Nama, Alamat, Kursus Pesanan
Rospawarna Binti Rabbu
JABATAN PENDAFTARAN NEGARA
(OF: 03-79683384 ) / rose@jpn.gov.my 
 

Systems Analyst (A)
12 APRIL – 29 JULAI 2001
 
 
 
 

Rospa & Roszita
sila klik pada imej untuk saiz sebenar

 
Alhamdullillah, itulah lafaz saya pada pagi ini Jumaat 27/7/2001. Bersyukur dengan izinNYA jua saya, mak dan ayah, suami dan anak-anak, saudara-mara semuanya sihat. \Di Okinawa ini banyak yang dipelajari selain dari menimba ilmu bagi meningkatkan kerjaya, cabaran hidup  bersendirian, berat dugaannya buat saya. 

Kalau di Malaysia, saya mewah segalgvbanya, ada mak dan ayah, ada suami dan anak-anak , ada saudara mara, ada sahabat handai dan di Malaysia jua, saya mewah makanan, senang kesana kemari tapi disini segalanya terhad, memerlukan kesabaran dan  keyakinan diri yang tinggi. Baik dan buruknya perlakuan dan tuturkata semuanya sendirilah yang akan menentukan. Cuma ingatlah pada setiap manusia itu ada mata yang melihat, ada telinga yang mendengar dan ada tangan yang menulis, semuanya akan bersaksikan  atas apa yang kita lakukan di  dunia ini. 

Pada teman seperjuangan, Roszita, terima kasih banyak kerana sedia bersama suka dan duka, pada kak lela terima kasih yang tidak terhingga dan budi baik ALLAH jua lah yang membalasnya. Pada  rakan yang masih ada di OIC dan yang akan datang ke OIC, teruskanlah perjuangan dan bersabarlah, nanti sampai masanya balik juga…. 

Sayonara, 


 
home  index nama index tahun