HIDUP HIDUP DIBAKAR

Tiba-tiba depan mata
Menjelma kabus kaburi karma
Menghilangkan jejak tapak
kehidupanku
Apa yang telah aku bina
Kini lenyap segala maknanya

Membuat kuhilang arah
Luka berdarah dan aku
dibakar
Kerana telah terlalu lama kita
Bersama kejar kejora

Kusangkakan takdir kau dan
aku sehala
Jauh sekali Tanggapanku
Hilang seri muncul awan
kelabu
Merampas segala yang dulu
milik aku

Hidup-hidup dibakar
Sampai bilakah bila
Hidup penuh sengsara
Kau patukkan bisa di mata

Ketuk pahat di dada
Sampai bilakah bila
Azab akan terasa
Aku terkurung dalam penjara
Kamar yang kita bina
Dan aku dibakar
Harapan terbakar
Menyala-nyala api
Membara
Hangus terbakar
Di dalam kamar