Koleksi
Soalan
Esei |
Satu cara yang cikgu cadangkan untuk
mengatasi masalah menjawab soalan esei ialah membuat
koleksi soalan esei.
Bagi setiap tajuk kimia yang anda belajar, anda sepatutnya membuat
koleksi soalan esei bagi tajuk berkenaan.
Melalui soalan-soalan esei yang anda kumpulkan, anda dapat
- mengentahui jenis -jenis soalan esei yang
berkaitan dengan tajuk itu,
- mempelajari cara menjawab soalan esei
daripada contoh jawapan yang diberikan,
- memudahkan anda mengulangkaji sebelum
ujian atau peperiksaan .
Kaedah membuat koleksi soalan esei.
- Beli buku koleksi soalan Kimia SPM tahun
1993 - 1998
- Beli dua atau tiga buah buku Model Soalan
SPM.
- Fotostat semua soalan-soalan esei dan
contoh jawapan.
- Analisis dan mengkategorikan setiap soalan
/subsoalan esei mengikut tajuk.
- Gunting setiap soalan esei dan contoh
jawapan kemudian susun semula mengikut tajuk.
Penggunaan koleksi soalan esei
- Baca soalan dan berfikir bagaimana
menjawab sebelum anda merujuk kepada contoh jawapannya.
- Bandingkan contoh jawapan dengan jawapan
anda.
Sekiranya tidak sama, cuba mencari sebab-sebabnya (Tanya guru
kimia anda jika perlu).
- Gariskan poin-poin yang penting.
- Kaji semua soalan esei dan membuat
analisis apakah jenis kemahiran yang kerap diuji bagi setiap
tajuk itu.
- Sebelum ujian atau peperiksaan, baca
semula dan menghafalkan poin-poin penting yang telah digariskan
oleh anda.
Jika anda betul-betul ingin mengatasi masalah menjawab soalan esei,
buatlah koleksi soalan esei anda yang tersendiri atau secara kumpulan
dengan rakan-rakan anda.
|