LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PERSATUAN

AJK PIBG 1999/2000

 

Kelas Komputer Anjuran PIBG

          Kelas Komputer anjuran PIBG telah dimulakan sejak tahun 1994. Pada tahun 1998 kelas ini telah di swastakan kepada syarikat Computron Trading. Kelas ini diwajibkan kepada semua pelajar tingkatan 4. Mulai tahun 2000, pihak sekolah hanya mewajibkan pelajar-pelajar tingkatan 4 yang mengambil aliran teknik dan perdagangan manakala pelajar-pelajar aliran vokasional hanya digalakkan memasuki kelas ini.

          Tujuan dijalankan kelas ini adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan lagi ilmu pengetahuan demi masa depan dan kerjaya pelajar-pelajar sekolah ini. Pelajar yang memenuhi syarat serta lulus peperiksaan akan diberikan sijil oleh syarikat berkenaan.

          Yuran kelas komputer sebanyak RM15.00 sebulan dan yuran pendaftaran sebanyak RM5.00 di kenakan. Pelajar akan memasuki kelas ini sebanyak 4 kali sebulan selama 11 bulan.

Sukatan pelajaran saperti berikut.

          Bulan Mac 2000 - Microsoft Word

          Bulan April - Ogos 2000 - Auto CAD - R14 (Aliran Teknik & Vokaysional)

- Microsoft Excel - R14 (Aliran Perdagangan)

          Bulan Sep 2000 - Microsoft Access

          Bulan Oct - Nov 2000 - Microsoft Excel (Aliran Teknik & Vokaysional)

Jadual Waktu Kelas Komputer

Isnin - Khamis 2.30 - 6.30 petang

Jumaat 12.30 - 4.30 petang

Sabtu 10.00 - 1.00 petang

 

 

 [KEMBALI KE MENU PIBG


Laman ini dibawakan kepada anda oleh 1