Mutiara Naga Volume #39
-----------------------
Episod 460:Kemunculan Majinn Buu
Wap keluar dari sekeliling telur Buu, dan Babidy memanggilnya Buu keluar. Kaiou-Shin menjadi takut dan mahu melarikan diri tetapi ditegah oleh Gohan (Shin tahu yang tiada sesiapa akan dapat mengalahkan Buu)
Shin menyuruh Gohan supaya melarikan diri dan Gohan mengeluarkan seluruh tenaganya dan menembak kearah telur Buu.Dabura membawa Babidy jauh dari arah sinaran tenaga tersebut.
Tembakan tenaga Gohan mengenai telur Buu dan Gohan terus-menerus menembak telur tersebut.
Babidy memberitahu yang ia tidak akan memberi sebarang kesan kepada telur tersebut walaupun diserang bertalu-talu.
Gohan memfokuskan serangannya sehingga telur tersebut melambung keluar keudara. Ia mendarat ke tanah dan terpecah kepada dua dan Babidy memberitahu yang Buu akan keluar tetapi tidak ada apa2 didalamnya.
Dabura dan Babidy terkejut dan menjerit2 supaya Buu keluar.
Shin merasa lega dan mengatakan yang Buu sudah dihapuskan.
("Buu sudah tidur dalam jangkamasa lama dan walau berapa banyak tenaga pun diberikan padanya,dia tidak akan sekuat dulu")
Dabura merasakan yang segala2nya sudah musnah tetapi mereka masih mempunyai Bezita.
Bagaimana pun Gohan tidak bersetuju kerana dia masih dapat merasakan
sumber tenga yang kuat disekelilingnya.Gohan juga menyatakan bahawa sumber itu datang dari satu bentuk awan diatas mereka.
Babidy tidak nampak atau merasai apa2 tetapi Dabura sedar yang awan itu sebelumnya tidak wujud. Semua orang memandang kearah awan tersebut dan menjadi tidak percaya.
Awan itu kemudiannya bertukar kepada bentuk seperti bayi gergasi yang memakai talipinggang hitam tertulis huruf 'M' didepannya dengana topi putih dan seluar baggy.Matanya hampir tertutup dan tidak ada hidung.
Perkataan pertamanya adalah.."Buu......!!"
Episod 461: Inilah Majinn Buu!!
Buu mendarat ke tanah dan semua orang terkejut.Dia melihat sekeliling dan menarik nafas.Dabura bertanya samada itu adalah Buu dan begitu juga Babidy kerana cuma Shin yang pernah melihat muka Buu.Gohan juga bertanya dan Shin menjawab yang dia tidak akan lupa akan muka ngeri Buu.
Babaidy mendengar kata2 Shin dan merasa yakin tetapi Dabura tidak percaya.Shin mengatakan yang tidak guna mereka melarikan diri lagi dan Babidy berlari kearah Buu sambil memanggil nama Majin Buu.
Gohan merasakan yang dia mampu menentang Buu.
Sementara itu,Bezita dan Goku salaing serang menyerang dan Goku meminta supaya berhenti. Dia dapat merasakan satu sumber tenaga yang kuat.Bezuta teringatkan kata2 Shin tentang kekuatan Buu dan merasa sangat kecewa.
Shin pula merasa terkejut akan kekuatan super saiya dan merasakan yang Buu bukanlah terlalu kuat berbanding Goku dan Bezita.
Bagaimanapun, Goku berfikir sebaliknya kerana gelombang Buu agak berlainan.Bezita merasa marah dengan kenyataan Goku kerana dia tahu yang Goku akan melarikan diri dan pertandingan antara mereka tidak akan berakhir.Bezita meminta supaya mereka meneruskan perlawanan.
Babidy memperkenalkan kepada Buu yang dia adalah anak kepada Bibidy yang telah membebaskan Buu dan mahu Buu mengikut arahannya tetapi Buu tidak berminat.Babidy merasa takut dan Buu mengejutkannya dengan menukar2 bentuk wajahnya.
Babidy terus pengsan dan Buu mentertawakannya.
Dabura menyifatkan Buu sebagai bodoh dan menyifatkan ia sebagai tiada kuasa dan cuma boleh menukar bentuk muka sahaja.Buu mendengar kata2 Dabura dan dia menunjukkan aksi seperti seorang bayi yang besar.
Dabura mengajak Buu berlawan.Gohan pula bertanyakan samada kelahiran semula Buu telah mengalami kegagalan tetapi dia tetap dalam keadaan panik.kemudian,Buu menumbuk Dabura dan membuat sepakan berputar.Dabura terus tidak sedar diri.Gohan,Babidy dan Shin terkaku.
Episod 462:
Gohan seakan tidak percaya akan kekuatan yang dimiliki Buu.
Sementara itu, Trunks dapat merasakan akan gelombang kuat yang baru.
Dia dan Goten memilih untuk pergi kearah gelombang baru tersebut.
Goku dan Bezita pula berhenti berlawan dan Goku mendakwa yang gelombangitu datang dari Buu.Bezita tidak peduli dan Goku mengingatkan yang Bulma dan Trunks juga berada dalam bahaya.Walaupun Bezita dikawal oleh Babidy, Goku yakin yang jiwa Bezita belum dikakwal sepenuhnya.
Bezita pun bersetuju berhenti dan pertrungan mereka disambung melepas menumpaskan Buu kerana Goku sudah tidak dapat memberi tumpuan pada perlawanan tersebut lagi.
Goku lega dan Bezita meminta kacang dewa dari Goku.Ketika Goku mengambil kacang dewa dari sakunya, Bezita menumbuk Goku dan terus pengsan.
Bezita makan kacang dewa dan bersedia untuk menentang Buu.
Dikapal angkasa Babidy pula, Babidy terus meminta Buu mengikut telunjuknya tetapi Buu enggan.Babidy memberitahunya yang ayahnya,Bibidy telah meninggal nota yang memberitahu bagaimana untuk mengurung semula Buu.Gohan bertanya kepada Shin samada kekuatan Buu masih kurang kerana dia masih kelihatan seperti kanak2, dan Shin menafikannya.Shin juga menyatakan yang jika Babidy dibunuh, tiada siapa dapat mengurung semula Buu.Dia berharap yang Babidy akan merasakan yang Buu terlalu susah untuk dikawal dan akan mengurung semula Buu.
Selepas itu, Babidy mengeluarkan arahan pertamanya kepada Buu iaitu--
bunuh Gohan dan Shin.
Gohan terus memegang Shin dan terbang selaju mungkin (Gohan beranggapan yang dia mungkin lebih laju dari Buu).
Buu cuma melihat dan Babidy menjerit supaya Buu mengejar.
Tiba2, Buu muncul didepan Gohan dan berkata..."Kau akan mati!!"
dan menumbuk mereka kearah batu-batu.Buu cuma ketawa dengan serangan Gohan dan Shin dan dia menyerang lagi!!
Episod 463: Menguasai tenaga aneh
Babidy menyuruh Buu terus membunuh Shin.Buu meghampiri Shin dan Shin memfokuskan tenaganya kearah Buu.Buu undur sedikit dan mengeluarkan pula tenaganya.Shin tewas.
Babidy memberitahu yang dia sendiri akan membunuh Shin kerana dia sangat membenci Shin.Bagaimanapun, Gohan menendang muka Buu hingga pecah berderai tetapi kembali kepada normal kemudiannya.
Babidy melarikan diri ketempat selamat dan Gohan pun terus menyerang Buu tetapi dia juga tewas.
Selepas mengalahkan Gohan, Buu mahu memakan Shin.
Kemudian,Babidy mendapati yang Dabura masih hidup.
Sementara itu,Goten dan Trunks sudah sampai ditempat berhampiran tempat perlawanan.Mereka telah berjumpa dengan patung Kurin dan Pikor dan tertanya-tanya mengapa patung mereka ada disitu.Trunks pun menumbuk patung Pikor sehingga pecah dan terus menyorok dibelakng batu berhampiran dan berharap tidak ada sesiapa nampak apa yang berlaku.
Goten merasa kurang senang dengan perbuatan Trunks tersebut.
Ditempat perlawanan pula, Dabura mengingatkan Babidy yang Buu tidak akan kekal sebagai orang suruhannya dadn perkara buruk akan berlakau kepada Babidy satu hari nanti.Tetapi Babidy enggan mendengar nasihat Dabura.
Setelah menyembuhkan lukanya,Buu memberitahu yang dia mahu memakan Dabura.
Episod 464: "Vejiita, The Final Battle to the Death"
"Bejiita saigo no kesshisen"
Bezita memandang ke arah lubang yang menghubungkan planet tersebut ke kapal angkasa Babidy dan merasakan yang itu adalah cara untuk membawanya ke tempat Buu.Dia juga sedar yang gelombang Gohan sudah hilang dan menyalahkan dirinya sendiri.Buu pula menari2 dadn menukarkan Dabura kepada biskut lalu memakannya.
Trunks dan Goten terkejut,dan ini menyebabkan Kurin dan Pikor kembali kepada normal.
Pikor terkejut dengan sumber tenaga Buu.
Sementara itu,Trunks tertanya2 bagaimana Pikor masih hidup sedangkan patung batunya telah pecah ,Pikor memberitahu yang selagi kepalanya tidak hancur,tubuhnya boleh tumbuh kembali kepada normal.
Mereka percaya yang Buu mempunyai sumber tenaga yang sangat kuat.
Babidy kemeudiannya menyuruh Buu memakan Kaiou Shin dan ini menyebabkan Pikor mahu keluar menolong tetapi dilarang oleh Kurin dan Goten.Goten mengingatkan yang Buu boleh menyembuhkan kembali lukanya dan boleh mengubah seseorang kepada biskut dan memakannya.
Seketika kemudian, terdapat satu letupan dan menghancurkan kapal angkasa Babidy, and Bezita keluar dari debu2 letupan tersebut.
Bezita megatakan yang dia akan membunuh Buu sebagai memebalas dendam atas kematian Gohan.
(Ketika bercakap, Bezita menggunakan perkataan 'Busaiku'.Buu tertanya2 apakah makna 'busaiku' dan Babidy mengatakan yang Bezita menyifatkana Buu sebagai 'bermuka hodoh'.)
Buu menganggap kata2 Bezita sebagai satu penghinaaan dan meningkatkan tenaganya.
Bezita juga meningkatkan tenaganya dan membelasah Buu!!
Episod 465: "Kemarahan Majin Buu"
"Ikaru Majin Buu"
Bezita terus membelasah Buu dan Pikor meneyifatkan bahawa kekuatan Bezita adalah lebih daripada Gohan ketika mengalahkan Cell.Tetapi dia terkejut bagaaimana Gohan boleh tewas kepada BUu.
Pertarungan terhenti dan ini menyebabkan Buu terkena satu ledakan didadanya.Disebabkan Buu memiliki badan tanpa mati,dia boleh kembali kepada normal.Buu kemudianya naik marah dan meletupkan seluruh kawasan tersebut.Pikor menyuruh semua lari menyelamatkan diri tetapi sudah terlambat.Kawah kesan ledakan Buu adalah sangat besar dan Buu merasa gembira.Pikor bertanyakan samada semua selamat dan menjerit nama Kaiou Shin sementara Trunks memanggil nama bapanya.
Didalam kawah trsebut, Bezita masih dalama keadaan supersaiya sambil memegang tangana kirinya.Sementara itu, Kaiou-Shin sudah hilang(mungkin dah hancur)
Chapter 466: "The Puppeteer Dies"
"Kurumaku no saigo"
Bezita sudah cedera parah dan mula mengeluh akan kekuatan Buu.
Bezita pun terus dibelasah oleh Buu sehingga hampir mati.Ini menaikan kemarahan Trunks.
Trunks kemudiannya melakukan sepakan terbang keatas Buu sehingga Buu terpelanting merentasi beberapa bukit2 dan Goten pula segera menyelamatkan Bezita.
Babidy terkejut tetapi dia tidak risau kerana Buu terlalu kuat berbanding Goten dan Trunks.
Bagaimanapun, tanpa disedari Pikor sudah berada dibelakangnya.Babidy segera mengingatkan Pikor yang jika dia dibunuh, tiada siapa dapat mengurung kembali Buu .Jika ini berlaku, Buu akan terus menghancurkan bumi tanpa halangan.
Pikor tidak menghiraukan kata2 Babidy dan memotong Babidy kepada dua bahagian menggunakan tangannya kerana jika Babidy tidak dibunuh pun, Buu tetap akan membunuh mereka semua.
Sementara itu,Bezita menasihati Trunks supaya menjaga Bulma...
Episod 467: "Farewell, Fighter With So Much Pride" "Saraba hokori takaki senshi"
Trunks tertanya2 mengapa Bezita menyuruh dia menjaga Bulma dan Bezita juga menyuruh Trunks supaya segera lari sejauh mungkin.Tetapi Trunks membantah kerana dia merasakan yang dia sudah cukup kuat untuk berlawan dengan Buu.Oleh itu, Bezita meminta untuk memeluk Trunk kerana dia tidak pernah melakukannya kerana malu.Apabila Trunks datang hampir dengan Bezita, Bezita memukul leher Trunks sehingga pengsan.Goten terkejut, dan Bezita menumbuk pula Goten hingga pengsan dan menyuruh Pikor membawa mereka terbang sejauh mungkin.
Bezita kemudiannya bertanya kepada Pikor samada dia akan mati dan bertemu dengan Kakaroct didunia yang lain.Pikor menafikannya kerana Bezita telah membunuh terlalu ramai orang,dia akan diasingkan,hilang ingatan dan menjadi orang lain.
Pikor pun terbanag menyelamatkan diri tetapi disedari oleh Buu dan dia bersedia untuk menyerang Pikor.Bagaimanapun, Bezita mengejek Buu dan mencabar Buu supaya mengalahkannya dulu.
Bezita menyambung dan mengatakan bahawa dia akan menghancurkan Buu sehingga cebisan kecil dan Buu tidak boleh kembali kepada asal lagi.
Kemudian, Bezita meletupkan dirinya sendiri dengana satu kuasa letupan yang kuat.
Episod 468: "Kembalinya Orang Syaitan"
"Akumu futatabi"
Di Capsule Corp.,Bulma tertanya2 apa yang berlaku ditempat pertandingan dan Yamu pula menenangkan semua dengan mengatakan bahawa semua yang terbunuh boleh dihidupkan semula dengan mutiara naga.
Sementara itu, ditempat kapal angkasa Babidy, Bezita kelihatan sudah pun mati .Tidak jauh dari situ, Kurin kecewa dengan kematian Bezita dan Pikor pula kembali ke tempat kejadian .
Didalam satu lubanag kecil, Babidy menyalahkan diri sendiri.Dia telah melindungi dirinya dengan perisai khas.
Pikor pula ketakutan setelah menyedari ada benda berbentuk tanahliat bergerak diatas tanah dan bertukar kepada cebisan kecil Buu dan ia terbang lalu bergabung dan membentuk semula Buu.
Babidy kemudiannya menyuruh Buu menyembuhkannya kembali tetapi Buu enggan.Setelah diugut oleh Babidiy,Buu terpaksa akur dan memulihkan kembali Babidy.
Babidy berjanji untuk membalas dendam dengan bantuan Buu.
Pikor kembali kepada Kurin dan memberitahau yang Buu masih hidup dan dia berhasrat untuk menbawa Goten dan Trunks ke tempat Dewa.
Dipanel lain pula, kelihatan Kaiou Shin telah cedera parah dan Gohan kelihataan seperti sudah mati.
Episod 469: "Harapan Tipis"
"Kasukana kibou"
Goku tersedar dari pengsan dan sedar bahawa Bezita telah mengambil kacang dewa terakhir darinya dan pergi berlawan dengan Buu.Goku juga dapat merasai gelombang kecuali dari Gohan dan Bezita.Dia juga terkejut yanag Kurin dan Pikor yang bertukar kepada batu telah kembali kepada asal.Untuk mengetahui apa yang berlaku, Goku menggunakan pergerakan sejenak untuk pergi ke tempat Pikor dan Kurin.
Kurin dan Pikor sudah berada ditempat dewa dan Kurin berhasrat untuk turut menbawa keluarganya ketempat dewa bersama2.Dia diberi kebenaran oleh Danda iaitu dewa yang baru.
Dengan menggunakan pergerakan sejenak, Goku sampai ke tempat dewa.Kurin dan Pikor sudah dapat merasai gelombanag Goku dan menyambutnya lebih awal.Danda menawarkan untuk menyembuhkan Goku dan mereka menceritakan apa yang telah berlaku.Goku merasa kecewa dan Pikor mengingatkan Goku yang kata2 Kaiou Shin adalah benar dan bumi dalam bahaya.
Kurin pula merasakan yang Goku mampu mengalahkan Buu jika mempunyai masa yang cukup(Goku cuma boleh kekal dibumi selama 24 jam).Tetapi, ia dinafikan oleh Goku kerana dia dan Bezita hampir setanding.Jika Bezita kalah,dia juga mungkin akan kalah.
Goku berharap Gohan masih hidup supaya dia boleh bergabung dengan Gohan dengan menggunakan 'Fusion'.Pikor bertanya mengenainya dan Danda sedar yang 'fusion' merupakan satu hikmat istimewa orang planet Metamorudo.
Goku memerlukan satu minggu untuk belajar mengenai 'fusion' di Dunia Lain.'Fusion' adalah gabungan 2 orang yang mempunyai sumber tenaga hampir sama kepada satu.Ini dapat menghasilkan orang Super Saiya yang amat kuat dan mampu mengalahkan Buu.Goku cuma boleh melakukan 'fusion' dengan Gohan dan Bezita.Malangnya Gohan sudah tidak dijumpai dan roh Bezita tidak diletakkan ditempat yang sama dengan Goku kerana dia terlalu jahat.
kemudian,Popo mengingatkan mereka semua yang Goten dan Trunks mungkin boleh digunakan untuk fusion.Ini dipersetujui oleh Goku.Tetapi, Pikor merasa tidak puas hati kerana ia akan mengambil masa untuk mengajar mereka berdua fusion dan ini menyebabkan makin ramai orang akan mati dibunuh oleh Buu.Bagaimanaa pun, mereka yang terbunuh boleh dihidupkan kembali dengan mutiara naga.Bagi mengelakkan Bulma membuat kesemua ketiga2 permintaan dari naga, Goku menggunakan pergerakan sejenak untuk mencarinya.
Sungguhpun begitu, Goku agak terlewat sedikit kerana Bulma dan Yamu sudahkan membuat permintaan pertama iaitu menghidupkan semula semua yanag terbunuh kecuali yang jahat.
Bagaimanapun, masih terdapat 2 lagi permintaan dan mengikut Danda jika cuma 1 permintaan dibuat, 2 lagi permintaan boleh dilakukan 4 bulan lagi.Kemudian, nagapun pergi dan kesemua mutiara naga terbang berselerakkan.
Ditempat letupan pula, terdapat Kibito yang terkejut apabila mendapati dia hidup semula setelah dibunuh oleh Dabura.
Episod 470: "Pembalasan Babidy Bermula!!"
"Babidi no fukushuusakusen hajimeru!!"
Babidy menunggang dibelakang Buu untuk membalas dendam.Dan Kibito yang hidup semula segera mendapatkan Kaiou Shin dan memindahkan sumber tenaganya ke badan Shin untuk menolongnya.Shin berharap Gohan masih hidup kerana dia menjanagkakan yang Gohan mampu untuk mengalahkan Buu.
Shin kemudiannya menyuruh Kibito membawa Gohan ke tempat Kaiou Shin untuk memulihkannya semula.Kibito agak terkejut yang manusia juag boleh dibawa kesana tetapi Shin dengan marah menyuruh Kibito supaya menyegerakan arahannya.Mereka bertiga pun dipindahkan ketempat Kaiou Shin dengan pergerakan sejenak.
Ditempat dewa,semua orang sudah berkumpul.Cici bertanyakan mengenai Gohan dan Goten dan Bulma pulak bertanya meneganai Trunks.Goku memberitahu mereka apa yang berlaku dan Gohan dan Bezita telah terbunuh.
Cici pengsan dan Bulma menjerit.
Kemudian, suara Babidy pun kedengaran.Babidy mahu mencari "3 orang bodoh" dan orang ramai mula tertanya2 apa yang berlaku.Babidy pula menunjukkan bayang2 Trunks dan Pikor kepada orang ramai.
Oleh kerana mereka bertiga tidak menunjukkan diri,Babidy mengarahkan supaya semua orang dibandar tersebut dibunuh.Buu pun menukarkan semua orang kepada gula-gula dan memakannya.
Episod 471: "Time of Ordeal"
"Shiren no toki"
Babidy menyuruh supaya Pikor,Trunks dan Goten menyerah diri tetapi tidak ada sebarang respon.Oleh itu, Babidy memberi amaran yang dia akan membunuh semua orang dibumi dalam mamsa 5 hari dan jika ada sesiapa ada maklumat mengenai mereka bertiga boleh menghubunginya segera.
Sejurus itu, salah seorang daripada pengadil pertandingan kungfu antarabangsa menghubungi Babidy dan memberitahu yang nama mereka bertiga adalah Trunks,Goten dan Remaja Syaitan.Tetapi disebabkan dia tidak tahu alamat mereka bertiga,Babidy meletupkan kepalanya.
Pikor kemudiannya naik marah dan mahu menentang Buu tetapi dilarang oleh Goku kerana jika Pikor dibunuh, tiada siapa dapat mengajar 'Fusion' kepada Goten dan Trunks.Buu akaan membunuh semua orang dana tiada siapa yang dapat memulihkan kembali mereka semua menggunankan mutiara naga.
Sementara itu,di tempat Kaoiu Shin,iaitu satu planet kecil di Dunia Lain dikelilingi planet2 lain, Kibito mengubati Gohan yang hampir mati.Gohan bertanya dimana dia sekarang dan merasakan yang dia telah mati.
Kaoiu Shin menidakkannya dan Gohan bertanya menegapa dia masih hidup.Kibito tidak dapat menjawab dan beretanya kepada Shin mengapa Gohana dibawa ketempat tinggal Shin.Shin memberitahu yang dia akan memberikan sebilah pedang dipanggil "Pedang Zet".
Kibito sangat terkejut apabila mengetahui yang pedang seistimewa itu akan diberikan kepada Gohan untuk menggunakannya.Ini adalah kerana Kibito tidak melihat kehebatan Gohan yang sebenar kerana dia telah mati pada ketika itu.
Mereka bertiga pun terbang ke arah tempat pedang tersebut disimpan dan Kibito pun menggunakan kuasanya untuk menukarkan pakaian Gohan kepada pakaian seperti Shin termasuk anting2nya.
Seketika kemudian, mereka sampai ditempat pedang Zet tersimpan dan kelihatan pedang Zet tercacak pada batu.Shin memberitahu yang tiada siapa pernah mencabut pedang Zet yang tercaak pada batu tersebut untuk sekian lama.
Berbalik ketempat dewa dibumi,Goten dan Trunks sudah sedar dan Trunks menangis diatas kematian ayaahnya,Bezita.Goku segera menyuruh mereka berhenti kerana dia ingin mengajar satu teknik baru untuk mengalahkan Babidy dan Buu.Goku sudah tidak ada banyak masa dan mahu mereka mula belajar dengan segera.
Episod 472: "Pedang Zet"
"Zetto soodo"
Gohan bertanyakan kepada Shin dan Kibito apakah keistimewaan pedang Zet dan Kibito menjawab "pemberian".Gohan kurang faham dan Kibito menyifatkan yang Gohan terlalu lemah.Namun, Shin mahu Kibito melihat sahaja Gohan menunjukan kehebatannya.
Gohan pun cuba mencabut pedang itu tetapi tidak berjaya,Kibito pula puas hati kerana kata2nya tadi terbukti kebenarannya.Tetapi Gohan bertukar kepada orang Super Saiya dan berjaya mencabut pedang tersebut.Shin pun menjerit gembira dan Kibito pula terkejut besar!!.
Kemudiannya Gohan kembali kepada normal dan bertanyakan samada pedang itu mampu menolongnya mengalahkan Buu.Kibito menjawab "sudah tentu".
Dan dia menyuruh Kibito membawa pedang itu kerana terlalu berat tetapi pedang itu terhempas ke tanah kerana terlalu berat.Kibito pun memberitahu Gohan yang dia perlu berlatih dengan gigih untuk menggunakan pedang itu dengan baik.
Kembali ketempat dewa, Goku menerang serba sikit mengenai 'fusion' tetapi tidak berapa gembira kerana teknik itu cuma bertahan selama 30 minit sahaja.Goten dan Trunk pula merungut yang Goku tidak ada bersama dan terlalu lemah untuk menolong Gohan dan Bezita daripada dibunuh.Pikor naik marah tetapi Goku tidak kisah dan menambah yang 'fusion' dapat menolong mereka membalas dendam.
Sementara itu, Babidy dan Buu terus membunuh orang ramai dengan menukarkan mereka kepada gula-gula dan memakannya kerana mereka bertiga belum menunjukkan muka.Goten dan Trunks yang turut melihat kekejaman Buu dan Babidy akhirnya bersetuju untuk melakukan 'fusion'
Azman Aziz
14 august 1998
bilik Yob dan Madi
               (
geocities.com/tokyo/4153)                   (
geocities.com/tokyo)