DRAGONBALL VOLUME #37
---------------------

Pertandingan Kungfu Antarabangsa bahagian remaja diteruskan,Goten dan Trunk berjaya menagalahkan lawan2 mereka dengan mudah
 dan bertemu sesama sendiri diperingkat akhir.Trunk akhirnya muncul johan setelah 
berjaya memperdayakan Goten dalam perlawanan tersebut.
Dengan kemenangan itu, Trunk berpeluang menentang En Satan dalam perlawanan akhir.
dan dia dengan mudah telah mengalahkan En Satan tetapi para penonton menganggap yang En Satan pura-pura kalah.

Setelah itu, undian peringkat dewasa dijalankan.Disebabkan keinginan Trunk dan Goten untuk
berlawan dengan orang dewasa, mereka telah memukul seorang peserta peringkat 
akhir iaitu Mighty Mask dan memakai sarungnya dangan Trunk duduk diatas Goten.
Turut serta dalam pertandingan itu adalah 2 orang aneh yang mempunyai tanda M
didahi dan 2 orang lagi yang kelihatan seperti bukan makhluk bumi.
Keputusan undian adalah seperti berikut;

Kurin vs Punter
Shin  vs Remaja Syaitan
Videl vs Spopobitch
Kibito vs Super Saiya
No 18 vs En Satan
Goku vs Bezita
Mighty Mask vs Kiela
Yam vs Jill

Perlawanan 1
------------
Kurin menentang Punter dan menewaskannya dengan mudah!!

Perlawanan 2
------------
Remaja Syaitan(Pikor) menarik diri setelah merasai ada kelainan pada diri Shin.
Shin juga sedar yang Pikor adalah bekas dewa dibumi.

Perlawanan 3
------------
Videl dibelasah dengan teruk oleh Spopobitch.Ini menyebabkan Gohan naik marah
dan bertukar kepada Super Saiya. Bagaimana pun teguran Yam menyebabkan
Spopobitch berhenti mambelasah Videl dan terus menamatkan perlawanan.

Sementara itu diluar pentas, Shin mendedahkan identitinya kepada Pikor.
Shin sebenarnya adalah Maha Kaiou Shin, Raja kepada Mahadewa Kaiou!!

Perlawanan 4
-----------
Sekarang sampai giliran Gohan menentang Kibito.Kibito meminta supaya Gohan bertukar kepada 
orang Super Saiya tetapi Gohan enggan.
Bagaimanapun, setelah diminta oleh Pikor Gohan pun bertukar kepada orang Super Saiya
Secara tiba-tiba Gohan diserang oleh Spopobitch dan Yam. Goku, Bezita,Pikor
 dan lain-lain membiarkan perbuatan tersebut setelah diminta oleh 
Maha Kaiou Shin yang mengunci pergerakan Gohan setelah dia mendedahkan identitinya.
kepada mereka.

Spopobith dan Yam telah menyedut tenaga Gohan dan terus melarikan diri.
Goku,Bezita,Shin,Kurin dan Pikor mengekori Spopobitch dan Yam.
Sementara itu, Kibito memindahkan tenaganya kepada Gohan dan menceritakan apa
yang berlaku kepadanya.Gohan pun mengikut Kibito berserta dengan Videl untuk
mengekori Spopobitch dan Yam.

Sambil mengokori mereka berdua, Maha Kaiou Shin menceritakan apa yang berlaku sebenarnya
iaitu;

Pada zaman dulu, ada seorang mahaguru dipanggil Bibidy dan mempunyai ilmu sihir yang dasyat.
Dia telah mencipta syaitan yang sangat ngeri dipanggil Majin Buu.
Majin Buu telah membunuh 4 orang dari 5 orang Maha Kaiou Shin kecuali Maha Kaiou Shin.
Disebabkan Majin Buu trelalu kuat, Bibidy telah mengenakan jampi pembeku kepadanya
.Bagaimanapun setelah Bibidy meninggal dunia, anaknya iaitu Babidy mahu menguraikan semula
jampi pembeku tersebut.Untuk menguraikan jampi tersebut, Babidy memerlukan sejumlah tengaga 
yang banyak dan sebab itulah Gohan telah menjadi sasaran!!

Terima Kasih

Azman Aziz
27/7/1998
Mechanical Engineering, University of Malaya
 



    Source: geocities.com/tokyo/4153/mutiaranaga

               ( geocities.com/tokyo/4153)                   ( geocities.com/tokyo)