Dragonball GT #9(February 25, 1999)

Tak Guna!! Goku Masuk Ke Planet Perangkap

Mereka pun terus bergegas masuk ke dalam kapal angkasa dan cuba untuk mengejar makhluk asing tersebut.Pada ketika Trunk masih tertanya siapa yang mengambil mutiara naga tersebut, Kapal anagksa makhluk asing tersebut tersu terbang melarikan diri.

Didalam kapal angkasa tersebut, terdapat 3 makhluk memerhati mutiara naga tersebut dan tertanya-tanya apakah keistimewaan mutiara naga tersebut.Radar didalam kapal tersebut kemudiannya dapat mengesan kehadiran kapal Goku,Trunks dan Pan yang sedang mengekori mereka.Oleh itu mereka pun terbang dengan lebih pantas tetapi Trunks berkeyakinan yang dia mampu mengejar kapal makhluk asing tersebut.Pada mulanya dia berjaya mengelak dari terlanggar astroid dan dia pun mula bercakap besar tetapi kemudiannya kapal angkasa mereka mula berlanggar-langgar dengan asteroid -asteroid seperti pinball.Pan pun naik marah dengan tingkah laku Trunks.

Sementara itu, makhluk asing tersebut mula berada kurang senang kerana masih gagal diekori oleh kapal angkasa dipandu Trunks.Oleh itu, Ketua mereka, Bonpara bertanyakan kepada komputernya apa yang harus dilakukan.Komputer itu menjawab yang planet berdekatan iaitu Planet Beehei adalah tempat yang terbaik sebagai perangkap kerana ia dipenuhi dengan cacing gergasi.Bonpara bersetuju dan mereka pun terbang dengan kelajuan maksimum sambil diekori oleh Trunks.

Kapal makhluk asing itu kemudiannya masuk ke dalam satu terowong menghala ke pusat planet tersebut dan terus bersembunyi di terowong melintang yang terdapat disitu. Manakala, Trunks, Goku dan Pan terus terbang ke bawah.Komputer makhluk asing itu kemudiannya memberitahu mereka yang kemungkinan untuk Trunks, Goku dan Pan hidup adalah 0.000000112%.Bonpara merasa gembira dan terus terbang pergi dari situ.

Di planet asal makhluk asing tersebut, kehidupan adalah hampir sama dengan rekabentuk planetnya.Didalam sebuah tempat penyembahan yang besar, terdapat ramai makhluk2 sedang bersembahyang dan depannya terdapat satu pentas dengan patung batu yang besar sedang memegang bekas abu.Di atas pentas, pendita bertopeng memanggil orang-orangnya naik ke pentas dan memberikan mutiara naga kepadanya.Tetapi orang-orangnya gagal mendapatkannya dan terus dibunuh oleh pendita tersebut.

Kemudian, terdapat cahaya berkelip di mata patung yang berada diatas pentas itu dan kemudiannya, kepul-kepul asap keluar darinya.Pendita itu memberitahu orang ramai yang "Hakkai ma" Ruudo menerima korban tersebut.Selepas itu, dia menyuruh mereka semua kembali ke rumah masing-masing.

Makhluk asing yang bertiga tadi mahu turut melarikan diri tetapi Bonpara mengingatkan mereka yang mereka ada mempunyai Mutiara Naga dan tidak perlu risau.Pendita itu kemudiannya memerhati kearah mereka dan mereka pun mendekatinya dan menunjukkan mutiara naga kepdanya.Pendita itu terkejut dan mengucapkan tahniah kepada Donpara, Bonpara, dan Sunpara.Bagaimana pendita itu tetap merasa tidak puas hati dan mahu menghukum mereka bertiga kerana gagal mendapatkan satu lagi mutiara naga yang berada bersama Trunks,Goku dan Pan.Mereka bertiga memohon maaf dan meminta supaya diberikan satu lagi peluang. Tanpa melengahkan masa, mereka pun terus masuk ke dalam kapal angkasa dan terbang mencari Trunks,Goku dan Pan.

Di planet Beehei, Goku,Trunks dan Pan merasa kecewa.Pan bertanya kepada Gill dimanakan mutiara naga berada tetapi robot itu di dapat mengesannya.Pan menyangka yang Gill cuma berpura-pura tetapi, tiba-tiba Radar dibelakang Gill bersinar kembali dan menunjukkan yang mutiara naga tidak berada diplanet tersebut. Oleh itu, Trunk merancang untuk naik semula keatas.Tiba-tiba Gill menjerit "bahaya..bahaya.." dan mereka pun diserang oleh cacing gergasi.

Kemudian, makhluk asing tadi sampai ke planet Beehei dan cuba untuk mencari semula mereka bertiga.Oleh itu, mereka menggunakan alat pencari sumber tenaga dan mendapati yang mereka bertiga telah di serang oleh cacing gergasi.

Goku, Trunks dan Pan pun keluar untuk bertarung dengan cacing tersebut.Gill pula bersembunyi dibelakang Trunks.Sementara itu, Donpara dan Sonpara mula berasa risau sehinggalah Bonpara merancang untuk mencari kapal angkasa mereka bertiga dan mencuri mutiara naga yang terdapat didalamnya sementara mereka bertiga sedang bertarung.

Goku, Trunks dan Pan cuba menyerang dengan bola tenaga tetapi langsung tidak berkesan.Oleh itu, Goku menyifatkan yang cacing itu adalah musuh terkuat yang mereka hadapi sepanjang pengembaraan mereka.Sementara itu, mahkluk asing tadi telah berjaya menjumpai kapal angkasa mereka bertiga.

****************************************************************
Disiapkan oleh;
Azman Aziz
mutiara_naga@mailcity.com
Mechanical Engineering,UMKL

Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
dahulu ****************************************************************