Muka Depan
            
           Maklumat Am
     
     Album Gambar
        
Hubungi Kami
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi
Persatuan Penduduk Kondominium Langat Jaya

Kondominium Langat Jaya,
Jalan Datok Alias,Off Jalan Hulu Langat,
43200,Batu 9 Cheras,
Selangor Darul Ehsan.

Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana di atas inisiatif semua penduduk Kondominium maka kita telah dapat menubuhkan Persatuan Penduduk Kondominium Langat Jaya atau dalam singkatannya PPKLJ. Sebagai Pengerusi Persatuan yang telah dilantik, saya berjanji bahawa saya akan mengetuai persatuan ini dengan sebaik mungkin terutamanya dalam menjaga kabajikan ahli dan semua penduduk di Kondominium ini.

Sebagai persatuan yang masih baru dan serba kekurangan ini, saya akui mungkin akan terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan yang timbul. Walau bagaimanapun saya bagi pihak jawatankuasa berjanji akan cuba menyelesaikan masalah ini dengan sebaik mungkin dari masa ke semasa. Teguran yang membina dari pihak ahli amatlah dialukan-alukan bagi memantapkan lagi perjalanan persatuan ini.

Untuk makluman semua, persatuan ini ditubuhkan di atas kesedaran penduduk bagi memastikan kebajikan ahli persatuan dan juga penghuni-penghuni kondominium Langat Jaya. Di antara matlamat utama penubuhan persatuan ini adalah seperti berikut:

* Menjaga kebajikan ahli persatuan/penghuni kondominium.

* Menjalinkan hubungan baik dengan pihak pemaju, pihak pengurusan dan juga dengan masyarakat setempat.

* Bekerjasama dengan pihak pengurusan dan pemaju dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kediaman dan juga kemudahan yang disediakan oleh pihak pemaju.

* Bekerjasama dengan masyarakat setempat jika melibatkan tanggungjawab bersama seperti gotong-royong, ibadah qurban, kematian dsb.

* Memupuk semangat muhibbah dan semangat kejiranan yang tinggi, saling kenal dan bantu membantu di kalangan semua penghuni kondominium.

* Melahirkan satu masyarakat atau komuniti yang berilmu, berpendidikan dan beretika bagi melahirkan sebuah masyarakat yang berilmu termasuk ilmu-ilmu kerohanian dan keagamaan melalui aktiviti2 yang akan dianjurkan oleh AJK persatuan.

* Melahirkan masyarakat yang sihat dari segi mental dan fizikal melalui penganjuran aktiviti-aktiviti sukan seperti futsal, tenis, ping pong, indoor games dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu saya berharap kepada semua penghuni agar memberikan sokongan yang padu kepada persatuan ini dan segala permasalahan yang akan timbul marilah kita selesaikan ia secara sebaik mungkin melalui proses perbincangan dan bukan dengan cara yang mengikut emosi agar kasih sayang dan kemesraan sesama penghuni akan menjadi bertambah erat dari masa ke semasa. Perkara itu telah dapat kita buktikan melalui penganjuran ibadat solat terawih pada bulan Ramadhan baru-baru ini dan juga majlis Malam Mesra Aidilfitri pada 11 Nov 2006.

Akhirkata saya berharap kepada semua penghuni agar dapat memberikan sokongan yang padu kepada persatuan ini supaya matlamat utama persatuan ini akan tercapai. Rumahku syurgaku. Penduduk sepakat membawa berkat.

Sekian. Terima kasih.

JAMALUDIN HASSAN
Pengerusi
Persatuan Penduduk Kondominium Langat Jaya
13 Nov 2006

Hakcipta Terpelihara PPKLJ 2005-2009

Ucapan Pengerusi