Mutiara Naga Volume 43

  • Episod 508:Majinn Buu Yang Sebenar
  • Episod 509:Pertarungan Menentukan Nasib Dunia
  • Episod 510:Bezita dan Kakarot
  • Episod 511:Bezita Bertarung Sepenuh Tenaga
  • Episod 512:Super Saiya 3 Hilang
  • Episod 513:Pendapat Bezita
  • Episod 514:Mesej Untuk Penduduk Bumi Yang di Hidupkan Semula
  • Episod 515:Tenaga Tidak Mencukupi.
  • Episod 516:Kesimpulan
  • Episod 517:Semua Berakhir Dengan Sempurna
  • Episod 518:Belum Siap
  • Episod 519:Belum Siap
  • Episod 508:Majinn Buu Yang Sebenar

    Di planet Kaiou, Kaiou-Bit menjadi(semakin risau.Sementara itu,Buu terus mengalami perubahan.Akhirnya, Buu kembali stabil dengan bentuk badan lebih kecil.Goku dan Bezita gembira dan menjangkakan pertarungan yang lebih mudah. Bagaimanapun, Kaiou-Bit menyangkalnya dengan mengingatkan semula apa yang berlaku dalam pertarungan antara Buu dengan 5 orang Kaiou Shin.Dia cedera parah.Kaiou Shin Utara dan Barat telah dibunuh dan Kaiou Shin yang mempunyai tenaga terkuat iaitu Kaiou Shin Selatan pula telah diserap oleh Buu.Ini adalah kerana, Maha Kaiou Shin berpendapat, jika Kaiou Shin yang sangat baik hati diserap maka dia dapat mengawal hati Buu dari kejahatan.Hasilnya adalah Buu Gemuk.Tetapi, setelah Buu Gemuk dibebaskan, BUU SEBENAR pun muncul!! Buu terus menjerit-jerit kesakitan sehingga memekakkan telinga mereka.Dia kemudian, membuat satu bola tenaga dan dilontarkan kebumi untuk memusnahkannya tetapi bola tenaga tersebut disampingkan oleh bola tenaga Bezita.Bezita pun mencabar Buu tetapi Buu cuma tersenyum dan dia pun mencipta satu lagi bola tenaga yang jauh lebih besar dan ditujukan kearah mereka.Goku terkejut dan Moyang Kaiou Shin pun menyuruh Kaiou-Bit segera kebumi meyelamatkan mereka.Sementara itu, Goku cuma sempat menyambar tangan Danda dan Satan dan Bezita.Disebabkan kedua-dua belah tangannya sedang memegang sesuatu, maka dia tidak dapat melakukan pergerakan sejenak.Bagaimanapun, Kaiou Bit muncul dan membawa mereka ke planet Kaiou.Bola tenaga tersebut mengenai bumi dan memusnahkannya.Moyang Kaiou Shin gembira tetapi Goku kecewa kerana tidak dapat menolong Gohan dan lain-lain.Bezita pula menyalahkan Goku kerana dia tidak menyelamatkan mereka tetapi telah menyelamatkan Satan yang tidak berguna.Goku dan Danda cuma tertunduk.

    Episod 509:Pertarungan Menentukan Nasib Dunia

    Bumi telah dimusnahkan tetapi Satan tidak mempercayainya walaupun Danda telah memberitahunya siapakah kedua-dua Kaiou tersebut.Satan tidak tertarik dan merasakan yang dia sedang bermimpi.Oleh itu, dia naik diatas satu tebing dan melompat kebawah untuk terbang kembali kebumi bagi membalas dendam keatas kematian Videl dan penduduk bumi tetapi gagal.Bezita terus menyumpah-nyumpah kerana mereka telah menyelamat Satan.Bezita kemudiannya bertanya mengenai mutiara naga dan Moyang Kaiou Shin tertanya-tanya bagaimana penduduk bumi boleh mengetahui mengenai mutiara naga yang berasal dari planet Namek.Disebabkan mutiara naga bumi telah musnah, Danda pun teringatkan mutiara naga planet Namek.Goku membalas yang dia tidak dapat mengesan gelombang orang Namek kerana planet mereka terlalu jauh.Bagaimanapun, Kaiou Bit mendakwa yang dia boleh bergerak kemana-mana saja disekitar kawasan kawalannya termasuk planet Namek.Moyang Kaiou Shin membantah kerana orang Namek telah sekian lama memencilkan diri.Oleh itu, mereka tidak wajar diganggu.Bagi memujuk Moyang Kaiou Shin, Goku cuba merasuahnya dengan gambar bogel Bulma tetapi dibantah oleh Bezita yang kemudiannya meminta Goku menunjukkan gambar bogel Cici. Kemudian, Kaiou Bit memberitahu yang Buu telah bercantum semula.Oleh itu, dia menyerahkan subangnya kepada mereka berdua untuk bercantum tetapi subang tersebut dimusnahkan oleh Bezita kerana dia yakin dapat mengalahkan Buu secara berseorangan.Tiba-tiba Buu muncul didepan mereka dan Goku sedar yang Buu mendapat bakat pergerakan sejenak daripada Kaiou Shin yang diserapnya.Dalam keadaan panik,Moyang Kaiou Shin,Kaiou Bit dan Danda pun hilang ke tempat lain untuk menyelamatkan diri. Untuk memilih siapa yang bakal berlawan dahulu, mereka berdua pun menjalankan undian.Goku menang. Bezita pun menyuruh Goku menunjukkan Super Saiya 3 (SS3) kepadanya.Goku menambah yang jika dia bertukar kepada SS3, maka Bezita tidak berpeluang lagi untuk berlawan dengan Buu.Kemudian, mereka mendapati, Buu sedang tidur sambil berdiri didepan mereka.Goku terasa terhina dan bertukar kepada SS3.Buu terjaga dan menumbuk-numbuk dadanya seperti monyet. Sementara itu, melalui bola kristal,Kaiou Bit mendapati yang mereka telah tertinggal seseorang iatu Satan.

    Episod 510:Bezita dan Kakarot

    Pertarungan dimula.Buu melakukan serangan tetapi telah ditembak dengan gelombang Kamehameha Goku hingga hancur tetapi dia bercantum semula.Kemudian, Buu dihempas ke tanah oleh Goku.Bagaimanapun, Buu sempat berubah badan seperti layang-layang supaya dia tidak dihempas dengan kuat..Buu kemudiannya menendang kedalam tanah dan kakinya timbul semula ditempat Goku berdiri.Tendangan ini dilakukan berterusan tetapi Goku berjaya mengelaknya. Bezita berasa terhibur menyaksikan pertarungan tersebut dan dia mula sedar akan perbezaan diantaranya dengan Goku.Menurutnya, dia berlawan kerana dia suka membunuh dan demi maruah sebagai putera orang Saiya sebaliknya Goku berlawan kerana dia gemar berlawan walaupun sebenarnya dia adala seorang yang lemah lembut. Bezita pun terus memberi sokongan kepada Goku sambil menjerit "Nombor 1".Tiba-tiba, Buu menggigit tangan Goku, dan Goku membalas dengan menggigit kepala Buu.Buu melancarkan pula gelombang Kamehameha tetapi dibalas semula dengan Kamehameha Tulin dari Goku.Buu hancur sekali lagi tetapi kembali bercantum semula. Pada ketika Buu sedang bercantum semula, Bezita mendakwa yang Goku belum mampu mengalahkan Buu kerana kelemahan Goku adalah dia tidak mempunyai naluri membunuh sepertinya.Goku menyangkalnya dan mengatakan bahawa dia memerlukan 1 minit untuk mengumpul tenaga sepenuhnya dan menghancur luluhkan Buu.Oleh itu, Bezita pun keluar untuk mencabar Buu selama 1 minit.

    Episod 511:Bezita Bertarung Sepenuh Tenaga

    Goku menasihatkan Bezita supaya tidak terbunuh kerana jika dia terbunuh pada keadaan dia sudah pun mati, maka, jasad dan rohnya akan hilang dari Alam akhirat dan Bumi.Bezita yakin dia tidak akan terbunuh.Dia meningkatkan tenaga dan melancarkan bola tenaga kearah Buu tertalu-talu.Badan Buu terpotong dan dia secara tiba-tiba muncul dibelakang Bezita dan terus memukul Bezita hingga parah.Goku pula terus meningkatkan tenaganya dan dia juga tidak yakin yang Bezita mampu bertahan selama 1 minit. Tiba-tiba, Satan muncul dengan hasrat untuk megambil kesempatan dari mimpinya tersebut dan dia mencabar Buu.Buu melepaskan Bezita dan pergi kearah Satan.Satan terus tunduk meminta maaf kepada Buu tetapi, tiba-tiba Buu menjerit kesakitan sambil memegang kepalanya.Goku tertanya-tanya apa yang telah berlaku dan Satan pula berdiri semula dan mula bercakap besar.

    Episod 512:Super Saiya 3 Hilang

    Buu kesakitan dan Satan pula mendakwa yang dialah yang telah meyakitkan Buu.Goku terus tertanya-tanya bagaimana penampilan Satan boleh memberi kesan kepada Buu.Bezita sudah semakin lesu dan bertanyakan samada Goku sudah bersedia.Goku juga kurang pasti kerana dia telah cuba mengeluarkan semua tenaganya tetapi masih belum kepenghabisan.Tiba-tiba, Buu meludah keluar Buu Gemuk.Mereka semua merasa terkejut. Buu kemudiannya menghampiri Satan dan menumbuk mukanya hingga bergolek-golek.Satan pun melarikan diri dan dari jauh, dia telah mencabar Buu sekali lagi.Buu naik marah dan mahu membunuh Satan tetapi secara tidak disangka-sangka, Buu Gemuk tampil menghalang Buu.Oleh itu, mereka pun bertarung. Sementara itu, Bezita tertanya-tanya mengapa Goku mengambil masa terlalu lama.Goku juga tidak tahu mengapa.Tiba-tiba, seluruh tenaganya hilang dan Goku kembali kepada Super Saiya 1.Mereka yang menyaksikan pertarungan itu dari bola kristal dan Bezita merasa sangat terkejut.Goku menarik nafas dan seakan-akan tidak percaya dengan perubahan yang telah berlaku. Pertarungan antara Buu dan Buu Gemuk semakin rancak tetapi Buu ternyata lebih hebat dari Buu Gemuk. Sungguhpun begitu, Bezita tetap tersenyum kerana dia berpeluang bertarung dengan Buu sekali lagi.

    Episod 513:Pendapat Bezita

    Bezita memarahi Goku dengan tindakan sia-sianya tadi.Goku terpinga-pinga.Sementara itu, kedua-dua Buu masih bertarung hebat.Kemudiannya, Bezita menjerit kepada Kaiou Shin dan Danda supaya pergi ke planet Nameck dan membuat permintaan dari Dewa Naga Nameck (Porunga) dengan segera.Moyang Kaiou Shin masih gusar tetapi Danda meminta supaya mereka bertindak secepat mungkin. Tanpa berlengah masa, Kaiou Bit membawa mereka ke planet Namek.Diplanet Nameck, Danda dan rakan-rakan terkejut apabila mendapati orang Nameck sedang menunggu kedatangan mereka dengan 7 biji mutiara naga.Danda berterima kasih dan bertanya kepada Bezita, apakah permintaan yang mahu dilakukannya.Bezita memberitahu yang dia mempunyai 2 permintaan sahaja.Pertama, kembalikan planet Bumi dan Kedua, hidupkan semula semua penduduk bumi yang dibunuh selepas Pertandingan Kungfu Antarabangsa kecuali yang jahat.Danda kurang bersetuju dengan permintaan tersebut tetapi Goku menyuruh Danda mengikut kemahuan Bezita.Danda pun akur dan bertanyakan mengenai permintaan ke-3 tetapi Bezita tidak mempedulikannya.Danda kemudiannya menambah yang permintaan ke-2 tidak dapat dilaksanakan kerana Porunga cuma boleh menghidupkan seorang sahaja bagi setiap permintaan.Goku dan Bezita kecewa tetapi Yang diPertua Nameck muncul dan menyangkal kata-kata Danda.Menurutnya, Porunga sudah pun diubahsuai dan boleh menunaikan permintaan tersebut. Oleh itu, Porunga pun dipanggil keluar.Danda membuat permintaan pertama dan Bumi pun wujud semula.

    Episod 514:Mesej Untuk Penduduk Bumi Yang di Hidupkan Semula

    Setelah menunaikan permintaan pertama, Porunga bertanyakan mengenai permintaan ke-2.Danda berfikir sejenak dan meminta supaya semua penduduk bumi yang dibunuh sejak munculnya Babidy dibumi dihidupkan semula kecuali yang jahat.Porunga pun menunaikan permintaan tersebut tetapi mengambil masa yang agak lama sedikit. SEmentara itu, kedua-dua Buu masih bertarung.Buu mencabut tangan sendiri dan dilemparkan kearah Buu Gemuk.Tangan tersebut kemudiannya memukul Buu Gemuk bertubi-tubi.Bezita pula bertanyakan kepada Danda samada permintaan ke-2 telah ditunaikan.Moyang Kaiou Shin menjawab yang Porunga sedang berusaha sambil memarahi Bezita yang tidak sabar-sabar.Seketika kemudian,permintaan ke-2 tertunai.Penduduk bumi yang dibunuh Buu hidup semula termasuk juga Moyang Kaiou Shin dan Bezita. Goku terkejut apabila mendapati gelung dikepala Bezita hilang.Ini bermakna, Bezita juga turut mempunyai hati yang baik.Goku kemudiannya merasakan yang dia faham dengan rancangan Bezita iaitu mengumpulkan semua jaguh-jaguh dibumi yang telah dibunuh untuk bersama-sama menentang Buu.Bagaimanapun, Bezita mempunyai rancangan lain.Dia bertanya kepada Kaiou Bit samada ia boleh bercakap melalui telepati seperti Babidy.Kaiou Bit menjawab 'tidak' tetapi ada seorang yang melakukannya iaitu Mahadewa Kaiou.Goku pun meminta bantuan Mahadewa Kaiou dan dia bersetuju.(lagipun Goku mahu menggunakan teknik ajarannya). Kemudian, Bezita bercakap dengan penduduk bumi dan meminta mereka supaya menolong dia dan rakan-rakan mengalahkan Buu yang lebih kuat dari Cell dengan cara mengangkat tangan ke langit.Dia kemudiannya menyuruh Goku supaya mula membentuk Bola Jiwa(Genki Dama) dengan menyerap tenaga penduduk bumi.Goku pun mula mengumpulkan jiwa tetapi malangnya tidak ramai penduduk bumi yang mengangkat tangan kerana masih ragu-ragu.Sungguhpun begitu, Bola Jiwa mula terkumpul dan semakin membesar. Bezita kemudiannya menyuruh Satan turut mengangkat tangan tetapi Satan enggan kerana dia masih menganggap yang dia sedang bermimpi. Bezita terus menyumpah-nyumpah Satan

    Episod 515:Tenaga Tidak Mencukupi.

    Goku menjerit memberitahu yang jumlah tenaga masih belum mencukupi.Oleh itu, Bezita terus menggesa semua penduduk bumi mengangkat tangan.Bagaimanapun, apabila mereka mengangkat tangan, tenaga mereka telah disedut keluar dan membentuk satu bulatan tenaga yang berterbangan.Ini menyebabkan mereka ketakutan kerana merasakan yang semua ini hanyalah perangkap Babidy. Sementara itu, Buu Gemuk telah tertewas dan tidak sedarkan diri.Buu bersedia untuk memusnahkan Buu Gemuk tetapi tiba-tiba Satan keluar dan melontarkan seketul batu kekepala Buu.Buu memandang kearahnya dan ternampak Bola Jiwa yang sangat besar.Tanpa berlengah lagi, Buu cuba menyerang Goku tetapi dihalang oleh Bezita yang berharap dia dapat melengah-lengahkan masa dan memberi peluang kepada Goku untuk terus meyakinkan orang ramai.Kali ini, Goku pula menjerit meminta penduduk bumi mengangkat tangan.Beberapa orang yang masih mengingati Goku sepanjang pengembaraan sebelum ini seperti Wuba, Bora, Cyborg no-8 dll. mula mengangkat tangan mereka tetapi orang lain masih lagi ragu-ragu. Bezita terus dipukul teruk dan Goku memberitahu yang tenaga terkumpul masih belum mencukupi.Satan yang berada berdekatan kemudiannya menukar fikiran kerana dia baru sedar yang dia turut mendengar suara penduduk bumi.Oleh itu, Satan pun menyuruh semua penduduk bumi mengangkat tangan untuk menolongnya mengalahkan Buu.Apabila terdengar suara Satan, orang ramai tidak ragu-ragu lagi dan terus mengangkat tangan sambil menjerit nama 'Satan'.Goku merasa terkejut dan Satan mengatakan yang tiada pilihan lain lagi. Tindakan Satan ini telah menyebabkan semakin banyak tenaga dapat dikumpulkan.Dari angkasa, kelihatan kepulan-kepulan tenaga muncul dari bumi. Sementara itu, Bezita terus dipukul teruk dan ini merisaukan Goku dan Satan.Seketika kemudian, Goku dapat merasai yang tenaga untuk Bola Jiwa telah mencukupi.Satan merasa kagum menyaksikan Bola Jiwa yang begitu besar dan Goku pun bersedia untuk melemparkannya kearah Buu.

    Episod 516:Kesimpulan

    Goku bersedia untuk melontarkan Bola Jiwa dan menyuruh Bezita supaya berundur.Bagaimanapun Bezita sudah tidak bermaya dan menyuruh Goku supaya tidak menghiraukannya.Buu kemudiannya menjerit dan melontarkan bola tenaga kepada Goku.Goku menghilangkan diri dan muncul semula setelah bola tenaga tersebut melepasinya.Kemudian, Goku melihat kembali ke tanah dan mendapati Satan sedang lari menyelamatkan diri sambil membawa bersamanya Bezita.Goku merasakan gembira dan terus melontarkan Bola Jiwa kepada Buu.Buu menahannya dan mereka berdua pun saling tolak menolak Bola Jiwa tersebut.Bagaimanapun setelah beberapa ketika, Goku mengatakan yang dia sudah hampir kehabisan tenaga.Oleh itu, Danda meminta supaya Kaiou Bit membawanya kepada Goku untuk memulihkan kembali tenaganya tetapi tidak dihiraukan oleh Kaiou Bit.Pada saat itu, tiba-tiba Porunga bertanyakan samada ada sesiapa mahu membuat permintaan ke-3 dan jika tidak, dia mahu pergi.Danda kemudiannya mengambil peluang itu untuk meminta supaya Porunga dapat mengembalikan tenaga Goku.Porunga pun menunaikan permintaan tersebut dan terus hilang. Diplanet Kaiou Shin, Goku sudah hampir putus asa tetapi secara tiba-tiba dia kembali ke tahap Super Saiya.Goku pun berterima kasih kepada Dewa Naga dan berharap Buu dapat dihidupkan semula sebagai seorang yang baik supaya dia dapat berlawna dengannya sekali lagi.Kemudian, sambil mengangkat tabik, Goku mengucapkan 'Jumpa Lagi' kepada Buu dan terus menekan Bola Jiwa keatas Buu.Bola Jiwa pun menelan Buu dan memusnahkannya sama sekali hingga hancur luluh. Setelah mengalahkan Buu, Goku terduduk kepenatan sambil tersenyum dan menunjukkan isyarat 'bagus' dengan jari kepada Bezita.

    Episod 517:Semua Berakhir Dengan Sempurna

    Kesan-kesan Majinn Buu telah habis dimusnahkan dan ini bermakna Buu lenyap buat selama-lamanya.Orang-orang Nameck dan Kaion Shin merayakan kemenangan itu.Gohan dan Pikor juga sedar yang gelombang Buu sudah lenyap.Satan bertanya kepada Goku samada mereka telah menang dan Goku mengiakannya.Oleh itu, Satan pun menjerit kepada penduduk bumi bahawa dia, Juara Dunia Satan telah berjaya memusnahkan Buu.Orang ramai mempercayainya dan bergembira tetapi Videl merasa agak malu dengan pengakuan ayahnya tersebut walaupun Gohan,Trunks,Bulma,Goten dll turut merayakan kejayaan tersebut. Sementara itu,Kaiou Bit pun kembali ke planet Kaiou Shin bersama-sama Danda dan Moyang Kaiou Shin.Sampai disana, Danda berlari kepada Goku untuk menyembuhkannya tetapi Goku menyuruh Danda memulihkan Bezita terlebih dahulu. Kemudian, mereka teringat semula kepada Buu Gemuk yang masih tidak sedar diri.Satan meminta Danda memulihkannya kembali tetapi Bezita mahu memusnahkannya.Satan berpendapat yang Buu Gemuk bukanlah makhluk yang jahat.Bagaimanapun, Bezita pula berpendapat yang selagi Buu Gemuk masih hidup, kemungkinan untuk Buu Sebenar muncul kembali tetap ada.Mereka pun bertekak (Bezita mengugut mahu membunuh kedua-dua sekali, Buu dan Satan) sehinggalah Goku meminta Danda menyembuhkan kembali Buu Gemuk kerana tanpa bantuannya, Buu tidak mungkin dapat dikalahkan. Tetapi, Kaiou Bit mengingatkan mereka yang penduduk bumi masih mengingati akan Buu yang bertindak kejam keatas mereka sebelum ini.Goku menjawab yang mereka cuma perlu menyorok kan Buu selama 6 bulan dan kemudian meminta dari Dewa Naga supaya menghilangkan akan segala memori kekejaman Buu sebelum ini dari pemikiran penduduk bumi. Bezita terdiam dan Satan merasa sangat gembira. Selepas itu, Kaiou Bit menghantar semula mereka semua ke Istana Dewa.Mereka pun disambut dengan penuh kegembiraan.Bagaimanapun, tiba-tiba Videl ketakutan apabila melihat Satan kerana terdapat Buu dibelakangnya.Goku menenangkan mereka semua dan Buu tersenyum sambil membuat wajah-wajah lucu.Videl juga turut gembira melihat Gohan dan Wuron pula bersembunyi dibelakang Bezita kerana takut kepada Buu. Akhirnya, 6 bulan kemudian, penduduk bumi melupakan tentang kekejaman Buu tetapi masih mengingati akan jasa Satan yang dikatakan telah melakukan sesuatu yang hebat untuk menyelamatkan bumi.

    ================Tamat Kisah Majinn Buu==============

    10 tahun kemudian.... Trunks yang sudah remaja sedang memandu kenderaan terbang.Tiba-tiba dia dapat merasai sesuatu yang aneh dan terus melompat keluar dari kenderaannya, menukarkannya kepada kapsul dan terus terbang ke rumah Goku. Dirumah Goku, dia berjumpa dengan Gohan yang sedang membaca buku dan bertanyakan mengenai Goten.Gohan memberitahunya yang Goten berada bersama-sama Goku, Bezita dan Bulma di bukit berhampiran.Trunks terkejut kerana keluarganya turut berada disitu...

    Sambungan....lagi 2 Episod akan di siarkan secara komik mutiara naga yang di scan atas permintaan ramai!!
    ****************************************************************
    Disiapkan oleh;
    Azman Aziz
    mutiara_naga@mailcity.com
    Mechanical Engineering,UMKL
    
    Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
    hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
    dahulu ****************************************************************