kulat webpage/ Index / back / next

;

KENALILAH SAYA

TENTANG DIRI AKU KELUARGA???
Nama kita yang sebenar ialah HIZMI RAZLI tapi kita suka menggunakan nama kulathujan.Kita ni banyak nama, kalau kat umah org kampung panggil eri, kalau kat sekolah biasa la panggil mi je la, tapi masa kat kedah kita dipanggil Imin he he... Dalam banyak banyak nama, nama masa kat MRSM la yang paling aku boring... ( takleh habaq la pasai tu kira dah buka pekung la kan) Kita anak jati kelate dan telah mendapat pendidkan awal di Sekolah Kebangsaan Laloh, Kuala Krai dan kemudian telah melanjutkan pelajaran kita di MRSM YT- Besut,Terengganu ( MRSM ni dah ditutup dah ) sampai habis PMR.Disebabkan kita ni
LARO ( kalau tak tahu maksud dia belek kamus dewan ) Kita telah di jek out kan dari situ. Hee hee... biasa la masa tu kita
ni giler-giler sikit. Kemudian kita telah pindah ke Sekolah Menengah Teknik, Kuala Krai tapi sekejap jah pasal kita ni mano boleh kena disiplin kuat sangat he he he...boring wei, macam dok dalam jel je. Lepas tu kita balik sekolah kat kampung di Sekolah Menengah Laloh. Sekolah kat kampung ni tau la kan bukan rajin sangat, apa lagi kow-kow la result SPM tu. Tu pun nasib baik ada la terselit sikit yang A tu pun tak tahu mana dia datang , cewah... Lepas tu ada la kerja lepas habis SPM kat Seremban, Keje jap pastu balik kampung pasal nya tak cukup makan la. Mana cukup beb basic je RM300 lebih. Lepas tu kita dapat tahu ada short couse baiki komputer kat Kedah, so apa lagi pi la sebab 3 bulan je. Syukur Alhamdulillah kita dianugerahkan SKM. Balik lepak kampung jap pastu kita mai keje kat USJ ni sampai la sekarang.!!!


  Nak cerita Pasal Family kita
tak tahulah macam mana nak olah
sebab yang Kulat tahu Kulat hanya 
ada 6 adik beradik dan merupakan 
anak sulung. Semua dok kat Kelantan 
lagi buat masa sekarang melainkan 
kita je yg berhijrah ke KL cari kerja.
Buat Masa sekarang kita tak dapat 
lah nak tunjuk gamabr family kita 
pasal takde gambar lagi. Insya-Allah 
dalam masa terdekat ni kita akan 
Usahakan.!!!! Dan kita ingin 
ucapkan jutaan terima kasih kepada 
Mak dan Abah yang telah mendidik kita dan 
memberi tunjuk ajar walau pun kadang 
kala terdapat salah faham gak.
Maaf dari hujung rambut ke tapak kaki 
kita pohon kan dari Abah dan Emak 
kita sekiranya selama ini ada salah silap.
KENGKAWAN Teman Istimewa???
Sebelum kita ceritakan tentang kengkawan marilah kita sekejap membaca Al-Fatihah buat kawan kita yaitu Allahyarham Mohd Shahrul yg telah meninggal dunia kerana kanser tekak.!!!!
Kepada yang mengenali Kulat takkira samada kenal nama atau tuannya Kulat ucapkan terima kasih kerana sudi menjadi kawan kita. Dan disini gak kita nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Along yang telah banyak menolong Kulat dalam menghadapi cabaran. Terima Kasih!! Tak lupa jugak kepada teman teman chat yang banyak buat kan kita tersenyum kerana tulisan kalian. Terima kasih Wani,Ana, Izzat, Acan, Kak Riena,Kak Nur,Hanie,Ain,Azian,Yann dan ramai lagi kerana sudi melayan kerenah kita.

Gambar kengkawan
Karya kengkawan

Entah la.... nak kata tak pernah ada tu bohong la kan
Tapi tu cerita lama malas la nak ungkit balik. Dan apa yang aku tahu
biar bujang asalkan jangan sakit hati dah. Bukan kata tak nak berkasih lagi tapi biar la kulat
hidup begini asal gembira. Bila sampai masa nanti datang la dia!!! Tapi kalau dah berkenan tu mesti try masuk line kot-kot dapat
he he he..... Update.( dah berpunya dah rupanya aku ni tak sangka lak :).