Kemaskini
pada:
13 May 2003
Sejarah
Penubuhan
Kaedah pengambilan pegawai PTD diubahsuai dari masa ke semasa hasil dari maklumbalas daripada pelanggan. Bagi pengambilan tahun 1996 hingga 1998, kaedah kursus Diploma Pengurusan Awam dibuat secara terbuka. Calon yang lulus temuduga SPA dilantik secara sementara dan ditempatkan di kementerian dan jabatan. Ini adalah untuk mengatasi masalah kekosongan jawatan yang kritikal. Mereka dikehendaki mengikuti kursus DPA dalam sistem terbuka i.e. kursus dalam satu tempoh tertentu dan balik bertugas semula sehinggalah selesai semua modul yang ditetapkan. Pelantikan mereka akan dibuat secara lantikan tetap apabila mereka tamat dan mendapat sijil. Kaedah DPA terbuka ini menimbulkan masalah kepada kementerian dan jabatan kerana pegawai tidak dapat diberikan tugas jangka panjang kerana mereka terikat dengan kursus yang terpaksa mereka hadiri. Di samping itu, banyak maklumbalas yang diterima dari kementerian dan jabatan mengatakan pegawai-pegawai yang dilantik sebelum ini mempunyai beberapa kelemahan.
Dengan maklumbalas tersebut usaha telah dibuat untuk meningkatkan kualiti calon yang dipilih. Salah satu darinya adalah memperbaiki kaedah pemilihan calon. Oleh itu, pada pertengahan tahun 1999 diwujudkan satu lagi peringkat penilaian iaitu Penilaian Assessment Centre.
Objektif
Merangka, melaksana dan menilai calon-calon PTD Gred M41 melalui kurikulum PTD Assessment Centre
Membantu dan bekerjasama dengan Bahagian Perkhidmatan JPA dan SPA membuat penilaian ke atas calon PTD Gred M41 untuk proses temuduga seterusnya, dan
Mempersiapkan calon PTD Gred M41 yang layak dengan budaya kerja dan wawasan perkhidmatan PTD.
Agensi
Pelaksana
Agensi pelaksana adalah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan, JPA. INTAN diberi tanggungjawab ini kerana ia mempunyai kepakaran sebagai sebuah institut latihan dan mempunyai kemudahan logistik yang baik.
Kaedah
Pelaksanaan
Calon yang telah lulus peperiksaan khas akan dipilih oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan dikemukakan ke Bahagian Perkhidmatan JPA. Calon akan dipanggil untuk menghadiri sesi penilaian pada tarikh dan tempat yang ditentukan. Terdapat 6 pusat (bergantung kepada keperluan) diadakan sesi iaitu:
1. INTURA – Cawangan INTAN Wilayah Utara, Sungai Petani Kedah untuk calon kawasan Perak Utara, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
2. KIARA – Kampus Induk INTAN di Bukit Kiara untuk calon dari kawasan Tengah iaitu Perak Selatan, Selangor, sebahagian Pahang dan Negeri Sembilan.
3. INTIM – Cawangan INTAN Wilayah Timur, Kemaman Terengganu untuk calon dari kawasan Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan sebahagian Pahang
4. IKWAS – Cawangan INTAN Wilayah Selatan Kluang, Johor untuk calon dari kawasan Selatan iaitu Johor, Melaka dan sebahagian Negeri Sembilan.
5. INTAN Sarawak – Cawangan INTAN Wilayah Timur Laut, Kuching Sarawak untuk calon dari Sarawak
6. INTAN Sabah - Cawangan INTAN Sabah yang baru dibuka di Kota Kinabalu untuk calon dari Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan
Penentuan pusat adalah berdasarkan kepada lokasi Pusat Peperiksaan Khas yang diisi oleh calon dalam borang SPA 8. Walau bagaimanapun sekiranya sesebuah pusat telah melebihi kapasiti, calon akan diagihkan ke pusat lain yang berhampiran. Oleh itu, calon diminta memberikan alamat sebenar tempat tinggal mereka dan juga nombor telefon untuk dihubungi.
Tempohnya antara tiga hingga empat hari. Penginapan, makan/minum dan kemudahan lain disediakan oleh INTAN. Tiada bayaran dikenakan setakat ini. Kos pengangkutan ke pusat penilaian ditanggung oleh calon sendiri.
Calon-calon dibahagikan kepada kumpulan antara 10 – 15 orang tetapi penilaian dibuat secara individu oleh Panel Penilai yang dilantik. Susunan program dan aktiviti seperti berikut: