Mutiara Naga Volume 41
Episod 484:Apakah yang hasilkan dengan kemarahan
Mereka tertanya2 dengan kehadiran Satan disamping Buu dan mula mengimpikan bakal memjadi wira yang baru.Mereka pun mula menembak dan Satan melarikan diri.Buu naik marah dan mereka berdua terus pengsan.Buu kemudiannya memulihkan semula anak anjing tadi yang terkena tembakan. Di istana dewa, Pikor dana Danda sedang memerhati perbuatan Buu dan Satan. Danda merasa lega tetapi Pikor tetap merasakan yang Buu masih berbahaya. Sementara itu,Satan,Buu dan anjingnya sedang leka bermain.Tiba2 lelaki yang pengsan tadi,sedar dan menembak belakang Satan.Selepas itu, dia terus melarikan diri. Buu pulihkan kembali Satan dan dia berasa sangat marah.Satan cuba menenangkan Buu tetapi Buu menyuruh dia dan anjing itu pergi menyelamatkan diri. Kemudian, wap keluar dari badan Buu.Wap itu kemudiannya mula membentuk sesuatu.Danda,Pikor dan Satan menjadi bingung!!
Episod 485:Dua Majinn Buu... dan seterusnya...
Satan cuba bersembunyi dan wap yang keluar dari badan Buu tadi membentuk makhluk yang hampir serupa dengan Buu.Makhluk itu merupakan sifat jahat dalam diri Buu dan dua kali lebih kuat dari Buu yang asal. Dia merenung Buu yang asal dan kemudian terbang lalu membunuh lelaki tadi. Sesudah itu,Buu jahat dan Buu yang asal pun mula bertarung.Buu asal kelihatan hampir tewas dan cuba menukarkan Buu jahat kepada cokelat tetapi Buu jahat membalikkan sihir Buu yang asal tersebut.Buu asal pun bertukar kepada cokelat dan dimakan oleh Buu baru yang jahat. Gabungan ini menyebabkan kekuatan Buu meningkat dan membentuk Buu peringkat 2. Pikor dapat merasai akan peningkatan kuasa Buu dana menjadi risau. Buu yang baru kelihatan lebih tenang dan tegap.Dia menjeling kearah Satan dan anjingnya lalu meledakkan mereka.Buu merasa gembira.
Episod 486:Majinn Buu Yang Hebat
Majin Buu melihat keatas dan ketawa.Pikor dan Danda kerisauan.Kurin bertanyakan apa yang berlaku dan Pikor menceritakannya. Pikor kemudiannya menyatakan samada mereka menyedari bahasa gelombang Buu makin meningkat.Kurin tergagap-gagap dan berharap Gotenks mampu mengalahkan Buu.Danda terdiam dan Pikor pula masih ragu-ragu. Diplanet Kaiou pula,Goku bertanyakan samada dia sedang merasai gelombang Buu dan Kaoiu Shin mengiakannya.Oleh itu Gohan meminta supaya Maha Kaoiu Tua mempercepatkan upacaranya supaya kekuatannya dapat meningkat dengan segera dan dapat pulang ke bumi untuk berlawan dengan Buu.Bagaimana pun dia diminta bersabar dan tidak perlu risau.(dia sebenarnya sedang membaca komik dan tidak berbuat apa-apa!!).Gohan menjadi semakin tidak sabar!! Berbalik kepada Buu pula... Buu sedang berdiri setempat sambil memerhati tapak tangannya.Sementara itu, Satan sudah takut separuh mati.Tiba-tiba salah seorang daripada penembak tadi tersedar lalu mengambil senapangnya dan menembak Buu.Peluru menembusi badan Buu tetapi pulih dengan sendirinya.Buu ketawa dan terbang masuk kedalam mulut lelaki tersebut.Badan lelaki tersebut mula mengembang sehingga meletup.Buu kemudiannya memulihkan kembali badannya dan seolah-olah mahu menyerang Satan.Satan ketakutan dan berlindung dibalik anjingnya tetapi Buu tiba-tiba hilang.Satan memerhati ke atas dan mengatakan bahawa si bodoh Buu menghilangkan diri kerana takut akan kekuatannya yang luar biasa.Walaubagaimanapun Buu masih berada diatasnya dan menjerit nama Buu dengan nada marah!! Satan ketakutan dan terus terjatuh.Dia tertanya-tanya samada Buu masih mengingatinya. Buu terus terbang... Sementara itu, Pikor menyedari yang Buu sudah dapat mengesan gelombang mereka.Seketika kemudian Buu sampai ke istana Dewa. Dia merenung kearah Pikor, Danda, Popo, Yamu dan Kurin..
Episod 487:Kemusnahan Besar-besaran.(8 okt 98)
Buu mendarat diatas istana dewa.Pikor menjangkakan yang dia akan dibunuh segera tetapi Buu menjerit "keluar!!".Tiada siapa memahami maksud sebenar Buu dan Buu menjerit sekali lagi dengan lebih keras.Pikor bertanyakan tujuan Buu dan Buu menyatakan bahawa dia mahu berlawan dengan orang yang cukup kuat untuk menentangnya kerana dapat merasai sumber gelombang yang kuat dari istana tersebut.Kurin ketakutan.Cici, Bulma dan Videl pun keluar untuk mengetahui apa yang berlaku. Buu menjadi semakin marah dan Pikor memintanya supaya tunggu sebentar kerana Gotenks belum sampai ke kemuncak kekuatan sedangkan Buu sudah tentu mahu berlawan dengannya dalam keadaan kekuatan kemuncak!!Buu tidak suka menunggu jadi dia mahu terus membunuh.Pikor terus merayu. Buu merenungnya dengan tajam dan berjalan-jalan disekeliling istana tersebut.Semua orang tertanya-tanya apa akan dilakukan oleh Buu.Buu kembali pada Pikor.Dia tersenyum lalu meletupkan seluruh kawasan istana tersebut. Bunga api dari letupan itu turun ke bumi dan membunuh penduduk-penduduk bumi.Danda terduduk melihatkan jumlah kematian yang begitu ramai.Buu tersenyum dan berkata bahawa semua orang dibumi telah mati dan dia mahu berlawan dengan segera. Buu akhirnya bersetuju tetapi meminta supaya Buu dapat menunggu selama 1 jam lagi.Buu tidak tahu apa itu "satu jam"??..Oleh itu Pikor mencipta sebuah jam pasir dan memberitahu Buu yang balang pasir tersebut akan kosong dalam masa satu jam!! (Goten dan Trunks pada masa tersebut sedang tidur!) Buu pun memerhatikannya tetapi enggan tunggu lagi.Jadi Pikor memberitahu pula yang anak Satan juga berada diatas istana tersebut.Buu teringatkan Satan yang pernah menjadi kawannya dan bersetuju tetapi dia akan membunuh semua orang termasuk anak Satan setelah 1 jam. Pikor kemudiannya mengarahkan Kurin supaya membawa Goten dan Trunks ke bilik Waktu Semangat dimana 1 jam bersamaan 15 hari kerana pada masa tersebut, Gotenks belum cukup kuat untuk mengalahkan Buu. Goten dan Trunks masih tertidur!! Di bumi pula, kelihatan Chiaou-Zu dan Ten Shin HAn tertanya-tanya siapakah yang mahu membunuh mereka.Begitu juga dengan Satan dan anjingnya yang tertanya-tanya dari mana datangnya bunga api tersebut!!
Episod 488:Trunks dan Gotenks Masuk ke Rumah Waktu Semangat.(10 okt 98)
Di planet Kaiou shin, Goku dan KAiou Shin cuba memahami sebab penurunan gelombang dibumi.(penduduk bumi telah dibunuh oleh Buu oleh bunga api dari istana dewa.)Gohan pula telah hilang sabar dan meinta supaya Maha Kaiou Tua menyelesaikan serapahnya untuk menigkatkan tenaga Gohan secepat mungkin. Si Tua meminta Gohan supaya bersabar dan tidak tergesa-gesa.Gohan naik marah dan meningkatkan tenaganya kerana dia mahu berlawan dengan Buu.Tiba-tiba badannya mengalami perubahan dan tenganya meningkat dengan mendadak.Gohan terkejut dan si tua itu menyatakan yang dia memerlukan sedikit masa lagi untuk menghabiskan serapahnya.Gohan pun duduk kembali dan mengatur semula pernafasan dan meminta maaf.Si Tua itu pun kembali membaca komiknya. Goku bertanya kepada Kaiou Shin samada si Tua itu telah benar2 memberi kuasa kepada Gohan tetapi Kaiou Shin juga tidak pasti.Gohan juga terpinga2 memikirkan dari mana datangnya peningkatan mendadak kuasanya tadi. Di istana dewa, Goten dan Trunks memerhati kearah Buu yang baru dan bertanya kepda Pikor untuk kepastianPikor meyakinkan mereka dan dia pun membawa mereka ke Rumah .Sementara itu, Cici tiba-tiba naik marah lalu menampar muka Buu sambil meinta Buu mengembalikan anaknya Gohan yang telah dibunuh.Buu pun menukarkan Cici kepada telur dan memijaknya. Goten hampir mengamuk tetapi Pikor memintanya bersabar dan Trunks pula meyakinkan Goten yang mereka mampu mengalahkan Buu setelah bercantum nanti. Setelah berada didalam rumah tersebut, Goten dan Trunks pun berlatih dengan gigihnya. Diistana Dewa pula,Videl bertanyakan kepada Pikor bagaimana Buu boleh tahu mengenai bapanya,Satan. Pikor memberitahu yang Buu dan Satan adalah sahabat.Videl sangat terkejut. Sementara itu, Buu semakin letih memerhatikan jam pasir tersebut dan memusnahkannya. Pikor meminta Buu menunggu lagi 30 minit tetapi Buu tetap enggan dan naik marah. Pikor terpaksa mengalah dan mahu membawa Buu ke Rumah Waktu Semangat!!
Episod 489:Keyakinan Gotenks(12 okt 98)
Datuk Kame,Kurin dan Bulma cuba memahami tujuan sebenar Pikor membawa Buu ke Rumah Waktu Semangat kerana Goten dan Trunks masih belum bersedia dan mungkin akan tewas. Bagaimanapun Danda meyakinkan mereka yang Rumah tersebut boleh bertindak sebagai perangkap kepada Buu dan mutiara naga boleh digunakan untuk menghidupkan kembali Goten dan Trunks.Kurin pula menambah yang Pikor cuma mahu melengah-lengahkan masa kerana 1 minit bersamaan 6 jam dirumah tersebut. Buu semakin tidak sabar dan mengeluh kerana belum juga sampai. Didalam Rumah Waktu Semangat pula, Goten dan Trunks sudah kepenatan dan mereka pun berhenti untuk berbual-bual mengenai kemungkinan untuk menjadi orang super saiya pada ketika sedang bercantum.Seketika kemudian, Pikor menggunakan ESP untuk memberitahu mereka berdua supaya bersedia kerana dia akan membawa masuk Buu kerumah tersebut dalam jangkamasa 6jam (1 minit di bumi).Untuk melengah-lengahkan masa lagi, Pikor bertanyakan samada Buu mahu makan dahulu.Buu menjawab dengan marah yang dia tidak mahu makan dan tidak mahu buang masa lagi. Oleh itu, Pikor terpaksa membawa Buu masuk kerumah Waktu Semangat.Sampai didalam rumah tersebut, Buu melihat sekeliling dan mendapati terdapat 2 orang budak sedang menunggunya. Mereka mengejek Buu tetapi Buu langsung tidak tertarik. Pikor pula menasihati mereka supaya tidak melakukan perkara yang akan menggagalkan rancangannya.Goten dan Trunks pun memulakan tarian untuk bercantum tetapi gagal kerana Trunks telah diserang oleh Buu. Trunks meminta Buu supaya bersabar dan mereka memulakan tarian sekali lagi dan akhirnya bercantum sebagai Gotenks. Pikor merasa gembira dan percaya yang Gotenks sudah semakin kuat.Setelah bercantum, Gotenks terus mengejek Buu tetapi Buu langsung tidak tertarik. Gotenks mula menyerang Buu tetapi tidak berkesan.Gotenks berasa kecewa dan tidak tahu apa yang telah berlaku kerana serangannya langsung tidak menggugat Buu.
Episod 490:Gotenks Penuh Yakin.(14 okt 98)
Gotenks ketawa dan menyifatkan serangannya tadi adalah secara tidak bersungguh-sungguh.Dia menyerang sekali lagi dengan pelbagai jenis tumbukan dan sepakan dengan nama2 yang lucu.Bagaimanapun dengan satu pukulan sahaja, Gotenks terus rebah. (seperti ketika Satan berlawan Cell).Gotenks menyerang sekali lagi tetapi Buu mula berasa bosan kerana Gotenks tidak sekuat yang disangkanya.Bagaimanapun, Gotenks tidak putus asa dan bertukar kepada Super Saiya.Pikor menjadi terkejut apabila mendapati yang Gotenks boleh bertukar kepada Super Saiya dalam keadaan bercantum. Gotenks mahu menyerang lagi tetapi berhenti sebentar untuk memikirkan nama serangan seterusnya. Seketika kemudian, dengan penuh keyakinan,Gotenks melancarkan serangan yang diberi nama "Galaktika Donut" dengan membentuk satu gelang tenaga diudara.Gelang itu mengelilingi Buu dan menjerutnya.Buu menjerit kesakitan tetapi kemudiannya ketawa sambil berkata yang dia cuma main-main sahaja.Selepas membebaskan diri, Buu terus menyerang Gotenks dan menyepaknya seperti bola. Gotenks bangun kembali dan melancarkan serangan seterusnya yang diberi nama "Super Ghost Kamikaze". Buu terkejut dan Gotenks pun meludah keluar hantu kecil dari mulutnya sambil mendakwa yang dia sudah menang.
Episod 491:Serangan Kamikaze Pasti Bunuh(16 okt 98)
Hantu tersebut terbang ke arah Buu dan mengarahkan Buu melarikan diri kerana dia adalah hantu yang menyeramkan.Buu tidak berganjak.Pikor tertanya-tanya apa yang ingin dilakukan oleh Gotenks.Gotenks mengarahkan hantu tersebut menyerang Buu.Buu dengan mudah menghalangnya tetapi dengan tiba2 hantu tersebut meletup dan menghancurkan badan Buu.Pikor mengarahkan Gotenks melakukannya sekali lagi, maka Gotenks pun meludahkan lagi 10 hantu.Bagaimanapun dia mengambil masa untuk mengarahkan mereka beratur dan mengira jumlah mereka.Setelah bersedia, mereka mendapati yang Buu sedang minum sambil membaca komik. Hantu 1 dan 2 pun dilancarkan tetapi Buu berjaya mengelak.Buu mengingatkan Gotenks yang dia tidak akan tertipu sebanyak 2 kali berturut-turut.Gotenks tetap mengarahkan hantu 3 hingga 9,tetapi tetap gagal.Akhirnya giliran hantu ke10.Hantu ke 10 berpura-pura yang dia menjumpai sesuatu dan Buu pun mendekatinya.Apabila Buu semakin dekat,dia pun meletupkan badannya. Gotenks pun berdiri ditempat letupan tersebut dan mendakwa yang semuanya telah berakhir.
Episod 492:Dimensi Lain Ditutup(18 okt 98)
Goku dapat merasai yang gelombang Buu sudah hilang.Shin dan Kibito berpendapat yang Gotenks sudah berjaya mengalah Buu tetapi Goku menambah yang gelombang Gotenks juga turut hilang.Kaiou Shin Tua pula mencelah dan memberitahu mereka yang perlawanan anda mereka sedang diadakan di dimensi lain kerana Pikor telah membawa Buu ke situ. Didalam Rumah Waktu Semangat pula, Gotenks merasa puas kerana telah berjaya menghapuskan Buu tetapi Pikor menyuruh supya Gotenks menghapuskan Buu sehingga hancur luluh agar Buu tidak boleh membentuk semula kepada asal. Gotenks pun mengikut arahan Pikor tetapi..secara tiba-tiba cebisan2 tersebut tetap bergabung kembali dan membentuk semula Buu.Kemudian,Pikor dan Trunks menyedari yang membakar Buu sehingga hancur adalah satu kesilapan kerana ia meninggalkan debu2 dan asap yang boleh digunakan oleh Buu untuk bergabung semula.Ini bermakna, Buu cume boleh dihapuskan menggunakan "tenaga" dan bukan dibakar begitu.Menyedari yang Buu sudah kembali,Pikor menyuruh supaya Gotenks mengeluarkan sekali lagi hantu dari ludahannya tetapi Gotenks membantah kerana dia masih mempunyai banyak lagi teknik2 pembunuhan yang lain.Buu mengambil kesempatan itu untuk menyerang Gotenks.Gotenks pun naik marah dan bersedia untuk melancarkan satu lagi serangan.Bagaimanapun, Pikor mengambil keputusan untuk memusnahkan pintu keluar dari rumah tersebut dan memberitahu mereka semua telah terperangkap di dimensi lain.Keputusan perlawanan antara Gotenks dan Buu sudah tidak penting lagi. Pikor menambah lagi yang Buu juga sudah tidak boleh menikmati cokelat kegemarannya lagi.Buu naik marah dan menyerang kearah dinding antara dimensi sehingga membentuk satu lubang.Tiba-tiba, dari lubang tersebut, mereka dapat melihat istana dewa.
Episod 493:Bebas Dari Dimensi Lain(20 okt 98)
Dari lubang tesebut, Buu pun keluar ke dunia nyata meninggalkan Gotenks dan Pikor terus terkurung. Sementara itu di palanet Kaiou, Goku dapat merasai kembalinya gelombang Buu tetapi dia tidak dapat merasai gelombang Gotenk.Dia berasa agak kesal kerana tidak melihat apa yang sedang berlaku.Oleh itu, Kaiou Shin Tua pun mencipta satu bola kristal bagi membolehkan mereka melihat apa yang berlaku.Goku sangat kagum. Sementara itu, Buu yang telah bebas marasa lapar. Oleh itu dia menukarkan semua orang diatas istana dewa kepada cokelat dan memakannya. Goku pun menyumpah-menumpah kemarahan dan Gohan bertanyakan apa yang sedang berlaku.Goku menjawab yang Gohan mesti menjadi lebih kuat dengan bantuan Kaiou Shin Tua dengan segera. Didalam Rumah Waktu Semanagt pula,GOtenks dan Pikor gagal untuk melepaskan diri kerana tenaga mereka tidak cukup kuat untuk menghasilkan lubang di dinding dimensi tersebut. Pikor sudah putus asa, tetapi Gotenks mengatakan yang dia akan menunjukkan kekuatan sebenarnya dan bertukar kepada Super Saiya Tahap 3.Tanpa membuang masa, Gotenks pun membuat satu lubang dan mereka berdua pun membebaskan diri dari dimensi tersebut. Gotenks berdepan lagi dengan Buu dan mendapati istana dewa sudah hampir musnah.Melalui bola kristal, Goku berasa sangat gembira dan terkejut kerana Gotenks mampu sampai ketahap SSJ3 walaupun masih kecil.Buu yang sedang kekenyangan kemudiannya memberitahu Gotenks yang dia telah menukarkan rakan2 dan keluarganya kepada cokelat dan memakannya(mulutnya comot dengan kesan2 cokelat). Ini menyebabkan Gotenks naik marah dan mula menyerang!!
Episod 494:Super Gotenks Berusaha Lagi(22 okt 98)
Gotenks makin bertenaga dan terus menyerang Buu sehingga memeranjatkan Pikor dan merosakkan bangunan sekitarnya.Pertarungan antara mereka berterusan dan memusnahkan sama sekali istana dewa.Keadaan ini amat mengecewakan Pikor.Kemudiannya, Gotenks cuba melancarkan serangan Renzoku Super Donuts(hampir sama dengan Galaktika Donuts tetapi terdapat 4 gelang).Serangan berupa gelang tenaga ini telah memerangkap Buu dan menjadikan Buu seperti bola tampar.Selepas itu, Gotenks dan Pikor memperlakukan Buu seperti bola tampar dan Buu pun dihempaskan ke bumi sehingga menyebabkan terbentuknya kawah besar dibumi.Gotenks ketawa dan menyifatkan dirinya sangat menakutkan.
Episod 495:Cantuman Super Yang Hebat(24 okt 98)
Gotenks menjerit nama Buu supaya kelur dari kawah tersebut dan berlawan lagi.Buu kemudiannya melancarkan bolatenaga kearah Gotenks dan Gotenks membalas kembali dengan beberapa bola tenaga kepada Buu.Pertarungan ini menyebabkan semakin ramai penduduk bumi mati tetapi Gotenks percaya yang dewa naga boleh digunakan untuk menghidupkan mereka kembali.Kemudian,Gotenks berhenti menyerang dan mendapati, seluruh kawasan tersebut telah musnah.Pikor menasihatkan Gotenks supaya berwaspada tetapi Gotenks terlalu yakin sehingga menyebabkan dia telah dipukul oleh Buu.Pertarungan diteruskan dan mereka saling balas membalas serangan.Kemusnahan dibumi semakin hebat. Oleh kerana Gotenks setanding dengan Buu, Goku yang melihat dari bola kristal memberitahu Gohan yang dia mungkin tidak berpeluang berlawan dengan Buu.Sementara itu, Buu sudah hampir tewas dan Gotenks telah bersedia untuk memusnahkan terus Buu dengan serangan gelombang Kamehameha.Bagaimanapun, belum sempat dia melancarkan serangan tersebut,tenaga Gotenks telah turun ke tahap normal secara tiba-tiba.Ini adalah kerana meningkat tenaga kepada Super Saiya 3 telah memakan masa cantuman yang cuma boleh bertahan selama 30 minit.
**************************************************************** Disiapkan oleh; Azman Aziz mutiara_naga@mailcity.com Mechanical Engineering,UMKL Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
dahulu ****************************************************************