Ucapan Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru mengandungi fitnah.

Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru Datuk Zain Omar semasa menyampaikan ucapan perasmian persidangan mesyuarat Agung Bahagian Bayan Baru yang dilangsungkan pada 11hb Juali 2004 di Pearl Island Resort telah menyentuh tentang keputusannya melantik En Zainal Abidin bin Yusof kerana kononya Tn Hj Md Said Aziz tidak ada di Malaysia dan berada di luar negara. Jadi macam mana Tn Hj Md Said Aziz hendak mengendalikan cawangan jika beliau tidak ada di Pulau Pinang.

Ini adalah satu kenyataan yang salah dan berunsur fitnah kerana En Zainal Abidin bin Yusof telah dilantik oleh beliau sebelum persempadanan semula diumumkan. Dan Tn Hj Md Said Aziz hanya ke luar negara pada bulan Mac 2004. Sidang perwakilan yang tidak mengetahui apa apa telah mempercayai kata kata beliau. Oleh kerana Tn Hj Md Said Aziz tidak berpeluang untuk membela diri di dalam persidangan ini, maka Datuk Zain terlepaslah dengan kata kata fitnah ini.

Ketua Bahagian inilah yang mempunyai salah satu daripada sifat munafik (apabila ia bercakap, ia berbohong) telah dilantik oleh ahli ahli UMNO Bahagian Bayan Baru dan khususnya Cawangan Taman Sri Tunas.

Sememangnya pada akhir zaman, seorang yang zalim akan diangkat sebagai ketua. Ini kita boleh nampak di mana mana pun, dan Bahagian Bayan Baru tidak terkecuali. Seorang zalim dan kuncu kuncunya yang syaitan pun boleh bagi tabik hormat yang menindas hak hak ahli UMNO yang lain telah dilantik oleh para perwakilan. Marilah kita sama sama saksikan kehancuran dan keruntuhan nasib orang orang Melayu di Bahagian Bayan Baru. Marilah kita saksikan betapa hebatnya perjuangan pasukan Datuk Zain memperjuangkan nasib orang orang Melayu Bayan Baru ataupun sibuk menindas orang lain demi wang dan jawatan. Berbahagialah dan berseronoklah selagi masih boleh dan berpolitiklah ketika Mungkar dan Nangkir hadir pada suatu hari nanti.