Home
 

Atas kesedaran bahawa ribuan graduan Melayu mempunyai potensi besar untuk menyumbang ke arah pembangunan dan kemajuan bangsa Melayu Sarawak maka saudara Sanib Said berusaha mengumpul sahabat-sahabat sesekolah dan seuniversiti pada tahun 1991. Percubaan awal ini gagal.Kejayaan Seminar Budaya Melayu II dan perasmian Yayasan Budaya Melayu pada tahun 1993 telah menghidupkan semula semangat saudara Sanib untuk menubuhkan satu persatuan. Sehubungan dengan itu satu mesyuarat telah diadakan di rumah beliau yang dihadiri oleh saudara Ahmad Lokman, saudara Wajidi, saudara Dzulkarnain, saudara Dr. Abang Ridwan, saudara Takun dan saudara Hadzmi. Mesyuarat itu bersetuju menubuhkan Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS). Seterusnya perlembagaan digubal dan permohonan telah dikemukakan pada 14 Ogos 1994 dan perakuan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan diperolehi pada 23 September 1994.

Setelah menunggu sekian lama maka akhirnya IGMS telah sah didaftar pada 18 April 1996.