Pergolakan Politik di UMNO Cawangan Taman Sri Tunas, Bahagian Bayan Baru.

Mesyuarat Agung kali ketiga UMNO Cawangan Taman Sri Tunas dijalankan pada jam 8.30 malam, 7hb Julai 2004 di Balai Raya Sg. Nipah, Batu Maung di bawah seliaan penaja Bahagian Bayan Baru.

Nyata sekali pihak penaja Bahagian ingkar dengan ketetapan ibu pejabat UMNO untuk menggunakan senarai ahli seramai 198 orang. Pihak urus setia Bahagian masih menggunakan senarai ahli seramai 175 orang dalam mengendalikan mesyuarat Agung UMNO Cawangan Taman Sri Tunas. Jika demikian, mesyuarat kali ketiga tidak boleh dianggap sah kerana kekurangan kuorum.

Tapi mereka boleh buat apa yang mereka berkehendak kerana mereka memegang pengurusan Bahagian. Dan mereka mereka yang terpilih pada malam mesyuarat Agung ini sedarlah diri sikit kerana kemenangan mereka ini berdasarkan penipuan dan kekecohan.