Dragonball GT #8(February 17, 1999)

Kilat Dari Goku!! Kuasa Sebenar Janggut Zuunama

Trunks terpaksa mendekati Zuunama kerana Zuunama mahu melihat samada dia lebih cantik dari semalam.Trunks terkaku.Sementara itu, Pan yang sedang bersembunyi disebalik kaktus buatan menyuruh Trunks mengikut kehendak Zuunama. Goku merasakan bahawa rancangan mereka hampir gagal, oleh itu dia meminta untuk berlawan dengan Zuunama.Pan menyuruh dia bersabar. Tiba-tiba ,Zuunama menyukai Trunks lebih dari Reenu dan dia pun membawa Trunks ke tempatnya.

Mereka kemudiannya terjun ke dalam sebuah kolam dan berenang menerusi lorong-lorong di bawah gunung sehingga sampai di sebuah gua.Pan dan mereka yang lain gagal mengesan Trunks lagi dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Kemudian, Doma mengagak yang mereka telah berenang di dalam kolam berhampiran.Tanpa berlengah lagi, Goku terus menanggalkan pakainnya.Pan berasa kurang senang melihat Goku berbogel tetapi Goku meyatakan yang dia selalu mandi berbogel bersama Pan ketika Pan masih kecil. Mereka tertekak dan Doma pula tertanya-tanya bagaimana Goku yang masih kecil sebenarnya adalah datuk Pan.

Goku kemudiannya berenang masuk kedalam kolam itu dan menjumpai lorong air bawah tanah yang dilalui Zuunama dan Trunks tadi.

Di dalam gua, Trunks terlihat sebuah kolam lava panas dan dia pun menyesat-kesat peluh dimukanya sehingga lipstik di mulutnya menjadi comot.Zuunama merasakan yang Trunks adalah lebih cantik dari Reenu dan dia pun menyuruh Trunks duduk sambil menikmati hidangan.Mereka pun makan dan minum sehinggalah Zuunama menjadi mabuk kerana memakan buah-buahan yang telah disimbah dengan minumam memabukan oleh Trunks.Zuunama mahu buah-buahan lagi tetapi semua buah-buahan sudah habis dimakannya.Dia pun naik marah dan pada ketika ini, Goku, Pan dan lain-lain muncul di dalam gua tersebut.Ini disedari oleh Zuunama

Zuunama naik marah dengan kehadiran mereka.Dia pun mengamuk.Goku kemudiannya bersedia untuk berlawan dengan Zuunama tetapi secara tiba-tiba Zuunama berhenti mengamuk dan terus pengsan dengan sendiri kerana dia tidak boleh minum air memabukkan.

Doma kemudiannya memotong janggut Zuunama dan mereka mentertawakan Zuunama tanpa janggutnya yang kelihatan agak lucu.Tiba-tiba, Zuunama bersin dan tersedar.Dia bertanya mengapa Trunks telah menukar pakaiannya dan Trunks menjawab yang dia sebenarnya adalah lelaki.

Zuunama menyedari yang janggutnya telah dipotong dan dia dengan marah cuba untuk membuat satu gempa yang kuat.Dia merasakan yang masih berkebolehan membuat gempa seperti sebelumnya dan bertanya samada mereka semua berasa takut!!

Pan sedar yang Zuunama tidak boleh melakukan gempa tetapi Zuunama dapat merasai yang setiap kali gempa semulajadi akan berlaku.Oleh itu Zuunama akan mendakwa bahawa dialah yang melakukannya.

Walaupun Zuunama sedar yang penipuan nya telah terbongkar tetapi dia masih tetap mahu menipu lagi.Tetapi, tiba-tiba kolam lava di bawah mereka meletup dan menyembur lava keatas.Mereka pun terus lari keluar untuk menyelamatkan diri. Goku kemudiannya menolak Zuunama kepada mereka yang lain dan tanpa berlengah masa dia meningkatkan lagi tolakannya sehingga mereka semua kembali ke atas dan terselamat.

Lava yang tersembur itu kemudiannya keluar melalui gunung tadi sebagai gunung berapi dan merisaukan orang-orang kampung.Oleh itu, Goku menggunakan Kamehameha dan menghapuskan gunung tersebut bersama-sama dengan kawasan sekelilingnya.

Kemudian, didalam kapal angkasa, Pan mendapat mutiara naga yang disimpan oleh Reenu.Zuunama pula telah diterima oleh orang2 kampung tersebut sebagai pemberi amaran awal apabila gempa ingin berlaku.

Tiba-tiba, mutiara naga ditangan Pan tadi terapung dan terbang menuju kearah seorang penduduk kampung yang sebenarnya adalah makhluk asing bermuka biru.Makhluk asing itu terbang ke kapal angkasanya dan kapal angkasanya tersu terbang ke angkasa bersama-sama Mutiara Naga yang dicurinya.

****************************************************************
Disiapkan oleh;
Azman Aziz
mutiara_naga@mailcity.com
Mechanical Engineering,UMKL

Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
dahulu ****************************************************************