SERUPA TAPI TAK SAMA
Kebanyakan perkataan Bahasa Banjar adalah serupa dengan Bahsaa Melayu hanya berbeza dari segi sebutan. Lazimnya e diganti dengan a, o dengan u sementara awalan ter, ber, men, meng diganti dengan ta, ba dan ma. Namun begitu terdapat juga yang serupa tetapi maknanya jauh berbeza. Silalah baca petikan dibawah.
Kalau ada perayaan jangan susah-susah kerana kalau dah parayaan tak payahlah nak buat apa-apa, tetapi kalau ada keramaian pastilah ramai juga yang merasa keramian. Kalau ada duit ditukarkan kuantan di Kuantan tapi tak boleh ditukar awan awan.
Kalau bertanam pokok buah jangan diputik buah yang masih putik, tentu ia tak akan menjadi buah bujur. Kalau buah dah masak bolehlah dibuat dalam tempayan bujur yang dibuat daripada tembikar supaya tidak katampayan dan dikotori habuk yang habuk. Kalau bertanam ubi pula biarlah jarang-jarang supaya ubinya yang terbenam dalam tanah boleh membesar. Bila dicabut nanti bolehlah dibanam atau dijarang oleh mamak sampai mamak untuk dimakan rahat rehat. Atau boleh juga digoreng untuk dimakan sebelum guring.
Kalau kita ingin maju dan bersaing dengan orang lain, kita mestilah saing berkerja, bahimat dan berhemat. Jangan dilawan lawan orang atasan. Kepada orang perempuan saya ingin berpesan, janganlah lekas patuh kepada orang yang tak patuh atau bagaya dengan orang yang bergaya kaya kaya dan kelihatan kacak, kalau tersilap-silap nanti kena kacak. Apabila julung-julung kali berjumpa, jangan sebarang umpat dan sebarang julung , eloklah ditegah sebelum dibawa ke tagah, nanti kita akan diumpat orang. Sendirilah yang menanggung supan kerana tak sopan, terimalah padahnya kerana sudah dipadahkan. Ampun diri yang salah, tak ada siapa yang harus diminta ampun.