras untuk Goku(Goku tidak dibenarkan minum kerana dia masih kanak-kanak).Seketika kemudian, Zuunama sampai sampai menyanyikan lagu.."Pengantin Lelaki sudah sampai..".Trunks pun berlari ke balkoni ditingkat 2.
Kemudian, Zuunama naik marah melihat pintu masuk bawah tanah dan dia pun menyuruh Reenu keluar dengan segera.Trunks menyuruh dia masuk tetapi ditegur oleh Pan.Oleh itu dia menukar suaranya kepada suara perempuan dan mengatakan yang dia selsema.
Sampai dibawah, Zuunama menyuruh "bakal isteri"nya datang dekat padanya kerana dia mahu melihatnya dengan lebih jelas..
**************************************************************** Disiapkan oleh; Azman Aziz mutiara_naga@mailcity.com Mechanical Engineering,UMKL Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
dahulu ****************************************************************