SEPERTI yang dijangka, pertemuan kumpulan negara ekonomi perindustrian dunia, G-7, yang berakhir minggu lalu menemul kegagalan Usaha membentuk kerangka baru ekonomi dunia tidak kesampaian, walaupun perjumpaan berprofil tinggi itu dianjurkan oleh gergasi ekonomi, Amerika Syarikat (AS), khas bagi menangani tiupan kejatuhan ekonomi Asia Pasifik yang merebak ke Rusia dan Amerika Latin daripada berubah menjadi taufan kemelesetan sedunia.
Satu-satunya resolusi yang hampir dipersetujui bersama oleh menteri-menteri kewangan dan ketua bank pusat G-7 ialah untuk mengkaji cadangan Presiden AS, Bill Clinton, supaya diadakan saluran kredit awalan bagi negara yang diancam jangkitan krisis.
Agak mengecewakan, kerana ia bukanlah satu cadangan yang kreatif, jauh sekali radikal. Pelajar ekonomi tahun satu di mana-mana universiti pun mampu memberi cadangan semudah itu. Bukan itu yang kita mahukan; kita sudah mencecah tanah, mereka masih sibuk memberi cadangan menggunakan payung terjun mana yang terbaik.
Tambahan pula AS masih belum menunaikan komitmennya kepada Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) yang mempunyal baki berjumlah AS$9 bilion (RM34.2 bilion) sahaja untuk dihulurkan kepada mana-mana negara yang memerlukannya. Kongres AS belum meluluskan dana baru berjumlah AS$18 bilion (RM68.4 bilion) yang dijanjikan Clinton kepada IMF.
Sepanjang persidangan berjalan, terdapat cadangan supaya beberapa negara membangun menimbangkan kawalan modal, tetapi beberapa negara lain memberi amaran langkah seperti itu tidak akan berjaya. Mereka juga gagal mendapatkan kata putus mengenai pendekatan yang akan digunakan bagi menyesuaikan orde kewangan antarabangsa Bretton Woods, dalam menghadapi krisis ekonomi era baru yang melanda sekarang.
Dalam perjumpaan tersebut, Presiden Bank Dunia, John Wolfensohn berkata, "Kita tidak boich menafikan bahawa krisis semasa telah mendedahkan kelemahan dan kerapuhan yang harus kita tangani... Kita hams membuat komitmen bersama untuk benasaha membina sesuatu yang lebih balk."
Komitmen bersama - sesuatu yang tidak wujud dalam perjumpaan tersebut, sedangkan la merupakan elemen paling kritikal. Jepun merupakan satu-satunya negara G-7 yang menerima kesan langsung kejatuhan ekonomi Asia. Negara ito sudah lama memberikan komitmen, terutamanya melalul dana penggerak berjumlah AS$30 bilion yang dijanjikannya kepada negara-negara Asia yang terjejas.
Kanada hanya ekonomi-negara yang menjadi cermin kepada AS kerana jarak dan lokasinya dengan gergasi ekonomi itu. Negara-negara benua Eropah - Jerman, Itali, Perancis dan United Kingdom, masih euphoric dengan Kesatuan Eropab dan penggunaan mata wang Euro pada 1999. Mereka mungkln percaya pengenalan mata wang baru itu serta potensi ekonomi yang melingkunginya mampu mengelakkan benua tersebut daripada jangkitan kegawatan.
AS pula masih berada dalam state of denial kerana ekonominya masih belum menerima kesan langsung kejatuhan ekonomi, walaupun IMF sudah mengingatkan negara itu bakal mencatat defisit akaun semasa sehingga AS$290 bilion (RM1,102 bilion) tahun depan, yang terbesar dalam sejarab.
Selain ito, AS juga terperangkap dalam konflik kepentingan, terutamanya apabila melibatkan dana-dana lindung nilal yang berpengaruh di negara itu. Penyclamatan Long-Term Capital Management oleh Bank Rizab Persekutuan New York mengesahkan kedudukan industri lindung nilal dalam ekonomi AS. Kira-kira AS$3.5 bilion (RM13.3 bilion) dibelanjakan untuk menyelamatkan LTCM, yang pemiutangnya terdiri dan- pada institusi kewangan terkemuka AS - Merrill Lynch, J.P. Morgan, Travelers dan Goldman Sachs.
September lalu, pakar ekonomi terkemuka Institut Teknologi Massachusetts, Paul Knigman turut menggesa kegiatan aliran modal besar-besaran Seperti yang dilakukan oleb dana-dana lindung nilai secara spekulatif, dikenakan kawal selia. AS bagaimanapun masih tidak berpijak di bumi nyata. Setiausaha Perbendaharaan, Robert E. Rubin menegaskan, "Pada pandangan saya aliran modal spekulatif jangka pendek memainkan peranan yang kecil sahaja... dalam krisis semasa."
Pandangan Rubin itu adalah pandangan peribadi - tetapi pegangan beliau selaku penentu utama polisi kewangan AS akan mempengaruhi dasar AS secara menyeluruh. AS masib dalam keadaan penafian dan akan terus kekal begitu. Rubin sendiri mempunyai kepentingan peribadi dalam isu mi. Dia merupakan bekas pengerusi bersama Goldman Sachs, antara institusi kewangan utama yang terlibat memberi pinjaman dan menyelamatkan LTCM.
Apa yang lebih menakutkan ialah pengaruh individu di belakang tabir LTCM. Ketua LTCM, John Meriwether, dianggap sebagai peniaga legenda, bertanggungjawab menaikkan nama Solomon Brothers sebagai firma bon terulung dalam tahun 1980-an. Rakan-rakan kongsinya, pemenang anugerah Nobel bagi ekonomi, Myron Scholes dan Robert Merton dan juga bekas naib pengerusi Rizab Persekutuan, David Mullins. Ironinya, mereka semua mengutip komisen sehingga herpuluh juta dolar walaupun dilucutkan jawatan masing-masing akibat kegagalan LTCM. Konflik kepentingan seperti ini yang amat dibimbangkan. Pengerusi Rizab Persekutuan, Alan Greenspan dalam ucapan penjelasan kepada Kongres, akhirnya mengakui, dana-dana lindung nilai seperti LTCM tidak dapat dikawal oleb sesiapa kerana secara semula jadi, urus niaga dapat dijalankan dan "bawah batang bidung kerajaan AS sendiri." Satu tamparan kepada Greenspan kerana dua minggu sebelum itu beliau sendiri telah memberikan jaminan kepada Kongres bahawa industri dana lindung nilai dikawal selia dengan ketat oleb institusi yang memberikan pinjaman kepada mereka. Media Barat menyifatkan pengakuan Greenspan itu Seperti mengakui bahawa tidak ada sesiapa yang mampu mengawal ekonomi dunia hatta AS sekalipun, ekonomi negara terbesar dan juga paling maju di dunia. Kita bagaimanapun melihatnya dalam konteks yang berbeza.
Ada orang yang mengawal ekonomi dunia dan mempermainkannya sesuka hati - penyangak-penyangak dana lindung nilai inilah yang bertanggungjawab terhadap kejatuhan ekonomi Asia, Rusia dan Amerika Latin. Tetapi AS paling takut untuk mengakul atau mengawalnya. Tidak dapat dipastikan berapa saiz dagangan industri dana lindung nilai AS (industn lindung nilai tidak dikawal, tidak telus dan tidak bertanggungjawab mengeluarkan sebarang penyata akaun untung rugi), tetapi nama-nama yang terlibat di dalam skandal LTCM sudah cukup untuk memberikan gambaran betapa pentingnya industri itu kepada AS.
Nyata AS cukup bimbang untuk mengakuinya, dan secara langsung menyerahkan pergerakan modal dan ekonomi dunia untuk dimanipulasi oleh industri dana lindung nilai ini. Dunia mungkin terpaksa menanggung risiko kemelesetan yang cukup besar jika AS masih dengan penafiannya.
Perjumpaan G-7 anjuran AS sempena persidangan tahunan IMF dan Bank Dunia sudah gagal. Bulan depan, sebuah persidangan ekonomi tergempar yang dicadangkan oleb Perdana Menteri Britain, Tony Blair pula akan diadakan di London. Persidangan itu juga akan cuba mencari langkah tersusun yang segera, seperti yang diunjurkan pada persidangan sebelumnya.
Mereka juga akan mengkaji kemungkinan melonggarkan kadar faedah di Eropah - seperti dilakukan AS, Jepun dan terlebih dahulu oleb Malaysia - bagi menjana pertumbuhan ekonomi sedunia. Termasuk di dalam agenda itu juga, pertimbangan untuk mengawal dana lindung nilai dan institusi pelaburan sedunia supaya melaporkan pendedahan pelaburan mereka kepada sesebuah kerajaan.
Walaupun pemerhati sudah mula skeptikal mengenai perjumpaan seumpama itu, mungkin Blair akan lebih bernasib baik kali mi dalam usaha menyedarkan pemimpin G-7, terutamanya AS, mengenai kesan buruk krisis semasa, seterusnya menggembleng negara-negara berkenaan mencapai kata sepakat. Malaysia pula selaku sebuah ekonomi membangun, mungkin tidak mampu mengunjurkan persidangan berkuasa seperti itu tetapi kerajaan juga dijangka mengelolakan satu persidangan kbas antara negara Asia sebelum berlangsungnya persidangan forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
Antara agenda utama persidangan yang dijangka berlangsung pada 7 November itu ialah perbincangan mengenai peranan dana lindung nilai dalam krisis semasa. Persidangan APEC juga akan dijadikan sebagai pelantar untuk membincangkan tentang krisis ekonomi Asia oleb negara-negara yang mengalaminya sendiri, jadi resolusi yang lebih konkrit dijangka dapat dicapai oleb forum tersebut. Mungkin penubuhan Dana Kewangan Asia (AMP) yang dicadangkan oleb Jepun tetapi dikiltik keras oleb AS dan IMP tahun lalu akan menjadi kenyataan. Kali ini Jepun berkemungkinan besar mendapat persetujuan APEC dan kritikan AS- IMF sudab kehilangan taringnya.
LTCM mendedahkan kelemahan AS, sementara kemerosotan berterusan ekonomi Rusia, Indonesia dan Korea Selatan yang mengikut formula pemulihan IMP telab mencemarkan imej badan dunia itu. Britain atau Malaysia, kedua-duanya akan menjadi tumpuan bulan depan di ambang kemelesetan ekonomi dunia. Jawapan kepada arab tuju ekonomi dunia abad ke-21 mungkin akan ditentukan bulan depan, sama ada oleh kuasa tradisional G-7 atau kuasa baru muncul - APEC.
Oleh MOHD ASUKI ABAS
Terbitan MASSA 17 Oktober 1998