Mutiara Naga Volume 42

  • Episod 496:Antara Tempat Berbatu dan Keras
  • Episod 497:Serangan Balas Son Gohan
  • Episod 498:Tindakan Aneh Majin Buu
  • Episod 499:Perangkap
  • Episod 500:Perubahan Besar
  • Episod 501:Penyelamat Muncul
  • Episod 502:Berjayakah Cantuman Subang
  • Episod 503:Pilihan Terakhir Goku
  • Episod 504:Cantuman Terkuat diCakerawala
  • Episod 505:Bezita Naikkan Kemarahan Buu
  • Episod 506:Hilang
  • Episod 509:Pertarungan Menentukan Nasib Dunia
  • Episod 496:Antara Tempat Berbatu dan Keras

    Semua orang terkejut dengan kehilangan kuasa Gotenks.Buu mengambil peluang tersebut untuk memulihkan kembali tenaganya dan Gotenks pula sudah putus asa.Goku menjerit supaya KAiou Shin Tua mempercepatkan serapahnya untuk meningkatkan tenaga Gohan.Gohan merasa gembira kerana dia berpeluang untuk berlawan dengan Buu.Kemudian,si Tua tersebut memberitahu yang serapahnya telah selesai 5 minit yang lalu dan dia sengaja menunggu ke saat-saat supaya lebih dramatik.Gohan bertanyakan samada dia benar-benar lebih kuat sekarang dan si Tua tersebut meninta dia meningkat sumber tenaganya.Gohan meningkatkan tenaganya dan tanpa bertukar kepada Super Saiya, tenaganya telah setanding dengan Super Gotenks sehingga menolak orang lain ke belakang. Gohan berasa sangat gembira dan tanpa membuang masa, KIbito memindahkan Gohan kembali ke bumi dan turut menukarkan pakaian Gohan seperti pakaian perang Goku.Kibito kembali ke planet Kaiou dan Gohan pun terbang mencari Buu. Ditempat pertarungan,Goten dan Trunks telah terpisah kepada asal dan Pikor bersedia untuk melindungi mereka.Buu pula keletihan dan mengambil kepetusan untuk tidur dahulu.Pikor terpinga-pinga dan seketika kemudian, dia dapat mersai satu gelombang yang SANGAT KUAT sedang mendekati mereka.

    Episod 497:Serangan Balas Son Gohan

    Pikor,Goten dan Trunks tertanya-tanya siapakah orang yang memiliki tenaga sedemikian.Buu pula sedang naik marah.Pikor menjangkakan itu adalah Goku.Seketika kemudian, Gohan muncul diudara dan dia menceritakan kepada mereka dimana dia berada sebelum ini.Goten dan Trunks merasa gembira dan Pikor masih ragu2 dengan kekuatan Gohan kerana terlalu berlainan dari sebelumnya. Selepas itu, mereka memberitahu Gohan yang orang lain telah dibunuh termasuk Danda.Oleh itu, Gohan sedar yang tanpa Danda bermakna Dewa Naga juga akan lenyap. Buu ketawa dan mahu menukarkan Gohan kepada cokelat tetapi Gohan cuma tersenyum.Ini merisaukan Buu.Pikor merasakan bahawa menentang Buu adalah sia-sia sahaja dan menyuruh Goten dan Trunks bercantum kembali untuk membantu Gohan.Pada ketika Buu sedang ketawa, Gohan meningkatkan tenaganya dan menyerang Buu bertubi-tubi.Pikor,Goten dan Trunks amat terkejut dengan kelajuan Gohan yang menakjubkan tersebut.

    Episod 498:Tindakan Aneh Majinn Buu

    Buu dipukul teruk oleh Gohan dan dia mengatakan bahawa dia kan membalas dendam nanti.Gohan berpendapat yang Buu cuma membuang masa.Tiba-tiba Buu meletupkan dirinya sendiri dan membentuk satu awan besar.Jauh diatas awan tersebut,Gohan sedanga memegang Pikor,Goten dan Trunks.Kemudian,mereka menjangkakan yang Buu sudah mati tetapi Gohan mendakwa yang Buu masih hidup dan cuma mahu memulihkan kembali tenaganya.Trunks mersa gembira dan mengatakan yang Gohan adalah sama kuat dengan Duper Gotenks tetapi diperbetulkan oleh Goten yang menyifatkan Gohan adalah lebih kuat kuat.Trunks bersetuju. Kemudian, Gohanbertanya dimana letaknya radar mutiara naga.Trunks memberutahu yang radar tersebut berada pada Pikor.Pikor mengatakan yang tidak ada guna lagi mencari mutiara naga kerana Danda telah mati.Tetapi Gohan memberitahu mereka yang dia dapat merasai gelombang Danda.Mereka kemudiannya terbang disekeliling bandar dan mendapati yang semua orang telah dibunuh kecuali Satan dan anjingnya yang sedang berjalan ditengah panas sambil kehausan.Pikor datang mengambil Satan dan terbang pergi.Kemudian,Pikor bertanya kepda Gohan bagaimana Danda boleh hidup.Gohan menerangkan yang melalui boa kristal, dia dapat melihat bagaimana Pikor sedang berada didalam Rumah Waktu Semangat lebih lama dari Buu.Ini bermakna ,ada sedikit masa berlalu.Pada masa Buu mahu menukarkan mangsanya kepada cokelat ada sekurang-kurangnya 10 saat untuk Danda menyelamatkan diri. Pikor merasa gembira dan telah terlepas Satan.Nasib baik,Trunk sempat menangkapnya kembali.Akhirnya,mereka berjaya menjumpai Danda.Danda memberitahu yang Popo telah menyuruh dia menyelamatkan diri supaya Dewa Naga tidak lenyap.Satan mengejek-ejek Danda tetapi terdiam apabila mereka memperkenalkan Danda sebagai Dewa Bumi. Di planet Kaiou,Goku merasa lega kerana Danda masih hidup.Kaiou Shin bertanyakan mengenai mutiara naga dan KAiou Shin Tua pula tertanya-tanya bagaimana Buu masih belum dikalahkan. Di Bumi pula, Satan sedang menangisi kematian Videl yang telah dibunuh oleh Buu.Tiba-tiba mereka dapat merasai gelombang Buu yang agak berlainan.Buu pun mendarap didepan mereka.

    Episod 499:Perangkap

    Mereka terpinga-pinga memikirkan apakah yang telah berlaku pada Buu.Buu mencabar mereka supaya berlawan.Gohan pun tampil untuk menentang Buu tetapi Buu mahu berlawan dengan Gotenks dahulu kemudian barulah Gohan.Gohan tidak menghiraukan kata-kata Buu tetapi Buu mengejek-ejek Trunks dan Goten sebagai penakut.Trunks dan Goten naik marah lalu mereka pun bercantum badan walaupun diragui oleh Pikor dan bersedia untuk berlawan dengan Buu.Buu merasa gembira dan Gotenks mula bercakap besar.Buu mengatakan yang dia mahukan tenaga Gotenks dan akal Pikor.Pada ketika Gotenks berjalan kearah Gohan dan menyuruh Gohan bergerak kebelakang sedikit, Buu telah memisahkan badannya kepada 2 serpihan lagi tanpa disedari mereka.Gotenks sedia bertarung tetapi tiba-tiba salah satu daripada cebisan badan Buu telah menangkap dan menggulungnya, dan satu lagi cebisan telah menangkap Pikor.Kedua-dua cebisan tersebut kemudiannya kembali kepada Buu. Di planet kaiou, Goku memberi amaran kepada Gohan supaya berhati-hati. Sementara itu, Buu pula mengalami perubahan fizikal yang besar iaitu menjadi semakin tinggi, kurus, berotot dan belalai dikepalanya semakin panjang. Buu pun memberitahu Gohan yang apabila dia mendapati Gohan lebih kuat darinya, dia telah pura-pura kalah dan melarikan diri selama sejam sebelum kembali semula supaya Trunks dan Goten boleh bergabung semula dan dia dapat menyerap tenaga Gotenks untuk menentang Gohan.Rancangannya berjaya dan dia bersedia untuk membunuh Gohan!!

    Episod 500:Perubahan Besar

    Buu dan Gohan pun mula bertarung tetapi, Buu ternyata lebih kuat dengan terus menerus memukul Gohan.Selepas satu letupan besar, Gohan cuba bersembunyi tetapi dapat dikesan oleh Buu.Pertarungan diteruskan dan Gohan terus dibelasah.Buu kemudiannya menggunakan teknik serangan Gotenks iaitu Gelung Galaktika Donut keatas Gohan untuk mengikatnya dan melancarkan Kamehameha. Di planet Kaiou, Goku dan Kaiou Shin menjadi semakin risau.Oleh itu, Moyang Kaiou Shin menawarkan nyawanya kepada Goku supaya Goku dapat kembali ke bumi.Kibito tidak bersetuju dengan cadangan untuk memberi nyawa kepada manusia yang lebih rendah darjat tetapi Moyang Kaiou Shin menyatakan yang ia melakukannya untuk kebaikan alam ini. SEmentara itu, Gohan berjaya melepaskan diri dari gekung tersebut sebelum gelombang Kamehameha mengenainya. Dipintu Akhirat pula, Raja Akhirat memberitahu Nenek Tilik yang badan dan roh Bezita berada didalam keadaan baik.Oleh itu, Nenek Tilik meminta untuk membawa Bezita ke bumi selama 24 jam untuk menolong menyelamatkan bumi. Berbalik dipalanet Kaiou, Moyang Kaiou Shin mengucapkan selamat tinggal dan terus hilang. Gelung diatas kepala Goku pun turut hilang. Ini bermakna, Goku telah hidup semula. Seketika kemudian, Moyang Kaiou Shin muncul semula dengan gelung diatas kepalanya. Dia menyuruh Goku supaya segera ke bumi. Gohan pula semakin teruk di belasah dan Buu bersedia untuk melakukan serangan terakhir keatas Gohan.

    Episod 501:Penyelamat Muncul

    Gohan menggosok-gosok darah yang mengalir di matanya dan menyerang balas tetapi gagal.Oleh itu, Gohan melancarkan satu bola tenga kearah Buu, Buu mengetuk semula kearah Gohan.Letupan besar terhasil dan letupan tersebut telah menembusi bumi dan membentuk satu lubang. Buu mendekati lubang tersebut dan mendapati Gohan sedang melekatkan diri didinding lubang tersebut.Buu terus ketawa. Di kawasan berhampiran, Danda menyuruh Satan dan anjingnya melarikan diri tetapi Satan enggan.Dia mengeluarkan sepucuk pistol dan mahu menembak Buu. Diplanet Kaiou, Goku bersedia untuk bergerak ke bumi tetapi dia dihalang pula oleh Moyang Kaiou Shin.Moyang Kaiou Shin mendakwa yang Buu terlalu kuat untuk Goku dan Gohan.Oleh itu, dia menyerahkan subangnya kepada Goku dan menyuruh Goku memakai salah satu subang tersebut ditelinga kirinya.Satu lagi subang pula hendaklah dipakaikan ditelinga kanan Gohan.Tindakan ini akan mencantumkan badan mereka dan meningkat sumber tenaga.Goku merasa gembira tetapi Kaiou Shin tidak percaya.Maka, Moyang Kaiou Shin menyuruh Kaiou Shin menukar subangnya dengan Kibito.Setelah pertukaran dilakukan, mereka bercantum dan membentuk seorang lelaki muda bertubuh tegap dan berambut panjang bernama Kaoiu-Bit. Dibumi, Gohan terus dipukul teruk sehingga tidak sedarkan diri. Danda pun mendekati Gohan dan menyembuhkannya kembali.Buu terkejut melihat Gohan sihat kembali. Dia pun melancarkan bola tenaga kearah Gohan dan Danda serentak.Gohan terkaku.Kemudiannya, Satan muncul dan menembak kearah Buu. Tiba-tiba serangan gelombang tersebut musnah dan Satan mendakwa yang gelombang tersebut telah dimusnahkan oleh kekuatan tembakan pistolnya.Bagaimanapun, gelombang tersebut sebenarnya dimusnahkan oleh Ten Shin Han yang muncul secara tiba-tiba. SEmentara itu, diplanet Kaiou, Moyang Kaiou Shin memberitahu yang cantuman cara tersebut adalah KEKAL.Kaiou-Bit sangat terkejut. Goku pula mula memikirkan yang Gohan tidak dapat hidup sepertimana remaja normal lain apabila bergabung dengannya kelak. Moyang Kaiou Shin menyuruh Goku segera ke bumi sebelum Gohan dibunuh. Di tempat pertarungan, Buu mahu memusnahkan bumi. Gohan dan Ten Shin Han semakin buntu. Kemudian, Satan muncul sekali lagi dan mendakwa, pistolnya akan memusnahkan Buu.

    Episod 502:Berjayakah Cantuman Subang

    Goku bertanyakan kepada Moyang Kaiou Shin samada dia pernah bercantum dengan sesiapa.Moyang Kaiou Shin memberitahunya, pada masa dahulu, ada seorang ahli sihir wanita mahu kelihatan cantik dan meminjam subang miliknya.Apabila subang tersebut dipakaikan, dia pun bercantum dengan ahli sihir tersebut dan menghasilkan dirinya sekarang dengan turut memilik bakat ahli sihit tersebut. Melalui bola kristal, Kaiou-Bit memberitahu yang Buu mahu memusnahkan bumi.Goku pun terus bergerak sejenak ke bumi dan pada masa yang sama,Satan pula menembak Buu bertalu-talu.Goku muncul dibumi dan mencincang Buu kepada 3 bahagian mengunakan gelombang Kienzan(seperti digunakan oleh Kurin). Gohan terkejut melihatkan Goku hidup semula dan Satan pula merasakan yang Buu terpotong disebabkan tembakannya.Buu masih mengenali Goku dan memberitahunya dia telah jauh lebih kuat dari dulu.Goku tersenyum dan mendakwa yang dia memiliki alat untuk meningkatkan tenaga.Buu tidak tertarik dengan dakwaan Goku. Salah satu bahagian badan Buu yang dipotong oleh Goku telah jatuh berhampiran Ten Shin Han.Serpihan tersebut kemudiannya memukul Ten Shin Han hingga pengsan sebelum bergabung semula dengan sebahagian lagi tubuh Buu. Tanpa berlengah masa, Goku melemparkan subang kepada Gohan dan menyuruh Gohan memakainya ditelinga kanan.Malangnya, subang tersebut jatuh dicelah-celah batu dan hilang.Goku menyuruh dia mencari kembali dengan segera. Disebabkan tiada pilihan lain, Goku bertukar kepada Super Saiya 3 tetapi menurunkan kembali tenaganya apabila Gohan menjumpai semula subang tersebut.Buu juga turut meningkatkan tenaga. Bagaimanapun, sebelum dia sempat memakai subang tersebut, bahagian ke-3 badan Buu telah menangkap Gohan dan kembali kepada Buu yang asal.Ini menyebabkan tenaga Buu semakin meningkat.Pakaiannya juga telah berubah kepada pakaian Gohan dan dia menjadi lebih berotot. Goku menyumpah-nyumpah kemarahan dan mengambil kepada subang tersebut. Moyang Kaiou Shin menjangkakan yang semuanya telah berakhir.Goku pula tercari-cari siapakah yang boleh bercantum dengannya sekarang.Ten Shin Han sudah pengsan, Danda pula bukan jenis berlawan dan yang tingal cuma Satan!!

    Episod 503:Pilihan Terakhir Goku

    Setelah Gohan diserap, Buu mentetawakan Goku kerana tiada siapa dapat bercantum dengannya lagi.Pilihan terakhir adalah Satan tetapi Goku berpendapat yang jika tenaga 1000 ditambah tenaga 1, jumlahnya cuma 1001 dan tidak cukup untuk mengalahkan Buu.Oleh kerana tiada pilihan lain, Goku pun bersedia untuk melemparkan subang tersebut kepada Satan.Bagaimana pun, dia menukar fikiran apabila dapat merasai gelombang Bezita.Goku serta merta bergerak sejenak ke tempat Bezita pada ketika Buu cuba menyerangnya. Buu berpendapat yang Goku cuba melarikan diri.Dia pun terbang mencari Goku semula. Sementara itu, Goku gembira melihat Bezita manakala Bezita dan Nenek Tilik terkejut melihat Goku hidup semula.Goku menyuruh Nenek Tilik segera pergi kerana Buu akan tiba.Dia pun mengajak Bezita untuk bercantum.Bezita enggan bercantum dengan Goku dan mereka bertekak seketika.Goku memberitahu juga yang Bulma telah dibunuh dan tenaga Pikor,Gotenks dan Gohan telah diserap oleh Buu.Apabila Buu semakin dekat,Bezita mengubah fikiran dan meminta subang tersebut dari Goku.Goku menyuruh Bezita memakai subang tersebut ditelinga kanan dan memberitahu Bezita yang cantuman tersebut adalah KEKAL.Bezita terkejut tetapi dia sudah pun memakai subang di telinga kanannya. Mereka pun bercantum menghasilkan seorang pemuda gagah bersubang yang berwajah lebih iras kepada Goku dengan pakaian gabungan Goku dan Bezita.

    Episod 504:Cantuman TerKuat di Cakerawala

    Gabungan tersebut diberi nama "Bezito" hasil gabungan "Bezita+Kakarot".Bezito pun meningkatkan tenaganya dan bertukar kepada Super Saiya.Buu menyerang Bezito tetapi ditendang kembali oleh Bezito.Hidung Buu berdarah dan Bezito mentertawakannya.Buu menyerang lagi tetapi Bezito ternyata terlalu kuat daripada Buu.Buu dibelasah teruk. Di planet Kaiou, Kaiou-Bit dan Moyang Kaiou Shin yakin yang Buu akan musnah dan mahu mereka supaya tidak berlengah-lengah lagi. Bezito pula telah membentuk gelombang ditangannya yang berbentuk seperti pedang dan terus membelasah Buu.Bezito kemudiannya mencabut belalai dikepala Buu dan memusnahkan nya.Bagaimanapun belalai tersebut tumbuh kepala.Buu pun sudah tidak tahu apa yang hendak dilakukan lagi.

    Episod 505:Bezita NAikkan Kemarahan Buu

    Bezito cuba membuat Buu marah supaya Buu lebih mencabarnya.Oleh itu, Buu meludahkan beberapa Hantu Serangan Kamikaze (teknik Gotenks) supaya menyerang Goku tetapi Bezito dengan mudah memusnahkannya dengan bola tenaga.Bezito terus mengejek Buu dan menyebabkan Buu naik marah.Buu menyerang lagi tetapi dengan mudah dipatahkan oleh Bezito. Moyang Kaiou Shin pula kecewa kerana Bezito belum mahu memusnahkan Buu. Sementara itu, Danda pula membawa Satan dan anjingnya ketempat pertarungan.Bezito menendang muka Buu dan Buu pula bertanyakan kepada Bezito samada dia sukakan cokelat.Secara tiba-tiba, Bezito pun ditukarkan kepada cokelat oleh Buu dan Buu mendakwa yang dia sudah menang. Kaiou Bit terkejut dan Moyang Kaiou Shin menjangkakan yang semuanya telah tamat.Bagaimanapun, secara tiba-tiba Buu menumbuk dirinya sendiri dan melepaskan cokelat yang berada ditangannya.Cokelat tersebut terapung diudara dan mendakwa dirinya sebagai Coklet Terkuat di Dunia.Cokelat itu kemudiannya, terbang menembusi badan Buu terkali-kali dan juga menembusi mulut Buu.Buu pun mengalah dan menukarkan kembali cokelat tersebut kepada Bezito.Bezito gembira dan Kaiou-Bit merasa lega. Moyang Kaiou Shin mahu Bezito segera menamatkan pertarungan.Oleh itu, Bezito pun mengatakan yang dia akan memusnahkan Buu dalam kiraan 10.Tiba-tiba Buu teringatkan semula belalai diatas kepalanya yang telah dicabut oleh Bezito ketika bertarung.Apabila kiraan sampai keangka "10",belalai Buu tadi telah membesar dan menelan Bezito dari belakang.Bagaimanapun, Bezito sempat melindungi dirinya dengan satu lapisan pelindung sebelum ditelan.Kemudian, ia pun kembali kepada Buu.Dengan Bezito telah ditelan, Buu merasa sangat gembira.

    Episod 506:Hilang

    Buu menjadi sangat gembira (turut menunjukkan isyarat lucah dengan jarinya).Bagaimanapun,Moyang Kaiou Shin dapat merasai sedikit kelainan kerana sumber tenaga Buu tidak meningkat.Buu juga turut sedar dengan kelainan tersebut tetapi dia tidak kisah kerana tiada siapa yang dapat menentangnya lagi. Didalam badan Buu, Bezito gembira kerana lapisan pelindung yang dibuatnya berjaya melindungi dirinya dan mencuba mencari semula Gohan,Trunks,Goten dan Pikor kerana dia menjangkakan yang mereka masih hidup.Bagaimanapun, tiba-tiba,Bezito terpisah semula kepada Goku dan Bezita.Goku terkejut kerana cantuman tersebut sepatutnya kekal.Oleh itu, dia meminta Bezita supaya dapat bercantum semula tetapi Bezita enggan dan dia pun memusnahkan subang tersebut.Bezita pun terus berjalan mencari Gohan,Trunks,Goten dan Pikor .Goku kemudiannya turut memusnahkan subang yang berada padanya. Moyang Kaiou Shin merasa sangat terkejut. Seketika kemudian, mereka menjumpai semula Gohan,Trunks,Goten dan Pikor yang berbalut seperti kepompong yang besar dan mereka masih hidup.Oleh itu, Goku dan Bezita pun membebaskan mereka. Tindakan tersebut membuatkan Buu merasa kesakitan dan tertanya-tanya apa yang telah berlaku. Bentuk badan Buu juga beransur-ansur kembali kepada asal.Sementara itu, Goku masih mahu bercantum dengan Bezita kerana itu saja cara untuk mengalahkan Buu.Bezita tetap enggan kerana dia tidak mahu melakukan tarian cantuman.Tiba-tiba Bezita terlihat Buu asal (Buu Gemuk) turut berada didalam kepompong.Mereka berdua pun tertanya-tanya.Tiba-tiba, Buu muncul daripada lantai perutnya sendiri.

    Episod 507:Pertarungan Menentukan Nasib Dunia

    Bezita dan Goku berdiri memerhatikan kearah kepompong tersebut.Bezita memberitahu Goku yang daripada Dunia Akhirat, dia dapat melihat bagaimana Buu kurus telah menukarkan Buu Gemuk kepada cokelat dan memakannya.Oleh itu, Goku menjangkakan yang rakan-rakan mereka yang telah dimakan oleh Buu juga akan turut berada disekitar kawasan tersebut.Buu yang muncul dari lantai perutnya menafikannya dan dia mahu membelasah Goku dan Bezita seterusnya menyerap tenaga mereka.Apabila Goku menyalahkan Bezita kerana telah memusnahkan subang, Buu sedar yang mereka tidak boleh bercantum lagi dan dia bersa gembira dan muncul sepenuhnya.Bezita memarahi Goku kerana membuka rahsia tersebut.Oleh itu, Goku dan bezita meningkatkan tenaga masing-masing.Goku kemudiannya memberi amaran kepada Buu yang dia akan memusnahkan perut Buu jika Buu enggan berundur.Buu cuma ketawa dan Goku pun meletupkan perut Buu. Sementara itu, Danda sudah pun mendekati tempat pertarungan antara Buu dengan Goku dan Bezita dan mendarat ditempat berhampiran.Mereka memerhati kearah Buu dan terkejut apabila mendapati Buu cuma berdiri diam. Didalam badan Buu, letupan dari Goku tidak membawa sebarang kesan keatas Buu kerana badannya terlalu kecil, maka tenaganya juga kecil.Kemudian, Bezita memegang kepompong yang berisi Buu Gemuk .Bezita memikirkan yang jika Buu Gemuk dibebaskan, Buu mungkin akan kembali kepada Buu Kurus dan tenaga berlawan juga menurun.Buu panik dan menyuruh Bezita melepaskan kepomong tersebut sambil menyebut sesuatu yang aneh.Apabila Buu cuba mendekati Bezita, Bezita pun terus melepaskan Buu Gemuk.Buu secara tiba-tiba tenggelam kembali kedalam lantai perutnya sendiri. Diluar, Buu menjerit kesakitan.Tanpa berlengah lagi, Goku dan Bezita memegang Trunks,Goten, Gohan dan Pikor untuk dibawa keluar.Mereka pun melarikan diri melalui salah satu rongga badan Buu.Sebaik saja berjaya keluar dari badan Buu, saiz badan mereka kembali kepada normal. Buu pula terus menjerit kesakitan dan bentuk badannya mengembang seperti ikan buntal.Danda berasa gembira dan Bezita agak terkejut dengan perubahan pada Buu.

    ****************************************************************
    Disiapkan oleh;
    Azman Aziz
    mutiara_naga@mailcity.com
    Mechanical Engineering,UMKL
    
    Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
    hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
    dahulu ****************************************************************