-
1966
- MCS digabungkan dengan perkhidmatan luar negeri yang
baru ditubuhkan dan dinamakan dengan Malayan
Home and Foreign Service (MHFS).
-
1967
- Laporan Development Administration in Malaysia - Report to the
Government of Malaysia oleh Prof. John D. Montgomery dan Prof.
Milton J. Esman mencadangkan supaya MHFS (i) memperkenalkan
pengkhususan bidang kerja (ii) melaksanakan penempatan tidak kurang
dari lima tahun pada sesuatu jabatan (iii) mewujudkan peluang
latihan dalam perkhidmatan pada peringkat ijazah lanjutan.
-
1971
- MHFS ditukar nama kepada Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD)
melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 1971.
-
1987
- Kuasa pertukaran pegawai Gred M3 telah diturunkan kuasa kepada
Ketua Jabatan melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.3 Tahun
1987.
-
1999
- Kuasa pertukaran
pegawai Gred M2 telah diturunkan kuasa kepada Ketua Jabatan melalui
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.3 Tahun 1999.
-
2000
- Sekim PTD dipinda supaya kelulusan Diploma
Pengurusan Awam (DPA) dari INTAN dijadikan syarat untuk pengesahan
jawatan. Sebelum ini DPA adalah syarat lantikan ke PTD.