H geocities.com /amer2brg/rosering.html geocities.com/amer2brg/rosering.html elayed x )J OK text/html ? b.H Tue, 10 Apr 2007 01:09:08 GMT Mozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98) en, * (J
Rose Ring Parakeet
( Pstittacula Krameri )
Asal
Utara dan di tengah Afrika, India, Burma dan Selatan China
Saiz
Lebih kurang 16 inci ( 40 41 cm )
Perbezaan Jantina
Burung jantan mempunyai gelang ( collar ) di tengkok sedangkan yang betina tidak mempunyainya. Bagaimanapun gelang ini hanya kelihatan ketika umurnya 18 bulan ke atas dan sebelum waktu itu kedua-dua jantina kelihatan serupa.
Sifat sosial
Rose Ring Parakeet sesuai tinggal di dalam sarang yang yang mempunyai kebebasan untuk terbang ( luas ) Jika ianya di letakkan di luar berhampiran dengan orang ramai di awal usianya , ia boleh menjadi jinak dan boleh belajar bercakap ( tetapi tidaklah jelas sangat butiran yang disebut )
Sarang yang sesuai
Burung ini merupakan burung yang lasak. Tepulang kepada anda untuk meletakkan ke dalam sarang yang berbumbung atau tidak. Kalau sarang yang berbumbung separung lagi ia suka kerana kita boleh lihat ia akan mandi hujan di kala hujan turun. Burung ini juga suka tinggal di dalam sarang yang mempunyai banyak dahan-dahan. Tetapi saya gunakan batang penyapu kerana ianya mudah di letakkan di mana kita suka. Sarang yang digunakan juga hendaklah daripada jaring yang kuat. Dan perlu diingatkan jangan masukan pokok-pokok hidup ke dalamnya kerana burung ini akan mecabut semua daun-daunnya.
Makanan
Anda boleh berikan burung ini makan sekoi, kuaci, kekacang, dan apa-apa sahaja makanan yang biasa diberikan untuk burung-burung parakeet bersaiz sederhana. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga hendaklah diberikan 2 hari sekali. Selain itu makanan tambahan seperti roti dan dedak ( egg food ) hendaklah diberikan. Untuk makanan kesihatan tulang sotong atau tonik block perlu diberikan. Memang sifat burung ini iaitu suka mengunyah, oleh itu dahan-dahan pokok yang lembut, kang-kong, batang sawi, kacang panjang amat sesuai diberikan.
Pembiakan
Jika anda berniat untuk membiak burung ini, pertama sekali hendaklah diasingkan pasang tersebut ke dalam sarang khas untuknya dan tidak diganggu oleh sebarang gangguan. Burung ini akan mula bermain dengan tempat bertelurnya sebagai tanda awal ianya ingin membiak. Nestbox bersaiz 10 x 10 dan berkedalaman 18 inci merupakan nestbox yang sesuai untuknya. Tangga kecil hendaklah dibina di dalam nestbox untuk memudahkannya keluar masuk. Mengenai sarangnya pula keluasan 3 x 6 x 6 ( L x L X T ) adalah sarang yang sesuai tetapi saiz yang kecil 2 x 3 x 3 digunakan oleh ladang-ladang di Thailand dan ianya terbukti berjaya. Burung ini biasa bertelur di antara 3 hingga 6 biji dan dieram oleh yang betina sahaja. Burung jantan hanya masuk jarang-jarang untuk memberi makan yang betina. Dan masa yang diambil selama 23 25 hari untuk telur-telur ini menetas. Anak burung akan diri makan oleh kedua-dua induknya. Dedak ( egg food ) dan roti hendaklah selalu diberikan kerana ketika ini makan yang banyak amatlah diperlukan oleh kedua-dua pasangan ini untuk memberi anaknya makan. Anak-anak burung biasa keluar 4 minggu kemudian dan 2 minggu lagi diperlukan untuk memastikan yang anak-anak ini betul-betul pandai makan sendiri.
Koleksi Gambar Kuning ( Lutino )
|
|
|
Jantan Usia 1 Tahun |
Betina 18 Bulan |
Suka Dibelai |
|
|
|
Telur 10 hari |
Usia 3 Hari |
Usia 7 Hari |
|
|
|
Usia 10 Hari |
Usia 12 Hari |
Usia 14 Hari |
|
|
|
Usia 17 Hari |
Usia 25 hari |
Usia 25 hari |
|
|
|
Usia 25 hari |
Usia 28 hari |
Usia 30 hari |
|
|
|
Usia 30 hari |
Usia 30 hari |
Usia 30 hari |
|
|
|
Usia 30 hari |
Usia 32 hari |
Usia 32 hari |
|
|
|
Usia 32 hari |
Usia 32 hari |
Usia 32 hari |
|
|
|
Usia 35 hari |
Usia 35 hari |
Usia 35 hari |
|
|
|
Usia 35 hari |
Usia 38 hari |
Usia 40 hari |
|
|
|
Usia 40 hari |
Usia 40 hari |
Jantan |
|
|
|
Betina |
Induk |
Garang |
Koleksi Gambar Biru
|
|
|
Blue Ring Neck |
Induk |
Usia 3 Hari |
|
|
|
Usia 16 Hari Dikeluarkan untuk tujuan Handfeed |
2 Hari Handfeed |
5 Hari Handfeed Cepat Besar |
|
|
|
Betina |
Blue Ringneck |
Jinak |
|
|
|
Albino Ringneck |
Jinak |
Jinak |
|
|
|
Lutino Ring Neck |
Jinak |
Jinak |