Mutiara Naga Volume #38
-----------------------
Pertandingan Berbaka Goku-Bezita
--------------------------------
Videl mensyaki yang orang yangmengalah Cell 7 tahun lepas bukan ayahnyaa
tetapi Son Gohan.Walaupun Gohan enggan mengakuinya tetapi Videl tetap yakin
yang Gohan yang telah mengalahkan Cell.
Disebabkan Videl tidak dapat terbang selaju Gohan dan Kibito, dia mengambil keputusan untuk pulang ke tempat
pertandingan Kungfu antarabangsa.
Sementara itu, Goku,Bezita,Pikor,Kurin dan Maha Shin telah pun sampai
ditempat persembunyian kapal angkasa Babidy.Seketika kemudian, Gohan dan Kibito pula sampai
disitu.
Mereka mendapati ,Dabura, iaitu Raja di Alam Syaitan
juga telah berada didalam kawalan Babidy (Babidy boleh mengawal niat
jahat seseorang menggunakan ilmu sihirnya.)
Setelah menyerahkan sumber tenaga Gohan, Spopobitch daan Yam terus dibunuh.
babidy kemudiannya menyedari akan kehadiran Goku dan rakan-rakannya lalu
mengarahkan Dabura supaya dapat memerangkap mereka masuk
kedalam kapal angkasanya agar sumber tenaga Goku,Bezita dan Gohan
dapat disedut.
Dabura menyerang dan membunuh Kibito dan juga menukarkan Pikor dan Kurin
kepada batu dengan air ludahannya.(air ludahan Dabura boleh menukarkan makhluk kepada
batu).Pikor dan Kurin cuma dapat disembuhkan dengan membunuh Dabura.
Kemudiannya, Dabura terus lari kekapal angkasa Babidy.Goku,Bezita dan Gohan mengikutnya masuk
walaupun dilarang dan diingatkan oleh Maha Shin mengenai
perangkap Babidy.
sementara itu, telur Babidy pula tersimpan ditingkap bawah kapal
angkasa tersebut. Untuk sampai ke tingkat bawah, Goku dan rakan-rakan dikehendaki
menumpaskan lawan disetiap tingkat.(memecahkan terus pintu ke tingkat bawah
akan menghidupkan semula Majin Buu)
Lawan mereka di tingkat 3 adalah PuiPui, pengawal Babidy.
Babidy telah menukarkan tempat perlawanan menggunakan ilmu sihirnya
ke planet asal PuiPui yang bergraviti 10 kali ganda graviti bumi
dengan harapan ia memberi kelebihan kepada PuiPui.
Namun begitu, PuiPui dengan mudah dihapuskan oleh Bezita.
Seterusnya ditingkat 2, giliran Goku pulak berlawan dan lawannya adalah
raksasa Yukon. Tempat pertandingan ditukar ke planet Gelap kerana Yukon
sukakan tempat gelap.Oleh itu, Goku pun bertukar kepada Super Saiya
untuk mengeluarkan cahaya pada badan tetapi Yukon telah menyedut cahaya
kuning Super Saiya pada badan Goku.Goku tidak mahu mengalah dan terus menerus
mengeluarkan cahaya dan Yukon pula terus menyedut cahaya dari Goku
sehingga lah badan Yukon meletup.
Berbalik ke pertandingan Kungfu Antarabangsa.
Disebabkan ramai peserta telah lari, maka penganjur mengambil keputusan
untuk mengadakan pertandingan secara bergilir-gilr dan peserta akhir berada
diatas gelanggang dikira pemenang.
Hanya dengan satu tumbukan, N0 18 dan Mighty Mask telah
mengeluarkan Jill dan Kiela dari gelanggang.kemudian, mighty Maask dan
No 18 bertempur sesama sendiri tanpa menghiraukan En Satan yang mahu
mengeluarkan jurus terhebatnya.
Setalah bertempur hebat, No 18 mengetahui akan identiti sebenar
Mighty Mask dan mendedahkannya dengan memotong bahangian tengah
sarung Mighty Mask. Goten dan Trunks terus melarikan diri
dan hilang kelayakan.
Tinggal No 18 dan En Satan!!!En Satan yang sedar akan kekuaatan No 18 berasa sangat takut
dan ingin menyerah kalah, tetapi No 18 mencekik dan meminta En Satan membayar 20 juta Soni dan
dia akan berpura-pura kalah bagi menjaga reputasi En Satan.
En Satan bersetuju dan No 18 melayangkan badan keluar dari
gelanggang.
En Satan pun muncul JUARA!!
Ditingkat 1, sampai giliran Gohan pula menentang Dabura.Pertandingan antara mereka tidak sempat ditamatkan apabila
Dabura melarikan diri setelah menyedari yang Bezita mempunyai niat jahat yang
boleeh dipergunakan oleh Babidy.
Mengetahui hakikat itu, Babidy menagawal Bezita dan mengarrahkannya
berlawan dengan Goku. Tempat perlawanan ditukar ke tempat
kungfu Antarabangsa.Goku enggan berlawan dan ini menyebabkan Bezita
membunuh orang ramai di gelanggang tersebut dan menyebabkan Goku akur dan meminta
kepada Babidy agar tempat perlawanan ditukar.
Maha Shin dan Gohan pula mengambi keputusan untuk merempuh masuk
ke tingkat bawah kapal angkasa. Babidy mengarahkan Bezita membunuh Maha Shin
tetapi Bezita enggan menurut arahannya.
Perlawanan Goku-Bezita adalah samarata.Masing-masing saling pukul memukul.
Bezita kemudiannya mengakui Goku terlalu kuat dan berbakat darinya
Ini menyebabkan dia sengaja membiarkan Babidy mengawalnya walupun tidak
sepenuhnya dengan harapan tenaganya akan meningkat seperti
yang berlaku kepada Spopobitch dan Yam dan dia juga mahu menjadi tidak berperasaan
dan kejam seperti dahulu.
Sementara itu, Videl yang dalam perjanan pulak, terserempak dengan Goten dan Trunks yang
melarikan diri. Videl memberitahu apa yang berlaku dan Goten dan Trunks
dengan gembiranya mahu mencari ayah mereka untuk melihat ayah
mereka mengalahkan Majin Buu.
Gohan dan Maha Shin pula terus merempuh masuk ke tingkat bawah untuk
berhadapan dengan Babidy dan Dabura tetapi malangnya
pertembungan kuasa antara Goku dan bezita telah menyebabkan
sumber kuasa yang diperlukan untuk menghidupkan semula majin Buu sampai
kekemuncak.
Majin Buu sudah sedia untuk dihidupkan semula!!!!
TAMAT volume #38
oleh;
Azman Aziz
2 Ogos 1998
               (
geocities.com/tokyo/4153)                   (
geocities.com/tokyo)