TUTORIAL 3
MENGUASAI PENGIRAAN YANG MELIBATKAN KONSEP KEMOLARAN
A. Pengiraan kepekatan dalam gdm-3 atau moldm-3
Tips
(I) Kepekatan larutan dalam gdm-3 =  (ii) Kepekatan larutan
dalam moldm-3 =  |
- Hitungkan kepekatan bagi larutan-larutan yang berikut dalam gdam-3.
a. 4 g zink klorida dilarut dalam air untuk menghasilkan 100 cm3 larutan.
b. 25 g kalium nitrat dilarut dalam air untuk menghasilkan 500 cm3 larutan.
c. Berapakah jisim natrium sulfat yang terkandung dalam 500 cm3 larutan yang
kepekatannya 25 gdm-3 ?
- Hitungkan kepekatan bagi larutan-larutan yang berikut dalam moldm-3.
a. 0.3 mol litium sulfat dilarutkan dalam air untuk menghasilkan 100 cm3
larutan .
b. 1 mol natrium klorida dilarutkan dalam air untuk menghasilkan 800 cm3 .
c. Suatu larutan asid sulfurik cair mengandungi kepekatan 2 moldm-3 . Berapakah
bilangan mol aisd sulfurik cair yang terdapat dalam 20 cm3 larutan itu.
- Hitungkan (i) bilangan mol bagi setiap bahan yang digunakan, kemudian
(ii) carikan kemolaran bagi setiap larutan yang disediakan.
a. 5.85 g natrium klorida dilarutkan dalam 200 cm3 air suling.
b. 33.2 g kalium iodida dilarutkan dalam 500 cm3 air suling.
c. 2.7g kuprum(II) klorida dilarutkan dalam 250 cm3 air suling.
d. 99.3 g plumbum(II) nitrat dilarutkan dalam 400 cm3 air suling.
Jawapan : 1. (a) 40 gdm-3 (b) 50 gdm-3
(c) 12.5 g ,
2. (a) 3 moldm-3 (b) 1.25 moldm-3 (ci) 0.04 mol .
3. (a) 0.1 mol, 0.5moldm-3 (b) 0.2 mol, 0.4 moldm-3
(c) 0.02 mol, 0.08 moldm-3 (d) 0.3 mol, 0.75 moldm-3
B. Pertukaran unit "gdm-3 " kepada unit
"moldm-3 " dan sebaliknya.
Tips
Kepekatan dalam moldm-3 kepekatan dalam gdm-3 |
- Hitungkan kepekatan bagi larutan-larutan berikut dalam moldm-3.
a. Larutan magnesium klorida yang mempunyai kepekatan 9.5 gdm-3.
b. Larutan kalium iodida yang mempunyai kepekatan 33.2 gdm-3.
- Hitungkan kepekatan, dalam moldm-3 , bagi satu larutan
yang mengandungi 37 g magnesium nitrat dalam 1 dm3 larutan.
[J.A.R. : N = 14, O = 16, Mg = 24]
- Hitungkan kepekatan bagi larutan-larutan berikut dalam gdm-3.
a. 0.1 moldam-3 larutan natrium sulfat.
b. 2 moldm-3 larutan aluminium nitrat. ,
- Apakah kepekatan, dalam gdm-3, bagi larutan kuprum(II)
nitrat 1.5 M ? ,
[ J.A.R. : N = 14, O = 16, Cu = 64 ]
Jawapan : 4 (a) 0.1 moldm-3 (b)
0.2 moldm-3, 5. 0.25 M
6.(a) 14.2 gdm-3 (b) 426 gdm-3, 7. 282 gdm-3
C. Menghitung bilangan mol
bahan larutan jika diberikan kemolaran larutan tersebut.
Tips
Bilangan mol bahan larutan yang terdapat dalam V cm3 M moldm-3 suatu larutan ialah mol. |
- Hitungkan bilangan mol ferum(II) sulfat yang terdapat dalam 80 cm3 larutan
ferum(II) sulfat yang kepekatannya 0.2 moldm-3.
- Berapa mol natrium nitrat yang terkandung dalam 25 cm3 larutan natrium nitrat
0.5 moldm-3 ?
- Diberi 200 cm3. larutan kalium iodida 2 moldm-3 mengandungi x mol
kalium iodida. Cari nilai x.
- Berapakah jisim barium hidroksida, Ba(OH)2, yang dilarutkan dalam air untuk
menghasilkan 50 cm3 larutan berair mempunyai kepekatan 0.1 M ?
- X g plumbum(II) nitrat telah dilarutkan dalam 500 cm3 air suling untuk
menghasilkan suatu larutan yang mempunyai kepekatan 0.6 moldm-3. Cari nilai X.
- 53 g natrium karbonat telah dilarut dalam air untuk menghasil suatu larutan 0.25 moldm-3.
Hitungkan isipadu larutan natrium karbaonat yang telah disediakan.
Jawapan : 8. 0.016 mol, 9. 0.0125
mol, 10. 0.4 mol
11. 0.885g, 12. 99.3g, 13. 2000 cm3 ,
B. Pencairan suatu bahan
Tips
Jika suatu larutan V1 cm3 M1 moldm-3
dicairkan dengan air supaya terhasilnya larutan V2 cm3 M2
moldm-3 , maka M1V1 =
M2V2 |
- 10 cm3 larutan kalium bromida 1 M dicairkan dengan air suling untuk
menjadikan 50 cm3 larutan. Apakah kepekatan larutan kalium bromida selepas
dicairkan ?
- Air suling telah ditambahkan kepada 80 cm3 larutan natrium karbonat 0.4
M.Berapakah isipadu larutan natrium karbonat cair yang telah disediakan jika kepekatan
larutan yang terbentuk ialah 0.1 M ?
- 150 cm3 larutan zink sulfat telah dicairkan dengan air suling untuk
menghasilkan 450 cm3 larutan zink sulfat 0.6 moldm-3. Apakah
kepekatan asal larutan zink sulfat ?
- 20 cm3 larutan argentum nitrat 0.1 M dicairkan dengan air untuk menghasilkan
larutan argentum nitrat 0.02 M. Berapakah isipadu air yang telah ditambahkan ?
- 25 cm3 asid nitrik cair 2 moldm-3 dicairkan dengan air suling
sehingga menjadi 250 cm3 larutan. Apakah kepekatan asid nitrik yang terhasil ?
- Jika 200 cm3 larutan kalium hidroksida yang kepekatannya 2.8gdm-3
dicairkan sehingga 500cm3. Apakah kemolaran larutan yang terbentuk ?
Jawapan : 14. 0.2 M, 15. 320 cm3, 16. 1.8
M, 17. 80 cm3 , 18. 0.2 M 19. 0.02 M ,
E. Tindak balas peneutralan
Tips
Katakan A ialah suatu asid dan B ialah suatu alkali. ,
kedua-dua bahan itu bertindak balas mengikut persamaan berikut ,
aA(ak) + bB(ak) --------> Hasil
Jika V1 cm3 M1
moldm-3 larutan A meneutralkan V2 cm3 M2
moldm-3 larutan B,
maka ,  |
- 15.0 cm3 larutan kalium hidroksida 1 M memerlukan 10 cm3 asid
nitrik cair untuk peneutralan lengkap. Hitungkan kemolaran asid nitrik cair yang
digunakan.
- Hitungkan isipadu asid sulfurik cair 0.5 moldm-3 yang diperlukan untuk
meneutralkan barium hidroksida 0.2 moldm3.
- 0.2 M asid hidroklorik cair ditambahkan sedikit demi sedikit ke dalam sebuah bikar kecil
yang mengandungi 40 cm3 0.5 moldm-3 larutan natrium hiodroksida dan
10 cm3 air. Berapakah jumlah isipadu larutan dalam bikar kecil itu supaya
larutan menjadi setakat neutral sahaja ?
- Suatu larutan asid hidroklorik 7.3 gdm-3 memerlukan 10.0 cm3
larutan kalium hidroksida 0.1 moldm-3 untuk peneutralan lengkap. Hitungkan
isipadu asid hidroklorik yang telah digunakan.
- 30.0 cm3 larutan natrium hidroksida 4 gdm-3 memerlukan 15.0 cm3
asid sulfurik cair untuk peneutralan lengkap. Hitungkan kepekatan asid sulfurik cair yang
telah digunakan dalam moldm-3.
Jawapan : 20. 1.5 M, 21. 20 cm3,
22. 150 cm3, 23. 5 cm3,
24. 0.1 M
