DISIPLIN
Undang-undang dan Peraturan-peraturan sekolah.

1. Kehadiran sekolah

1.1 Waktu persekolahan

Isnin - Khamis : 7.30 pagi - 2.30 petang
Jumaat : 7.30 pagi - 12.15 tengahari

1.2 Kehadiran k esekolah adalah wajib
1.3 Pelajar dikehendaki sampai ke sekolah selewat-lewatnya 5 minit sebelum
waktu persekolahan atau kegiatan ko-kurikulum dimulakan
1.4 Pelajar yang datang lewat tanpa sebarang sebab akan dikenakan tindakan.
1.5 Kehadiran akan diambil pada waktu pertama pembelajaran.
1.6 Pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah/ko-kurikulum kerana sebab-sebab
tertentu hendaklah memberitahu pihak sekolah melalui surat ibu bapa/penjaga
atau surat Akuan Doktor (jika sebab berkaitan kesihatan).
1.7 Pelajar yang tidak dapt mengikuti kegiatan sukan hendaklah
membuktikannya dengan Surat Akuan Doktor atau surat ibu bapa/penjaga.
1.8 Kelas Tambahan / Gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan
biasa dan wajib dihadiri.
1.9 Pelajar tidak dibenarkan keluar daripada kawasan sekolah dalam waktu
persekolahan. Pelajar yang perlu berurusan di luar dalam waktu persekolahan
hendaklah memaklumkan dan mendapat kebenaran daripada Pengetua /
Penolong Kanan HEM / Guru Bertugas.
1.10 Pelajar yang perlukan rawatan hospital hendaklah mendapatkan kebenaran
dariapada Pengetua / PK HEM / Guru Bertugas dengan mengisi Borang
Rawatan. Borang ini boleh diperolehi daripada Guru Disiplin dan mesti
ditandatangani oleh Guru Bertugas dan PK HEM/Pengetua.

Pelajar dikehendaki mengisi Buku Keluar/Masuk Pelajar di pejabat sebelum
8.00 pagi. Van sekolah akan menghantar pelajar berkenaan ke hospital
dan menjemput semula selepas selesai rawatan.

Pelajar berkenaan hendaklah menunjukkan Borang Rawatan yang telah
ditandatangani oleh Pegawai Perubatan kepada Guru Bertugas/Guru
Tingkatan dengan segera dan berada semula di dalam kelas seperti biasa.

1.11 Pelajar yang hendak keluar ke tandas atau berurusan dengan guru lain
semasa kelas sedang berjalan hendaklah mendapatkan kebenaran dengan
memakai pas keluar daripada guru yang mengajar pada masa itu.

1.12 Pelajar bukan Islam hendaklah berada di tempat yang ditetapkan oleh
pentadbir sekolah semasa waktu Pendidikan Islam untuk mengikuti kelas
Pendidikan Moral.

2. Pakaian Sekolah.

2.1 Pelajar lelaki

- Seluar panjang berwarna hijau kehitaman (dark olive)
Ukur lilit bahagian kaki ialah 16 -17 inci. Poket bertampat tidak
dibenarkan.
- Tali pinggang kanvas hitam, berkepala tidak besar dan tidak berhias
sahaja dibenarkan.
- Baju kemeja putih berlengan pendek.
- Kasut kanvas berwarna putih.
- Stokin berwarna putih yang berukuran 20 cm dari tapak.

2.2 Pelajar Perempuan

2.2.1 Pelajar Islam

- Pakaian mestilah menutup aurat.
- Baju kurung berwarna putih beroesak gantung/berkekek.
Leher baju sentiasa dikancing.
- Kain berwarna biru sian/tourquse dengan susunan lipatan di tepi.
- Tudung mini telekung tiga segi dua sama, berwarna putih.
- Stokin berwarna putih bersih beruuran 20 cm dar tapak.

2.2.2 Pelajar Bukan Islam

- Pinafore Tunic berwarna sian.tourquse dan labuhnya hendaklah
melepasi lutut.
- Blaus berwarna putih dan berlengan pendek.
- Stokin berwarna putih dan berukurana 20 cm dari tapak.

2.3 Pemakaian lencana sekolah dan tandanama adalah diwajibkan kepada
semua pelajar.
Lencana hendaklah dipakai di sudut kiri bahagian atas dada atau 2 cm
di atas poket.
Lencana adalah dari jenis yang diluluskan oleh pihak sekolah dan tidak
tercemar.

2.4 Pelajar adalah dilarang menggunakan alat soleh dan barang-barang
kemas/perhiasan tiruan.

2.5 Pakaian seragam sekolah hendaklah dipakai sewaktu persekolahan ,
menghadiri kelas tambahan dan sebarang upacara rasmi sekolah.

2.6 Pakaian seragam sekolah yang lengakp hendaklah dipakai semasa
menghadiri peperiksaan.

2.7 Tali leher, mesti dipakai oleh semua pelajar lelaki pada hari persekolahan.
Ianya mesti dipakai dengan kemas sepanjang waktu persekolahan. lawatan
rasmi dan semasa menghadiri kursus /ceramah.

3. Pakaian Sukan

3.1 Semua pelajar dikehendaki memakai
- seluar panjang trak berwarna hitam
- kemeja-T berlengan panjang/pendek (lelaki) dan berlengan panjang
(perempuan)
- Kasut dan stokin putih seperti pakaian seragam sekolah.

3.2 Pelajar tidak dibenarkan memakai cermin mata berwarna gelap/hitam atau
berbentuk luar biasa.

4. Potongan rambut

4.1 Pelajar lelaki

Rambut mestilah pendek sebagaimana peruntukan potongan rambut yang
diluluskan iaitu :
4.1.1 Rambut tidak melebihi garisan di bawah cuping telinga
4.1.2 Rambut tidak menutupi kedua-dua telinga atau sebahagiannya dan
'side burn' tidak melebihi garisan tengah hidung.
4.1.3 Rambut tidak menutupi bahagian garisan tengah dahi.
4.1.4 Rambut di bahagian tengah kepala tidak lebih dari 5 cm panjang.
4.1.5 Tidak dibenarkan menyimpan misai.

4.2 Pelajar perempuan

- Rambut hendaklah di atas paras bahu
- Rambut yang melebihi paras bahu hendaklah diikat seperti ekor
kuda(pony tail) atau tocang dengan reben berwarna ungu atau hitam.
Reben besar dan klip rambut berwarna-warni tidak dibenarkan.

4.3 Fesyen rambut ala 'punk' tidak dibenarkan.

5. Pakaian seragam Pengawas Sekolah :

5.1 Pengawas lelaki :
a kemeja biru berlengan panjang.
b lencana khas pengawas
c seluar panjang berwarna biru pekat.
d bertali leher sepanjang masa persekolahan kecuali di bengkel.
e berkasut hitam ( kasut kulit digalakkan )
f sarung kaki berwarna hitam.

5.2 Pengawas perempuan :
a baju

Balik Ke Laman Utama