 Kaunseling Dan
Anda : Apa Anda Perlu Tahu?
Apa itu kaunseling?
Lazimnya, kaunseling dikatakan
suatu perhubungan apabila seseorang menolong orang lain untuk memahami dan
menyelesaikan permasalahannya. Jesteru, rakan dan ahli keluarga juga
dikatakan boleh memberi kaunseling, atau rakan sepajabat, penasihat
akademic, guru, ustazah dan ramai lagi. Realitinya seorang kaunselor
merupakan individu yang terlatih dan memiliki kompetensi atau kepakaran
dalam membina 'hubungan menolong'. Tambahnan lagi mereka juga terikat
dengan etika dan akta kaunselor serta tahu limitasi amalan kaunseling
mereka. Kaunselor memilii kepercayaan, dimensi, pegangan dan kemahiran
dalam membantu anda melihat masalah anda dari perspektif yang berbeza dan
mengambil tindakkan bersesuaian dengan kemampuan potensi diri anda.
Secara umumnya, dalam kaunseling anda perlu
mengenalpasti kekuatan atau apa yang anda rasa baik untuk diri anda.
Kekuatan ini boleh digunakan sebagai pemangkin dalam perubahan yang
anda ingin lakukan kelak.
Kaunseling adalah satu proses perubahan (perkembangan
kendiri) yang mana seseorang dibantu untuk :
- ekspressi / meluahkan diri anda dalam suasana selamat, disokong,
kalaboratif, tidak dihukum / dilabel dan rahsia;
- identifikasi,
mengutarakan, menjelaskan asal usul permasalahan yang terbuku, tersurat
atau yang tersirat;
- kenalpasti corak atau gaya diri (fikiran,
perasaan, amalan) yang tidak membina;
- belajar dan mengamalkan lebih
banyak kemahiran berfaedah (kemahiran asertif diri)
- bina dan capai
matlamat hidup anda merupakan agenda utama.
kembali ke atas
Apa yang anda boleh
jangkakan diperolehi daripada kaunselor?
Anda boleh harapkan seseorang yang berminat dan sudi
mendengar luahan anda. Seseorang yang bersedia membantu dalam memahami
diri anda agar anda mampu untuk berhadapan dengan situasi anda dengan
efektif, efisyen dan lebih mudah. Kaunselor anda akan memberi komitmen
secara serius dan berkomunikasi secara terbuka mengenai apa jua isu yang
anda ingin bincangkann. Yakin bahawa kaunselor anda akan benar-benar fokus
kepada sesi anda sebab kaunselor mempunyai kepercayaan tersendiri mengenai
bagaimana manusia bertindak dan berubah. Perkara seperti perbincangan
mendalam, soalan bertubi-tubi atau pelbagai aktiviti berkemungkinan akan
dikemukakan semasa sesi kaunseling, ini bertujuan membina diri anda. Pada
masa yang sama, sekiranya anda curiga dan timbul persoalan, jangan
ragu-ragu ajukan kepada kaunselor anda. Seorang kaunselor tidak memiliki
mukjizat atau 'magic' dan tidak mampu menyelesaikan konflik atau masalah
yang anda pikul melainkan diri anda sendiri yang menanganinya. Jesteruh,
kaunselor anda bersedia bekerjasama dengan anda tetapi tidak melakukan
kerja untuk anda yang mana anda berupaya melakukannya sendiri. Sungguhpun
begitu, bagi sesetengah situasi di luar jangkaan kaunselor anda mungkin
mengutamakan keselamatan anda, dan berbincang lebih lanjut untuk membantu
anda.
Tanggungjawab Anda Dalam Kaunseling
Tanggungjawap yang paling utama buat anda di dalam
kaunseling adalah hadir dengan aktif di setiap temujanji sesi
kaunseling. Seterusnya, berbincang secara ikhlas, terbuka dan sejujurnya
mengenai apa sahaja yang menggangu diri anda. Seperkara lagi, pastikan
tugasan, latihan atau tindakan di luar sesi yang ditetapkan dapat
diusahakan hingga terlaksana. Jika anda tidak bersedia atau tidak selesa
dengan aktiviti atau gaya sesi kaunseling yang dijalankan, berterus terang
dengan kaunselor anda. Kebiasaannya, kaunselor akan mengusahakan suatu
kaedah yang baru dan menepati keselesaan anda. Jika permasalahan anda
telah selesai, atau anda tidak melihat apa-apa progress menerusi sesi
kaunseling berhubung isu anda, sila maklumkan kaunselor anda. Fokus
utama kaunselor adalah memberi faedah dan kebaikan kepada anda menerusi
kaunseling.
Kerumitan yang biasanya dilalui semasa kaunseling.
Satu kerumitan utama yang paling kerap berlaku dalam
kaunseling adalah pada tahap permulaan ketika anda tergerak untuk bertemu
dengan kaunselor buat pertama kalinya. Keputusan untuk mendapatkan
perkhidmatan kaunseling merupakan langkah pertama dalam proses perubahan.
Sebaik sahaja keputusan tadi dibuat, mekanisme untuk berubah secara aktif
disetkan dalam diri. Seterusnya dalam proses perubahan gaya berfikir, gaya
beremosi atau gaya bertingkahlaku, kebiasaannya anda terpaksa mencuba
suatu yang baru dalam melakukan kerja. Perubahan-perubahan ini
berkemungkinan akan membuat anda merasa tidak selesa dan kadang kalanya
kecewa seperti putus asa. Cabaran demi cabaran mengatasi tahap kemampuan
limitasi diri anda juga boleh mengundang frustasi, namun dengan komitmen
yang tinggi dan latihan kemahiran efektif, anda akan melebarkan batas
limitasi anda dan beroleh suatu yang baru lagi menyeronokkan dalam diri
anda.
Tips
bagaimana memanfaatkan faedah menerusi kaunseling
Bersedia untuk memberi fokus sepenuhnya kepada suatu masalah atau isu
yang spesifik. Bersedia untuk mengikuti sesi kaunseling secara progress
dan aktif mengambil bahagian. Siapkan semua tugasan ( atau
setidak-tidaknya berusaha dan mencuba ). Beritahu kaunselor anda sekiranya
anda merasa tidak dibantu dari sesi kaunseling yang dihadiri.
kembali ke atas
|