ASRAMA
1.    Pemilihan Pelajar

        i.     Penempatan asrama adalah terhad.
        ii.    Keutamaan diberi kepada pemohon yang tinggal jauh dari sekolah atau pemohon yang
               menghadapi kesukaran pengangkutan ke sekolah.
        iii.  Pemohon diingatkan memilih sekolah yang terdekat dengan rumah.
        iv.   Sengaja memilih sekolah yang jauh bukan faktor untuk mendapat penempatan di asrama.
 
 
2.    Yuran Asrama di Sekolah Menengah Teknik Kajang.

        i.    Pendaftaran ( Pelajar Tingkatan 4 )                             RM 10.00
        ii.   Pengangkutan ( Lelaki Islam )                                      RM 30.00 setahun
        iii.  Makan                                                                                RM    1.00 setiap hari tinggal di asrama

        Yuran pendaftaran, pengangkutan dan makan bulan pertama hendaklah dijelaskan kepada
        penyelia asrama secara TUNAI atau WANGPOS/KIRIMAN WANG atas nama
        PENGETUA SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KAJANG semasa pendaftaran.

        Yuran  makan untuk bulan-bulan berikutnya  hendaklah dijelaskan kepada Penyelia Asrama
        secara TUNAI sebelum 10 haribulan setiap bulan sebagai bayaran makan bulan sebelumnya
        mengikut nilai bilangan hari, tinggal di asrama yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
 

3.    Keperluan asrama yang perlu bawa oleh pemohon yang berjaya.
 
Bil.
Kuantiti 
Spesifikasi keperluan
1.
2   pasang Pakaian seragam sekolah (baju putih lenganpendek, seluar panjang hijau kehitaman, kasut kanvas putih dan sarung kaki putih tanpa belang )
2.
1   pasang Pakaian sembahyang Jumaat ( Baju Melayu putih dan songkok hitam. Songkok lipat atau kopiah putih tidak dibenarkan )
3.
2   helai Baju Melayu untuk sembahyang berjemaah (sebarang warna) /telekong 
4.
1   pasang Kasut sukan, seluar track/pakaian sukan yang bersesuaian (Kemeja T berlengan panjang untuk pelajar perempuan)
5.
1   naskah Al Quran ( pelajar muslim sahaja )
6.
1   helai Sejadah
7.
1   helai Selimut
8.
2   helai Cadar Putih
9.
2   helai Sarung Bantal putih
10.
2   helai Tuala Mandi
11.
2   helai Kain Pelikat/kain batik
12.
1   pasang Seluar Panjang dan Kemeja 
( Jeans dan kemeja-T tanpa kolar atau yang bergambar tidak  
dibenarkan )
13.
4   keping Gambar ukuran pasport
14.
1   pasang Kasut kanvas hitam ( dipakai semasa balik ke kampung atau keluar  ke bandar )
15.
1  helai/pasang Kemeja batik/baju kurung batik ( mesti di beli dari Koperasi Sekolah sebagai uniform asrama )
16.
mengikut kesesuaian Keperluan diri seperti sabun mandi, baldi, ubat gigi dan lain-lain keperluan asas yang boleh dibeli dari kedai koperasi sekolah 

 

4.    Peringatan PENTING untuk makluman penjaga

        i.        Ibu bapa/penjaga diminta menandatangani Kad Balik Kampung pada setiap kali pelajar pulang
                  ke rumah . Kerjasama ibu bapa/penjaga dalam perkara ini amat diperlukan bagi memastikan
                  pelajar balik ke rumah masing-masing. Pastikan pelajar keluar rumah labih awal semasa
                  balik ke asrama supaya dapat sampai ke asrama sebelum jam 6.00 petang.

        ii.      Ibu bapa/ penjaga tidak dibenarkan memasuki kawasan blok-blok asrama

        iii.     Waktu melawat :
                                Sabtu                                    :        2.00  -  6.00  petang
                                Ahad/cuti umum                 :        9.00  -  6.00  petang

        iv.     Pelajar hanya dibenarkan menyimpan wang ditangan sebanyak RM 20.00 sahaja.
 

5.    Jadual Harian Asrama
 
 
                                    Hari 
Masa
Isnin  hingga  Ahad
( *masa aktiviti hari Jumaat sahaja /
** masa aktiviti hari Sabtu & Ahad sahaja)
5.15 - 6.30
Solat Subuh berjemaah di Surau
6.30 - 7.15
Sarapan pagi di Dewan Makan
7.15 - 2.30
*7.15 - 12.15
*12.30 - 2.00
**9.00 - 10.30
Aktiviti sekolah  ( asrama dikosongkan ) 

Solat Jumaat 
Prep

**1.15 - 2.00
2.30 - 3.15
Makan tengahari
3.30 - 4.30
Prep / Menyiapkan kerja sekolah
4.30 - 5.00
Solat Asar berjemaah di Surau
5.00 - 6.30
Aktiviti Ko-kurikulum / pemeriksaan bilik pelajar ( asrama dikosongkan )
6.30 - 7.00
Makan Malam
7.00 - 8.20
Solat Maghrib berjemaah / bacaan /surah Yasin / Fardhu Ain / Ceramah Agama
8.20 - 9.00
Solat Isyak berjemaah di surau
9.00 - 11.00
Prep ( bilik dikosongkan )
11.00
Minum malan di Dewan Makan
11.30
'Roll Call' Lampu dipadamkan dan tidur
 

DISIPLIN DAN TATATERTIB TINGGAL DI ASRAMA.

Setiap penghuni mestilah sentiasa berkelakuan baik sama ada di dalam atau di luar asrama . Tindakan akan diambil terhadap penghuni yang terbukti melakukan perkara-perkara berikut dan boleh digantung atau dibuang asrama.

a.    mengedar, menghisap atau memilik rokok.
b.    berjudi dalam apa bentuk sekalipun.
c.    mencuri.
d.    menyimpan senjata yang merbahaya.
e.    menyimpan gambar-gambar/pita video lucah.
f.    mengancam, mengugut, memukul pelajar/guru/kakitangan sekolah atau asrama.
g.   makan dan minum minuman yang mamabukkan.
h.   melanggar peraturan sekolah atau asrama.
i.    melangagar batas-batas agama dan kesusilaan di dalam pergaulan antara lelaki dan
      perempuan.
j.    melawan guru atau kakitangan sekolah/asrama.
k.  tidak membayar yuran asrama pada masa yamg ditetapkan tanpa sebarang sebab
      yang munasabah.
l.    keluar/balik ke kampung tanpa sebarang kebenaran bertulis dari guru asrama.
m.  balik lambat ke asrama tanpa sebab-sebab munasabah.
n.   tidak memakai pakaian seragan sekolah/asrama ketika pulang ke kampung
      atau keluar ke bandar / hospital
o.   "ragging" adalah diharamkan sama sekali dan pelakuan ini boleh menjadi
       sebab pelajar disingkir dari asrama.
 

PAKAIAN.

a.    Pakaian semasa berada di dalam kawasan asrama.

        Pelajar hendaklah sentiasa mamakai pakaian yang kemas, sopan, menutup aurat
        dan tidak menjolok amta.

b.    Pakaian di Dewan Makan.

        Berpakaian sekolah, berbaju melayu yang lengkap, baju kemeja-T berkolar,
        baju kurung lengkap(perempuan), seluar panjang dan berkasut/capal.
        Selipar Jepun tidak dibenarkan.

c.    Pakaian Sukan.

       "Track Suit","track bottom", seluar panjang, kemeja-T dan kasut sukan.

d.    Pakaian keluar bandar/balik kampung/hospital.

        Berpakaian kemas dengan pakai seragam sekolah/asrama(baju batik).

e.    Pakaian di surau.

        Baju melayu lengkap dan bersongkok hitam.

f.    Pakaian di bilik bacaan.

        Sebarang pakaian yang sesuai mengikut peraturan sekolah dan asrama.
 

KEBERSIHAN DAN KESIHATAN.

Kebersihan dan kesihatan diri hendaklah dijaga. Sebarang penyakit dan kemalanagn hendaklah dilapor segera kepada Guru Asrama. Bilik asrama dan kawasan asrama mestilah dijaga supaya sentiasa bersih dan teratur.  Pemeriksaan kebersihan secara mengejut boleh dilakukan oleh Guru Asrama pada bila-bila masa.

a.    sebarang makanan dari Dewan Makan tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik.
b.    pakaian dan alat harian seperti tuala, sarung bantal dan cadar hendaklah sentiasa
       kemas dan bersih. Selimut mesti dilipat di bahagian hujung tilam sebelah hadapan
       katil apabila tidak digunakan.
c.    Pakaian tidak boleh digantung di tepi katil, tingkap atau di merata tempat. Pakaian
       yang basah dan kotor tidak boleh di simpan dalam bilik (sidai di ampaian khas yang
       disediakan). Pakaian di dalam almari hendaklah didudun rapi.
d.    Kasut hendaklah disusun dengan kemas di tempat kasut. Tidak dibenarkan
       mamakai selipar/kasut di dalam bilik.
e.    Setiap pelajar dibekalakan dengan tilam dan bantal yang bercop HAK KERAJAAN.
       Sebarang kerosakan/kehilangan akan dituntut gantirugi. Nama pelajar, tingkatan
       dan kursus hendaklah dilabelkan di bahagian bawah tilam.
f.    Pelajar tidak dibenarkan berkumpul di atas katil, masuk ke bilik lain atau tidur
      di atas katil pelajar yang lain.
g.    Penghuni asrama tidak dibenarkan membawa pelajar/orang lain masuk ke dalam
       kawasan asrama.
h.    Sampah-sarap hendaklah di baung ke dalam tong sampah. Sawang hendaklah
       selalu disapu.
i.    Gotong-royong membersihkan kawasan asrama adalah wajib kepada semua
       penghuni asrama.
j.    Pakaian tidak dibenarkan diremdam dalam sinki/kolah membasuh pakaian.
k.   Pelajar dilarang memijak sinki di dalam bilik air.
 

PERATURAN DI DEWAN MAKAN

a.    Berbaris ktika mengambil makanan. Jangan memotong barisan/pentingkan diri
       sendiri.
b.    Menghormati adab makan.
c.    Membaca doa sebelum amakan.
d.    Tidak membaut bising.
e.    Membawa sudu, garpu, bekas air (tumbler)/cawan sendiri. Tidak dibenarkan
       meminjam hak pelajar lain.
 f.   Dilarang membuang sisa makanan di atas meja makan. Buang di dalam tong yang
      disediakan.
g.    Tray yang telah digunakan hendaklah dihantar ke tempat yang disediakan.
h.    Pelajaqr dilarang masuk ke dalam Dewan Makan kecuali pada waktu makan atau
       minum yang dijadualkan.
i.    Penghuni asrama tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan dapur Dewan Makan.
 

PERATURAN MENGGUNAKAN BILIK REHAT, SURAU DAN BILIK BACAAN.

a.    Segala kelengkapan seperti meja, kerusi, kusyen dan lain-lain mestilah sentiasa
       dijaga, bersih dan teratur.
b.    Dilarang membawa makanan dan minuman.
c.    Surat khabar, majalah dan lain-lain bahan bacaan hendaklah disusun rapi dan
       tidak boleh dibawa keluar/dikoyak.
d.    Sejadah, Kitab dan al-Quran di dalam surau hendaklah disusun rapi selepas
       digunakan.
 

PERTURAN BALIK KAMPUNG DAN KELUAR BANDAR.

a.    Penghuni asrama hanya dibenarkan balik kampung/keluar bandar mengikut tarikh
       yang telah dijadualkan.
b.    Pelajar mesti menggunakan kad keluar /masuk asrama  apabila hendak balik
       kampung/keluar bandar. Kad ini mestilah ditandatangani oleh Guru Asrama.
       (Ibu bapa/penjaga perlu mamklumkan kepada guru asrama jika anak balik kampung
       tanpa kad yang ditandatangani)
c.    Pelajar hanya dibenarkan balik ke kampung selepas waktu sembahyang Jumaat
       dan balik semula ke asrama selewat-lewatnya jam 6.00 petang pada hari Ahad.
d.    Pelajar mesti mengisi buku keluar masuk asrama di pejabat asrama atau di pondok
       jaga.
e.    Jika ada kecemasan ibubapa/penjaga boleh mengambil pelajar dengan mendapat
       kebenaran bertulis daripada Pengetua/Ketua Guru Asrama.
f.    Jika penghuni tidak dapat balik ke asrama pada watu yang ditetapkan,
       ibubapa/penjaga perlu mamklumkan kepaga guru asrama dengan segera.
 

CATATAN    :    SEBARANG KESALAHAN BERAT DI SEKOLAH ADALAH JUGA KESALAHAN BERAT DI ASRAMA.
 

[ kembali ]