Balik ke Menu Utama Fokus Sup KImia

Fokus Mac 2000

The Perfect Plan To Score KIMIA
~ untuk pelajar tingkatan 5

rock.gif (997 bytes) OK ! Anda seorang pelajar Tingkatan 5. Anda lemah dalam kimia terutamanya topik-topik Tingkatan 4 banyak yang masih belum difahami dan dikuasai dengan baiknya. Anda mungkin mula berasa bimbang kerana Peperiksan Pertengahan Tahun 2000 semakin dekat. Apakah yang harus anda buat ?

rock.gif (997 bytes) Baiklah ! Biar Mr. Ooi menolong anda dalam fokus Mac 2000 ini. Cikgu akan mencadangkan beberapa langkah yang berguna serta efektif untuk membantu anda mengatasi masalah yang sedang dihadapi.

~ Mr. Ooi ~


Minta maaf, fokus Februari tidak dapat disediakan kerana cikgu sangat sibuk. Cikgu berjanji akan mengemaskini laman ini dengan lebih kerap lagi mulai bulan April.

Jika anda ingin skor kimia maka anda perlu pelan yang dirancang dengan teliti mulai awal tahun lagi.. Kejayaan tidak akan jatuh ke atas tangan anda dari langit tanpa pelan yang baik.

Jadual di bawah ialah "The Perfect Plan" yang cikgu merancangkan untuk semua pelajar Tingkatan 5 yang ingin skor kimia dalam peperiksaan SPM 2000.

Jan
Feb
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
Sept
Okt
Nov
Tahap 1
Target untuk skor peperiksaan 1/2 tahun
Tahap 2
Target untuk skor peperiksaan percubaan SPM 2000
Tahap 3
Skor SPM 2000
  1. Anda harus mengulang kaji topik-topik tingkatan 4 yang penting.
  2. Menguasai topik tingkatan 5 iaitu Garam dan Pengoksidaan dan Penurunan dengan baik.
  3. Buat semua soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas.
  1. Pada peringkat ini anda harus menumpukan perhatian kepda topik -topik Termokimia, Kadar Tindak balas, dan Alkohol & Asid Organik.
  2. Mula mencuba kertas-kertas model SPM.
  3. Memberikan lebih banyak masa untuk membuat latihan esei.
  1. Target topik 7, 8, dan 14 hanya untuk menjawab soalan-soalan struktur sahaja.
  2. Spot topik-topik yang diramalkan akan keluar dalam SPM 2000.
  3. Kumpul soalan-soalan esei yang dispot untuk dibaca pada saat-saat terakhir.

1. Apakah topik-topik Tingkatan 4 yang harus diulangkaji segera ?
Topik -topik Tingkatan yang harus diulangkaji semula sebelum peperiksaan 1/2 tahun ialah :

  • Topik 4 : Elektrokimia
  • Topik 5 : Asid dan Bes
  • Topik 6 : Petroleum dan Hidrokarbon.

Saya memilih topik-topik ini kerana biasanya pelajar tidak dapat memahami dan menguasai topik-topik tersebut dengan baik semasa tingkatan 4.

2. Bagaimana mengulangkaji ?
Pada pendapat cikgu, cara mengulangkaji yang paling baik ialah membuat latihan.Ini bermakna anda memerlukan buku-buku latihan yang sesuai.

Berikut ialah dua buku latihan yang cikgu cadangkan :

  • Buku Latihan Teori Kimia Tingkatan 4 (Penerbitan Pelangi)
  • Penilaian Topikal Terbaik Tingkatan 4 (Penerbitan Eastview)

OK ! Anda ada masalah, tidak boleh faham, apakah yang harus dilakukan ?
Berikut ialah beberapa langkah yang boleh anda ambil.

  • Tanya kawan anda
  • Tanya cikgu kimia anda
  • e-mail kepada Mr. Ooi
  • Ambil tuisyen

Ingat ! Jika anda ada masalah dan tidak tanya, maka anda tidak dapat menyelesaikan masalah anda selama-lamanya.

3. Apakah yang harus anda tekankan apabila mengulangkaji ?
Jadual berikut menunjukkan kandungan setiap topik yang harus anda tekankan semasa anda membuat ulangkaji.

 No

Tajuk Skop
1
Bab 4 : Elektrokimia
  • Pemilihan ion untuk dinyahcas pada katod dan anod.
    1. Kedudukan dalam Siri Elektrokimia
    2. Jenis elektrod (hanya untuk kes elektrolisis larutan kuprum(II) sulfat dengan elektrod kuprum sahaja atau elektrolisis larutan argentum nitrat dengan elektrod argentum sahaja.)
    3. Kepekatan (Hanya untuk pemilihan ion antara ion OH- dengan ion I-, Br-, atau Cl- sahaja. Selalu memilih ion halida kecuali kepekatan larutan sangat cair, misalnya 0.000001 M baru memilih ion OH-)
  • Menentukan elektrod negatif dan elektrod positif dalam sel kimia serta arah pengaliran elektron.
  • Menulis 1/2 persamaan untuk mewakili nyahcas yang berlaku. (Cuba senaraikan semua 1/2 persamaan kimia yang pernah anda jumpai. Sebenarnya bilangan persamaan itu sedikit sahaja)
2

Bab 5 : Asid dan Bes

  • Terangkan perbezaan perbezaan asid lemah dan asid kuat / alkali lemah dan alkali kuat.
  • Menulis persamaan untuk mewakili t/b asid :
    1. asid + bes/alkali -----> garam + air
    2. asid + garam karbonat ----> garam + air + CO2
    3. asid + logam reaktif -------> garam + gas hidrogen
  • Menghuraikan eksperimen untuk menentukan kemolaran asid atau alkali melalui penitratan.
3 Bab 6 : Petroleum dan hidrokarbon
  • Memahami maksud Siri Homolog dan ciri-ciri amnya.
  • Menghuraikan t/b penukargantian bagi alkana.
  • Menghuraikan t/b penambahan bagi alkena serta menulis persamaan setiap t/b itu. Reagen, suhu, dan mangkin bagi setiap t/b mesti dihafalkan.
  • Menulis formula struktur bagi isomer-isomer hidrokarbon.
4 Bab 9 : Garam
  • Hafalkan garam klorida dan sulfat yang tidak larut.
  • Ingatkan setiap kaeadah untuk menyediakan garam terlarut dalam air dan tidak terlarut dalam air.
    1. Garam tidak terlarut : (kaedah penguraian gandaan dua./ T/b pemendakan)
    2. Garam terlarut bukan garam Na, K atau ammonium : (T/b asid + bes, t/b asid + garam karbonat, t/b asid + logam reaktif)
    3. Garam terlarut bagi Na, K, dan ammonium : (kaedah penitratan untuk menentukan isipadu asid dan alkali yang tepat-tepat meneutrakan antara satu sama lain.)
  • Apabila terjumpa larutan NaOH dan air ammonia dalam soalan =>bermakna hendak menguji kation.
  • Hafalkan semua reagen yang diperlukan untuk menguji setiap anion klorida, sulfat, nitrat, dan karbonat.
  • Hafalkan ujian pengesahan bagi ion plumbum(II), ferum(II), dan ferum(III).
5 Bab 10 : Pengoksidaan dan Penurunan
  • Harus memahami konsep pengksidaan dan penurunan dengan baik terutamanya dari segi pemindahan elektron dan perubahan nombor pengoksidaan.
  • Boleh menerangkan pemerhatian dalam setiap t/b redoks dengan merujuk kepada proses pengoksidaan dan penurunan.
  • Boleh mengenalpasti agen pengksidaan, agen penurunan, bahan yang diturunkan dan bahan yang dioksidakan.
  • Boleh menulis 1/2 persamaan untuk mewakili pengoksidaan dan penurunan.
  • Boleh menulis persamaan ion untuk mewakili t/b redoks.

4. Buat semua soalan SPM tahun-tahun lepas.
Jika anda ingin mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan 1/2 tahun, maka anda mesti menjawab semua soalan SPM dari 1993 hingga 1999. Mengapa ?

Berikut ialah sebab-sebabnya :

  1. Secara membuat semua soalan SPM, anda akan mengetahui apakah kemahiran-kemahiran yang ditekankan dalam peperiksaan SPM..
  2. Cikgu-cikgu sekolah biasanya suka menggunakan soalan SPM yang terkini dalam kertas peperiksaannya.
  3. Jika cikgu anda mengambil soalan daripada mana-mana buku rujukan, formatnya pun tidak jauh beza daripada format soalan SPM.



OK ! Sampai sini sahaja untuk TAHAP 1 :" The Perfect Plan" untuk skor kimia.

Tahap 2 dan Tahap 3 akan dibincangkan secara terperinci pada masa yang sesuai.

Disediakan oleh Mr. Ooi / Mac-2000