Mutiara Naga Volume 40

  • Episod 473:Son Gokuu bertemu dengan Majinn Buu
  • Episod 474:Kemuncak!! Orang Super Saiya 3
  • Episod 475:Lihatlah kehebatan sebenar Majinn Buu buat kali pertama
  • Episod 476:Son Goku kesuntukkan masa
  • Episod 477:Son Gokuu. Kembali
  • Episod 478:Di mana Son Gohan
  • Episod 479:Pedang Zet, dan satu lagi Kaiou-shin
  • Episod 480:Gabungan berhasil!!
  • Episod 481:Senjata Terakhir Askar BUmi!
  • Episod 482:Setelah sekian lama, akhirnya Super Cantuman!
  • Episod 483:Majinn Buu dan rakan-rakan
  • Episod 473:Son Gokuu bertemu dengan Majinn Buu

    Goku memberitahu Trunks dan Goten yang mereka sudah tidak mempunyai banyak masa dan perlu bertukar kepada Super Saiya.Mereka pun mengikut arahan dan Goku mahu mereka meningkatkan tenaga sehingga tahap tertinggi.Pikor sangat terkejut dengan kekuatan mereka berdua.Goku berpendapat yang tenaga Trunks lebih sedikit berbanding Goten dan dia meminta Trunks menurunkan sedikit tenaganya supaya sama dengan Goten.Trunks melakukananya tetapi mengeluh kerana agak sukar.Goku puas hati dan mereka kembali kepada normal. Trunks mengeluh kerana kekuatan Goten kurang darinya tetapi Goku berpendapat itu adalah kerana Goten setahun lebih muda dari Trunks. Dia bersedia untuk mengajar lebih mendalam lagi mengenai fusion tetapi diganggu oleh suara Babidy. babidy mendapaat tahu yang Trunks tinggal di Capsule Corp di bandar Barat dan mahu dia menyerah diri atau bandar itu akan dimusnahkan.Trunks dan Bul ma menjadi risau tetapi diingatkan oleh Goku yang mereka dapat dihidupkan semula oleh mutiara naga.Bagaimanapun, Pikor memberitahu yang disebabkan permintaan pertama yang telah diminta adalah menghidupkan semula orang yang telah dibunuh, mereka tidak boleh meminta permintaan yang sama untuk kali kedua. Goku kemudiannya menyuruh Trunks pulang mengambil radar mutiara naga dan Goku akan cuba melengah2kan Buu. Setelah Trunks pergi, Goku pun bergerak sejenak ke tempat Buu. Sampai ditempat Babidy dan Buu, Goku meletakkan syarat supaya mereka tunggu untuk sementara waktu dan dia akan menyerahkan Goten,Trunks dan Pikor. Sementara itu,dia akan menentang Buu.Babidy bersetuju tetapi Buu menunjukan rasa bosan. Bagi menimbulkan pertelingkahan antara mereka, Goku bertanya samada Buu suka menjadi orang suruhan Babidy.Buu mengambil masa yang lama untuk menjawab, Babidy sudah ketakutan dan mengugut untuk mengurung semula Buu.Buu mengugut semula Babidy tetapi tetap bersedia untuk berlawan. Babidy pun memberitahu orang ramai yang Buu bakal berlawan dengan musuh. Goku meningkatkan tenaga.Goten dan Pikor menyaksikan pertarungan itu dengan menggunakan kuasa akalnya.Trunks pula berhenti dan merasai yang kuasa Goku setanding ayahnya.Babidy pula tetap merendah2kan Goku. Tetapi, Goku mengingatkan yang dia akan melepasi tahap melepasi tahap Super saiya(tahap ke-3).

    Episod 474:Kemuncak!! Orang Super Saiya 3

    Pikor mendengar perbualan meraka dan beberapa kali mengulang ungkapan 'melepasi tahap melepasi super saiya'.Babidy tidak faham dengan kata2 Goku mengenai Super Saiya.Goku yang sedar bahawa Truks sedang berehenti mengarahkan dia supaya bergerak dengan segera.Babidy tertanya2 kerana tidak tahu dengan siapa Goku bercakap. Disebabkan Babidy tidak tahu apa2 menegenai Super Saiya, Goku menegambil keputusan untuk menerangkannya kepada Babidy dan kembali kepada tahap normal. Goku pun menunjukkan contohnya, Goku bertukar kepada orang Super Saiya tahap 1 dan rambut bertukat kepada warna emas.Bertukar lagi kepada Melepasi orang Super Saiya--rupanya menjadi lebih ganas dengan rambut lebih runcing dan panjang. Babidy masih tidak kagum dan Goku mula mengambil langkah seterusnya... Goku menjerit dan terus meningkatkan tenaganya.Pikor terkejut dengan tahap kuasa Goku dan rambutnya sudah sampai melebihi bahunya. Dikawasan pergunungan pula,ten Shin Han tertanya2 apa yang ingin dilakukan oleh Goku.Kemudian terdapat kilauan cahaya dan muncul Goku dengan muka yang ganas, bulu kening tebal,berambut besar dan panjang melebihi paras pinggang. Semua orang merasa terkejut dana Goku memberitahu yang ini adalah tahap 'Super Saiya tahap 3'. Kibito dan Gohan tidak percaya yang itu adalah Goku tetapi kaoiu Shin meyakinkan mereka yang tenaga itu memang datang dari Goku. Buu bersedia untuk berlawan,dan Goku memukul Buu.Buu membalas dengan bola tenaga tetapi ditepis oleh Goku.Sekarang, Babidy menjadi semakin takut dan Buu semakin serius.Dia memanjangkan tangan dan menumbuk muka Goku.Mereka berdua bertembung muka. sementara itu,Dewa menyuruh mereka berhenti dan mahu Goku segera pulang mengajar Goten dan Trunks tentang Cantuman Badan.

    Episod 475:Lihatlah kehebatan sebenar Majinn Buu buat kali pertama.

    Goku dan Buu saling pukul memukul dan mereka sememangnya sama kuat.Bila Goku menggunakan kamehameha, ia telah membentuk satu lubang dibadan Buu. Buu menyembuhkannya kembali dan membalas semula dengan gelombang kamehameha. Goku menepis kembali kepada Buu dan Buu mengelak.Gelombang letupan itu turut menyebabkan gegaran di istana Dewa. Goku kemudiannya memeriksa kedudukan gelombang Trunks dan merasakan yang Trunks sudah mendapat Radar dan sedang pulang ke istana dewa. Maka,Goku pun kembali kepada normal dan Buu beretanya mengapa.Goku memberitahu yang dia gembira berlawan dengan Buu tetapi dia telah kesuntukan masa dan perlu pergi. Dia mahu Babidy tunggu lagi 2 hari dan seseorang yang cukup kuat akan muncul dan mengalahkannya.Goku pun menggunakan pergerakan sejenak dan kembali ke istana dewa.Buu terkejut dan Babidy seperti tidak percaya. Selepas itu, Babidy menyalahkan Buu kerana membiarkan Goku pergi.Buu naik marah dan meminta Babidy untuk melakukan sesuatu.Babidy bertanya Buu dan Buu cuba berbisik kepada Babidy.Apabila Babidy sudah dekat, dia mencekik Babidy dan Babidy tidak dapat mengeluarkan suara untuk mengenakan jampi pengurungan keatas Buu.Dia kemudian menumbuk muka Babidy sehingga hancur.

    Episod 476:Son Goku kesuntukkan masa

    Buu kemudiannya menghancurkan badan Babidy dan gembira dengan pembebasannya. Pikor mahu bercakap dengan Goku dan Goku memberitahu yang Buu telah membunuh Babidy.Pikor terkejut dan kedua2nya tertanya2 apa tindakan Buu seterusnya. Kemudian,Buu meletupkan bandar dan masuk kedalam bandar seperti seorang kanak2 riang.Dia berhenti dan terdengar suara wanita.Wanita itu merayu tidak dibunuh.Buu bertanya samada dia 'cool' dan wanita itu akur.Jadi, Buu mahu wanita itu menciumnya dan wanita itu terus menjerit. Bagaimanapun, Buu terperasan yang terdapat debuah majalah didalm beg perempuan tersebut dan didalamnya ada gambar lelaki kacak.Buu pun menukarkan mukanya seperti didalam gambar tersebut dan meminta untuk dicium sekali lagi. Wanita itu terus juga menjerit.Buu naik marah dan menukarkannya kepada gula2 dan memakannya.Kemudian, dia memusnahkan seluruh bandar. Di istana Dewa,Goku memberitahu Pikor yang dia cuma boleh berada 1 jam saja lagi di bumi kerana bertukar kepada Super saiya tahap 3 di bumi memerlukan tenaga yang banyak dan memakan sebahagian masanya dibumi. Pikor tidak percaya dengan kata2 Goku dan cuba membantah tetapi Nenek Tilik datang dan memberitahu yang Goku cuma ada 30 minit saja lagi. Goku kecewa dan mahu Trunks supaya cepat pulang ke istana dewa.Dia pun bercakap dengan Pikor mengenai pertarungan Goku-Buu tadi,dan Goku memberitahu yanag dia pun tak pasti dengan kekuatan Buu dan melarikan diri supaya tidak hancur sedangkan dia sudahpun mati.Ini merupakan satu kombinasi yang buruk. Goku juga yakin yang 'fusion' boleh membuat budak2 itu cukup kuat untuk mengalahkan Buu. Sementara itu, Gohan berada diplanet Kaaiou Shin sedang berlatih dengan pedang Zet.Gohan berpendapat yang Goku sudah pulang ke Dunia Lain dan cuma dia saja harapan bumi untuk mengalahkan Buu.Jadi, dia berlatih dengan bersungguh2. Pikor dapat merasai kepulangan Trunks dan Trunks membawa bersama radar. Kedua-dua Goten dan Trunks beratur didepan Goku dan Goku mahu mereka belajar dengan segera.Goten dan Trunks menjerit 'Baik,Sensei'.Goku terkejut dan Pikor mengulangi yang orang yang berada didepan mereka adalah Super Saiya 3(SSJ3).

    Episod 477:Son Gokuu. Kembali

    Pikor merasa kesal yang Goku merasai kesan apabila bertukar kepada SSJ3 di bumi.Goku memberitahu Goten dan Trunks yang mereka perlu menyamakan denagn sempurna tenaga mereka pada keadaan SSJ1 dan kemudian melakukan tarian fusion. Dia melakukan sedikit tarian,terangkan geraktangan dan diakhiri dengan aksi bodoh dengan menunjukkan jari ketepi.Bagaimanapun, mereka berdua langsung tidak tertarik dan Goku terpaksa melakukan sekali lagi.Kali ini,dia melakukannya bersama2 Pikor tetapi Pikor agak kurang gembira dengan keadaan tersebut. Pada akhir tarian tersebut,semasa mereka bersentuh jari,Goku menjerit "Fu..shion". Disebuah perkampungan pula, Buu terus mengganas dan mencipta sebuah rumah berbentuk seperti lava untuk dirinya Goku pula terus mengajar Trunks dan Goten dan mahu Trunks lebih tumpuan pada gerakkan kakinya.Dato Kame dan Kurin masuk dan tertanya2 mengapa Goku masih boleh mengajar menari pada saat2 genting ini. Kemudiannya, Nenek Tilik memberitahu yang masa Goku untuk pulang sudah tiba. Goku pun kembali ke dunia lain setelah menyuruh Pikor menggantinya mengajar tentang fusion.Sebelum pulang, Goten yang baru saja berpeluang berjumpa dengan bapanya tidak sampai 24 jam merasa sedih dan terus menangis disamping Goku. Setelah mengucapkan selamat, Goku pun terus hilang...

    Episod 478:Di mana Son Gohan

    Nenek Tilik membawa Goku ke pintu Dunia Lain dan Goku meminta untuk meneruskan perjalanannya sendiri.Dia mengucapkan terima kasih dan beratur bersama2 roh lain untuk diperiksa.Birokrasi Dunia Lain agak tidak senang dengan kedatangan roh2 yang terlalu ramai dan bertanya kepada Goku apa yanag telah berlaku dibumi. Goku menjawab yang ramai lagi roh akan datang dan bertanya samada Gohan telah sampai sebelum roh2 yang banyak tersebut. Raja akhirat memberitahu yang Gohan belum mati.Goku merasa gembira dan tertanya2 kemana Gohan telah pergi.Kemudian, dia dapat merasai gelombang Gohan disekitar dunia Kaoiu.Goku pun bergerak sejenak ke tempat Gohan dan mendapati Gohan sedang berlatih dengan pedang Zet. Gohan terkejut melihat ayahnya.Begitu juga Kibito kerana mendapati seorang lagi manusia dapat datang ke planet Kaoiu. Goku menceritakan apa berlaku dan Gohan merasa sangat sedih. Goku kemudiannya meminta sesuatu untuk dimakan dan Gohan mahu Goku menceritakan mengenai SSJ3. Satu hari sudah berlalu,Goten dan Trunks sudah kepenatan.Mereka pun sudah mula hilang tumpuan dan beberapa kali silap menyebut perkataan'"Fu--sion". Sementara itu, Buu terus mengganas dan0a membunuh orang ramai.Dia kemudiannya berjumpa dengan seorang budak buta yang tidak melarikan seperti orang lain.Buu menyembuhkan mata budak tersebut dan menyuruhnya melihat mukanya.Budak itu sangat gembira dan memberitahu yang dia mahu membeli susu.Buu mengambil duit budak tersebut dan mahu memakannya tetapi tidak suka rasanya.Buu pun terbang pergi. Dia kemudiannya berjumpa dengan sekumpulan orang mahau larikan diri dan Buu menukarkan mereka kepada susu.Dia kembali ke budak tadi dan memberikan susu sambil berkata yang syiling rasa tak sedap dan susu rasa sedap.Buu kemudiannya terus memusnahkan bandar2 dibumi. Berbalik ke planet Kaoiu Shin, Gohan terus gigih berlatih dan Goku marasakan yang Gohan cuma perlu sehari saja lagi untuk menjadi cekap. Dia kemudian memberitahu Gohan yang dia mahau melihat setakat mana ketajaman pedang Zet dan melempar seketul batu besar untuk dipotong oleh Gohan.Kaoiu Shin menjadi risau...

    Episod 479:Pedang Zet, dan satu lagi Kaiou-shin

    Goku bersedia untuk melempar batu tersebut tetapi Kaoiu Shin mahu menjadikan ia lebih menarik dengan menukarkannya kepada sebuah kiub yang sangat ringan dan kuat.Goku pun melemparnya dan Gohan menghayun pedangnya. Tiba2 pedang Zet patah.Goku bertanyakan siapa yang mencipta kiub tersebut dan Kaoiu Shin menjawab,yang menurut legenda,kiub itu memang sangat kuat. Bagi menenangkan keadaan, Gohan memeberitahu yang latihan menggunakan pedang itu menjadikan dia lebih kuat.Kaoiu SHin bersetuju dan menjangkakan Gohan akan menjadi orang terkuat apabila bertukar kepada Super Saiya tetap disangkal oleh Goku. Tiba2 muncul seorang tua, berkata "tidak". Dia memperkenalkan dirinya sebagai Kaoiu Shin yang telah terperangkap selama 15 generasi dan bebas setelah pedang Zet patah. Menurutnya, suatu masa dulu, dia merupakan seorang yang sekuat Buu dan Buu juga turut takut kepadanya. Disebabkan itu, dia telah dikurung didalam pedang Zet dan gembira apabila sudah bebas. Goku cuba menguji orang tua tersebut dengan meledakkan bola tenaga kepadanya. Dia terjatuh dan memarahi Goku.Dia berkata yang kekuatannya bukan terletak pada tenaga seperti Goku tetapi dia memiliki 'Nouryoku'(bermaksud 'kebolehan') dan0a tidak mahu menerangkannya dengan lebih lanjut.Dia merajuk dan Goku menunjukkan majalah lucah untuk memujuknya.Bagaimanapun,Kaiaou Shin dapat melihat dari jauh apa yang seseorang itu sedang baca.Kemudian, Goku menawarkan kepada kaoiu Shin tua itu ,perempuan dengan buah dada yang besar dengan syarat dia mampu mengalahkan Buu.Dia bersetuju dan Goku memberitahu Gohan yang dia akan membawa Videl kesitu. Gohan kurang senang dengan cadangan Goku dan Goku pun menukar fikiran dan meminta supaya Gohan membawa Bulma. Oleh itu, Goku dan orang tua itu pun berjabat tangan tanda setuju dan orang tua itu terus memuji2 betapa hebat 'Nouryoku'nya. Dia kemeudianya melahirkan rasa terkejut apabila mendapati, ada orang bumi di planet Kaoiu.Kaoiu Shin meminta maaf. Selepas itu, orang tua tersebut melakukan sedikit tarian dan berkata "saya akan membuat awak boleh mengalahkan Majin Buu". Tarian itu kelihatan agak bodoh dan dia berkata yang kekuatannya akan sampai kekemuncak setelah melakukannya selama 20 jam.Oleh itu,Goku pun mengambil keputusan untuk tidur sekejap.KaoiuShin dan Kibito pula merasa agak malu. Dibumi, Goten dan Trunks terus berlatih gerak untuk fusion.Pikor berkata yang gerakan mereka hampir sempurna dan dia menyuruh mereka berdua tingkatkan kuasa pada paras yang sama.

    Episod 480:Cantuman berhasil!!

    Di istana dewa, Yamu memberitahu yang latihan 'fusion' kedua budak2 tersebut sudah lengkap.Cici kemudian mula memikirkan mengenai nama yang akan diberikan setelah mereka bergabung---"Gotenks" atau "Trunten".Kemudian, Bulma masuk campur dan mereka mula bertekak. Sementara itu, Goten dan Trunks pun mula bergabung dan hasilnya adalah seorang yang gemuk dan pelik seperti Buu dan tidak mempunyai sebarang kuasa. Mereka membuat kesimpulan bahawa rupanya adalah seperti Buu kerana mereka bakal berlawan dengan Buu.Pikor menidakkannya dan memberitahu yang ia berlaku kerana kesilapan ketika bersentuh jari.Dia mahu mereka mencuba sekali tetapi terpaksa menunggu lagi 30 minit. 30 minit berlalu dan mereka terpisah kembali.Goten dan Trunks pun mencuba sekali lagi dan tetap berlaku kesilapan. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya terhasillah seorang yang tegap dan diberi nama "Gotenks". Pikor mahu mereka tunggu lagi 30 minit dan mahu mereka melakukannya sekali lagi sebagai orang Super Saiya.Gotenks membantah dan yakin sudah mampu mengalahkan Buu sekarang.Gotenks pun terus terbang mencari Buu dan di kejar oleh Pikor.Semua orang sudah merasa risau.Bagaimanapun, seketika kemudian, Gotenks pulang dan Pikor memberitahu yang mereka masih mempunyai satu hari untuk bersedia berlawan Buu. Di planet Kaoiu Shin, Kaoiu Shin tua terus menari selama 20 jam.

    Episod 481:Senjata Terakhir Askar BUmi!!

    Pada ketika ini, semua orang bumi meletakkan harapan kepada En Satan. En Satan pun pergi kerumah Buu.Dia masuk kedalam rumah Buu dan mendapati Buu tiada dirumah.Oleh itu, dia pun terus bercakap besar tetapi apabila dia terdengar bunyi tapak kaki dibelakangnya, dia terus melutut meminta kasihan.Apabila mendengar yang Buu mahu menukarkannya kepada biskut, dia pun memberitahu Buu yang dia mahu menghadiahkan sekotak cokelat kepada Buu.Buu pun memakannya walaupun ia beracun.Kemudian, Satan memberi pula Game Boy yang terdapat bom didalamanya. Buu tertarik tetapi dia kalah dan terus mengamuk. Satan menyuruh Buu mencuba sekali lagi dan Satan pun berlari lalu meletupkan Game Boy tersebut.Tidak ada apa2 berlaku kepada Buu, sebaliknya Buu makin menyukai Satan dan menghadiahkannya gula-gula. Kemudiannya,Satan mengambil kesempatan untuk menangkap gambar Buu untuk menunjukkan yang dia telah menewaskan Buu.

    Episod 482:Setelah sekian lama, akhirnya Super CAntuman!!

    Di planet Kaoiu Shin,Goku tertanya-tanya samada orang tua tersebut benar2 dapat membantu Gohan menambah tenaga dan Kaoiu Shin mengiakannya. Sementara itu, orang tua itu telah pun tertidur.. Di istana dewa pula,Pikor menyuruh Goten dan Trunks bergabung sebagai Super Saiya.Gabungan(fusion) antara Goten dan Trunks berjaya dan menghasilkan seorang yang kuat dan degil dengan rambut mempunyai 2 warna. Pikor kemudiannya meminta Gotenks menunjukkan kekuatannya tetapi Gotenks terus terbang dan membiarkan Pikor mengejarnya.Dia terus terbang mengelilingi bumu beberapa kali sebelum kembali dan memberitahu yang dia sudah bersedia berlawan dengan Buu.Gotenks pun terus terbang mencari Buu.Pikor menjadi marah dan menyifatkan Gotenks sebagai bodoh kerana masa gabungan mereka(30 minit) sudah hampir tamat. Gotenks menjerit2 mencabar Buu dan apabila dia mendarat ditanah ,masa gabungan telah tamat, maka Goten dan Trunks terpisah kembali. Bagaimanapun, mereka bernasib baik kerana sempat melarikan diri sebelum Buu keluar dari rumahnya dan Satan pula memberitahu Buu yang itu cuma bunyi angin.

    Episod 483:Majinn Buu dan rakan-rakan

    Majin Buu memberitahu Satan yang dia mahu keluar membunuh lebih ramai manusia dan mengajak Satan ikut bersama tetapi ditolak oleh Satan dengan alasan dia mahu menyiapkan makan malam.Apabila Buu sudah pergi, Satan memasukkan beberapa ikat bahan letupan didalam cerek dan menunggu Buu pulang. Sementara itu,dipinggir bandar, seorang lelaki telah menembak seorang perempuan tua.Kawannya tidak suka dengan perbuatannya itu.Tetapi lelaki itu menjawab yang selagi Buu mahu terus membunuh semua manusia dibumi, apa salahnya dia membunuh beberapa orang dahulu.Mereka pun ketawa dan menghala masuk ke bandar. Di rumah Buu, Satan sedang memasak telur sambil terbayangkan kepuasan sebagai seorang wira.Bagaimanapun setelah mendapati Buu pulang lebih awal, dia menjadi takut dan meminta maaf kerana belum menyiapkan makan. Dia mendapati, Buu membawa pulang seekor anak anjing kerana tidak faham apa yang dikatakan oleh anjing tersebut.Satan memeberitahu yang kaki anjing itu sakit. Buu memeriksa dan menyembuhkannya.Selepas itu, dia melepaskannya dan menyuruh ia lari supaya dia boleh membunuhnya.Tetapi anak anjing itu tidak lari,sebaliknya mengesek2 badan dikaki Buu.Buu keliru dan Satan memberitahu yang anjing itu berterima kasih kerana menolongnya. Maka,Buu melarikan diri dan terus dikejar oleh anjing tersebut.Buu ingin tahu samada anjing itu menyukainya dan Satan mengakuinya kerana anjing itu menggoyang2kan ekornya.Buu bertanya pula samada Satan juga menyukainya dan Satan berkata "ya".Buu merasa gembira dan mahu memberi anjing itu makan cokelat. Satan memberitahu yang anjing tidak makan cokelat tetapi makan makanan anjing. Dia menawarkan untuk pergi membeli makanan untuk anjing tersebut.Apabila dia sudah berada jauh, dia sudah bersedia untuk meletupkan rumah Buu tetapi membatalkan niatnya apabila melihat Buu begitu mesra bermain dengan anjing tersebut.Satan pun pergi membeli makanan anjing. Sementara itu dibandar, 2 orang lelaki tadi,terus membunuh orang ramai. Di rumah Buu pula, Buu memberi anjing itu makan dan memberitahu yang rasa makanan anjing tidak sedap.Satan pula bertanya, mengapa dia membunuh orang ramai.Buu menyatakan bahawa, ia kerana Babidy dan Bibidy memberitahunya yang membunuh adalah menyeronokkan.Satan pun memberitahu yang membunuh itu salah dan mahu Buu menghentikannya.Buu setuju dan berjanji tidak akan membunuh lagi. Dua orang lelaki tadi pula telah sampai ke rumah Buu dan terkejut mendapati Satan berada disamping Buu.Mereka kemudiannya menembak anjing Satan dan Buu.Buu naik marah!!

    ****************************************************************
    Disiapkan oleh;
    Azman Aziz
    mutiara_naga@mailcity.com
    Mechanical Engineering,UMKL
    
    Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
    hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
    dahulu (18 AUG 1998) ****************************************************************