Semua kakitangan eksekutif dan bukan, pengurusan dan pentadbiran akan bercuti panjang sehingga Januari 1 2004.  HARAP MAKLUM.  Semua pertanyaan dan mesej rumah terbuka hubungi saudara Anuar, ZecK atau ZaiRuL.

 

Sabda nabi Muhammad saw, "..kebanyakan mereka itu berpuasa melainkan dapat lapar dan dahaga..". sama-samalah kita menjaga ibadat puasa dengan sebenar-benarnya.

Anda dan kami | Masa Depan Dan Kini | Objektif | Peneraju Halaman | Warga KTTI | Lain-lain

 

Rumah Terbuka -  KTTI2002

 

Pertama pihak pembangun halaman mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi meluang waktu untuk berkunjung ke rumah terbuka Saudara Anuar Nordin di IPOH.  Pihak kami juga sangat 'rasa sukacita' apabila majlis tersebut dapat dihadiri oleh staf UTM, Skudai walau menghantar wakil.  Cuma 'mengada-ngada' sikit kena pergi 'ambik' dekat kampung (rumah).

 

 

SEKALUNG BUDI, DAUN KELADI, KALAU ADA HENDAK LAGI.  Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga Nurul Anuar kerana menganjur majlis tersebut yang telah dihadiri lebih dari 300 pengunjung termasuk warga KTTI2002.  Teristimewa buat staf UTM - Edie (bucuk) yang dapat menghadirkan diri walau mengikut aturcaranya hendak balik ke kampung (helah tak andak naik bas).   Dukacita juga buat pihak pengurusan kerana majlis tersebut tidak dapat dihadiri oleh beberapa individu - ZecK, Ariep, Azahari, Weiy's dan beberapa individu kerana sebab musabab tidak diketahui termasuklah, 'hujan' lebat di Manjong mengikut kata 'Ariep'.

 

Paling berharga ialah kunjungan staf UTM - saudara Edie.  Jauh sekali walaupun menampak kelihatan   pada raut wajah namun, aturcara makan dan minum, merokok rokok Suria Gudang Garam telah dapat mengubah suasana letih kepada riang-gembira.  Terima kasih juga kerana sudi menghulurkan 'rokok Suria Free' kepada teman.  Tanpa mike, rasanya malas teman mengeluarkan belanja untuk membeli 'makanan ringan yang mengeluarkan asap bersepoi-sepoi'.  Pihak pengurusan juga tidak menyangka dengan kunjungan para beliawanis saudari Arien yang membawa pengiring terdiri dari anak dara.

 

Walau pada mulanya agak suram disebabkan cuaca seakan hujan, namun kedatangan pengunjung dari semasa ke semasa walau mendung, suasana suram itu secara tidak langsung tidak melemahkan semangat untuk para tetamu yang dijemput untuk menghadirkan diri pada majlis yang tidak seberapa itu.  Pihak pembangun halaman amat berterima kasih ke atas kesudian saudara Mursyid Mudakir yang datang dari jarak yang jauh - Tapah ke Ipoh dan semata-mata untuk menghadirkan diri ke majlis tersebut.  Perkara itu sepatutnya menjadi 'pedoman' kepada mereka yang lain.  Tidaklah perlu sampai 'berjemput' ke hadapan rumah di kampung untuk datang.  Kemudian, makan, minum, hisap rokok SURIA - kalau di kedai makan tentulah sesuatu yang merugikan 'wang saku' anda.  Harga kuih, laksa Johor, air minuman kalau di restoran tentulah berharga lebih dari RM 5.00.

 

Saudari dan beliawanis yang perlu dicontohi ialah Arien yang sanggup membawa dua orang teman.  Bermaksud pengunjung wanita warga KTTi2002 bertambah jumlahnya selipat berganda dari jumlah kaum laki-laki.  Oii.. Arien, janganlah gopoh sangat makan laksa.  Tengok apa dah jadi dengan kandid engkau dalam gambar yang ini?  Tapi sempat juga berposing dengan kedudukan yang mengancam U.  Macam seorang 'model' dan pengacara yang berjaya.  Kata Arien dia memang mempunyai cita-cita untuk menjadi pengacara yang berjaya macam rancangan NONA - 'siapa?'.  Aku tak ingatlah, hah.. mungkin macam Normala??  Kak Ogie Ahmad Daud ke?  Macam itulah kira-kiranya.  Elok bebenarlah engkau Arien.

 

Sukacita dan berbesar hati kerana saudara Mursyid dapat menghadirkan diri walau untuk tempoh perjalanan yang agak jauh.  Tapah ke Ipoh, bukanlah satu kedudukan yang agak meletihkan berbanding hanya di antara Ayer Hitam ke Ipoh, tidak dapat menghadirkan diri kerana 'hujan' mengikut kata-kata mereka yang boleh atau tidak boleh dipercayai.  Namun, merekalah yang rugi kerana pihak kami turut menerima kunjungan staf tersebut yang dinantikan.

 

Edisi Aidilfitri akan dipapar sehingga bulan Januari 2004 untuk membolehkan kakitangan dalaman bercuti  panjang untuk menyambut hari raya dan tahun baru cina tidak lama lagi.  Pengunjung yang terawal sampai ialah saudara Syamsol dan bersama saudara Edie yang ditunggu-tunggu sebagai tetamu yang dihormati.  Gambar dibawah menunjukan saudara Aziz sedang menyambut tetamu yang hadir pada majlis tersebut dirumah kediamannya. 

 

Malang sekali apabila saudara Zeck tidak dapat bersama-sama kerana menyambut AidilFitri di kampung (entah) bersama keluarga dan hanya kembali ke Ipoh pada hari Selasa minggu hadapan.  Dan kami pula menunggu rumah terbuka saudara Zeck bermaksud 'lagi kuih terbuka' untuk dimakan oleh para tetamu dan pihak kami sebelum undangan ingin mengucap terima kasihlah kerana sudi-sudi mengundang kami. 

 

Gambar warga KTTI2002 yang lain tidak dapat disiarkan 'hanya' terpilih sahaja, ini tidak mendapat kebenaran dari mereka untuk memaparkan 'foto' tersebut sekiranya.  Namun terima kasih kepada individu yang sudi memberi kebenaran untuk tujuan kolum ini secara khususnya. 

 

Mereka yang berminat untuk mengadakan rumah terbuka warga KTTI2002 boleh memberitahu kepada Aziz/Anuar di nombor talian 0125581041 atau menghubungi ZecK untuk dimaklum di dalam halaman KTTI.  Terima kasih kepada saudara Muhammad Saidi (Edie) kerana melapangkan masa walau terpaksa berjemput sampai ke rumah, Edisi Aidilfitri akan diberi laluan hingga Januari 2004.  Kemudian pengurusan dan pentadbiran baru akan mengambil alih semua kerja-kerja tersebut.

 

Proses perbincangan dan pelan 'gabungan' sedang diusahakan dengan kursus DiT Puo dengan 'kebenaran' pihak Pembangun Halaman.  Jika proses itu menjadi kenyataan, halaman ini akan mempunyai dua 'jalinan' gambar kelas/kursus yang berbeza dan akan dijadikan satu 'halaman merching' di antara dua pihak berlainan tempat dan kursus.  Gabungan itu untuk menjimatkan kos, masa dan tenaga guna yang bakal menerajui halaman pada tahun 2004, Januari.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mereka yang berminat untuk bernaung di bawah http://www.oocities.org/animasi_ktti boleh dapatkan borang (klik di sini) dan kirim kepada Saudara Aziez (Anuwar) atau terus kepada Saudara Zeck, Awang, x-Fie, Boy, PenDiey ataupun kepada eMaiL animasi_ktti@yahoo.com berserta gambar berukuran passport/kad pengenalan.  Boleh juga lakukan melalui 'submit Form' - Klik disini.

 

Anda dan kami | Masa Depan Dan Kini | Objektif | Peneraju Halaman | Warga KTTI | Lain-lain

Halaman ini dibangun untuk skrin bersaiz 800X600 dpi dengan Penggunaan I.Explorer

Versi 5.0 ke atas.  Semua artikel, foto, konsep dan rekacipta halaman adalah

terpelihara dan milikan penuh oleh Warga KTTI Kursus Animasi 2002 Kelolaan

Saudara Aziez (Nuar) dan Zeck.  Semua kerja-kerja menyalin tulis, penduaan,

salinan dari setiap bahan helaian dalam halaman dengan maksud untuk menerbit

atau mencetak semula perlu mendapat keizinan atau pemberitahuan kepada

saudara Anuar (Aziez) yang boleh menghubungi di 0125581041 atau Zeck atau

boleh dihubungi di emaiL animasi_ktti@yahoo.com ® ApriL New Version 2003