Hyperlinks to Subsections:
1. 1918 - 1930
- Batu Asas Yu Hua
2. 1930 - 1945
- Pembelian Ladang
3.
1945 - 1957 - Jawatankuasa Pembangunan Sekolah
4. 1962 -
1968 - Penukaran Nama Sekolah
5. 1973 -
1979 - Penubuhan PIBG Sekolah
6. 1979
- Rancangan Projek Pertama
7.
1980 - Rancangan
Projek Kedua
8. 1989
- Rancangan Projek Ketiga
9.
Statistik Masa Kini
10.
Java Player
Sebelum tahun 1917, sebuah sekolah Cina bernama Sekolah Boon Hua telah ditempatkan di dalam Bangunan Kelab Saudagar di Nombor 34, Jalan Besar, Kajang. Selangor. Pada tahun 1917, Sekolah Boon Hua menyewa dua buah kedai di Jalan Sulaiman, Kajang untuk dijadikan bangunan sekolah kerana bertambahnya bilangan pelajar. Semenjak itu, sekolah ini menjadi sebuah sekolah yang bebas, tiada kaitan dengan perniagaan lagi.
Semasa Sekolah Boon Hua ditubuhkan, Pengerusi Lembaga Pengelola, En. Low Ti Kok, Guru Besar Encik Tan Yik Hoh dan tokoh-tokoh Lembaga Pengelola ada rancangan untuk mendirikan bangunan sekolah sendiri. Akhirnya, mereka berjaya mendapatkan sekeping tanah di Jalan Low Ti Kok pada tahun 1918 untuk mendirikan bangunan sekolah. Pada masa itu, nama sekolah ini ditukarkan kepada Sekolah Yu Hua. Bangunan sekolah baru itu mula digunakan pada tahun 1919.
Selain itu, Lembaga Pengelola telah membeli sebuah ladang getah yang luasnya 18 ekar untuk dijadikan harta kekal sekolah. Harta sekolah itu akan menjamin perbelanjaan kewangan sekolah tidak terjejas. Dengan itu, batu asas Sekolah Yu Hua diletakkan dengan kukuh.
Pada tahun 1929, Sekolah Yu Hua mula mengadakan pelajaran menengah rendah dan lima buah bilik darjah baru pun ditambah. Pada masa itu, murid-muris tua yang baru pulang ke tanah air selepas taman pelajaran tinggi di Negeri Cina, terus memberikan bantuan penuh kepada perkembangan Sekolah Yu Hua. Sejak itu, bilangan murid dan guru Sekolah Yu Hua semakin meningkat.
Pada tahun 1934, lima buah bilik darjah ditambahkan lagi. Selain itu, sebuah asrama murid-murid juga didirikan untuk menampung keperluan penginapan murid-murid dari tempat yang jauh yang menuntut di sekolah Yu Hua.
Pada tahun 1935, Lembaga
Pengelola sekolah dan murid-murid tua berusaha untuk mengutip derma dan
membeli sebuah ladang yang berdekatan dengan sekolah untuk perkembangan
infrastruktur sekolah. Malangnya, pada tahun 1941, Tanah Melayu jatuh ke
tangan tentera Jepun dan Sekolah Yu Hua turut diduduki oleh askar-askar
Jepun. Pada masa itu, segala kelengkapan sekolah musnah sekali. Sayangnya,
malang tak berbau.
Selepas Perang Dunia Kedua, Sekolah Yu Hua dibuka semula ia itu pada tahun 1946. Keadaan sekolah pulih semula dan bilangan pelajar pun bertambah pesat. Pada tahun 1954, lima buah bilik darjah ditambah lagi dan pelajaran menengah rendah diadakan semula. Tidak lama kemudian, Jawatankuasa Pembangunan Sekolah telah diwujudkan. Sambutan daripada masyarakat, ibu bapa, guru-guru dan murid-murid untuk memberi sumbangan kepada pembangunan sekolah amat menggalakkan. Bangunan baru ini digunakan untuk Bahagian Sekolah Menengah pada tahun 1958.
Negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Mengikut Dasar pelajaran Negara, Sekolah Yu Hua dibahagikan kepada Sekolah Rendah Yu Hua dan Sekolah Menengah Yu Hua. Pada ketika itu, sekolah mempunyai sepuluh buah kelas dengan 420 orang murid dan 17 orang guru. Setelah 40 tahun ditubuhkan, Sekolah Yu Hua memasuki suatu era yang baru. walaupun sekolah Yu Hua menjadi dua, iaitu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, semangat dan nama tetap satu dan terus bertambah maju sehari demi sehari.
Pada tahun 1962, Sekolah Menengah telah menerima bantuan daripada Kerajaan dan namanya ditukarkan kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yu Hua . Pelajaran Menengah Tinggi pun dimulakan.
Pada penhujung tahun 1967, projek mendirikan sebuah bangunan yang mengandungi sebuah perpustakaan dan sebuah makmal sains yang lengkap dengan bilik persediaan dimulakan. Projek ini selesai pada pertengahan tahun 1968.
Pelajar-pelajar sekolah ini bertambah setahun demi setahun sehingga bilik darjah tidak mencukupi lagi. sebagai langkah kecemasan dan sementara, dua buah bilik darjah (separuh batu-bata dan separuh papan) didirikan pada tahun 1977.
Jawatankuasa Pembangunan Sekolah disusun semula pada bulan September 1978 dan dua buah bilik darjah sementara ditambah lagi pada akhir tahun 1978 untuk menerima kemasukan murid-murid Sekolah Rendah Yu Hua yang bertambah pada tahun itu.
Pada tahun 1983 juga, Sekolah Menengah Yu Hua diikhtirafkan sebagai sebuah sekolah Gred A. Pada tahun 1987, Lembaga Pengelola Sekolah dan Jawatankuasa Pembangunan Sekolah mula merancang Projek Ketiga Projek Ketiga, iaitu mendirikan sebuah bangunan empat tingkat yang mempunyai pejabat pentadbir sekolah, sebuah dewan, sebuah perpustakaan, sepuluh buah bilik darjah, empat buah bilik kuliah dan sebuah bilik Alat Pandang Dengar. Projek yang menelan perbelanjaan RM 1.7 juta ini dimulakan pada 5 Januari 1989. Bangunan bertingkat empat ini siap didirikan pada penghujung tahun 1990.
termasuk 33 buah bilik
darjah
lima buah makmal sains
sebuah perpustakaan
berhawa dingin
sebuah Bilik Rujukan
berhawa dingin
sebuah bilik komputer
berhawa dingin
empat buah bilik kuliah
sebuah bilik Alat
Pandang Dengar (atau Pusat Sumber Satu) berhawa dingin
empat buah bengkel
Kemahiran Hidup
Bilik Seni
Dewan serbaguna (boleh
memuatkan 6 buah gelanggang badminton)
Pentas yang dilengkapi
dengan sistem siaraya yang canggih
10 buah bilik darjah
berhawa dingin
Sebuah Komputer Cx166+
untuk Kelab Komputer
Sebuah Komputer Intel
Pentium 200Mhz Berinternet
Sebuah Komputer Intel
Pentium 200Mhz untuk unit Peperiksaan
Sebuah komputer Intel
Pentium 200Mhz untuk pengurusan harian
Sebuah komputer Intel
Pentium 200MMX untuk projek pengkomputeran
Selain pembangunan fizikal, sekolah Menengah Yu Hua juga mengutamakan pembentukan sahsiah pelajar. Disiplin pelajar dipandang berat dan para pelajar sentiasa diingatkan supaya berpegang kepada cogan kata sekolah iaitu
sekolah Menengah Yu Hua telah berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum di bawah bimbingan para Pengetua dan Guru-guru yang berdedikasi. Sehingga September 1997, Sekolah Menengah Yu Hua mempunyai 2,824 orang pelajar dari Sidang Pagi dan Petang, dari Peralihan hingga Tingkatan 6. Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Yu Hua bukan sahaja dari Daerah Hulu Langat bahkan dari jauh saperti Seri Kembangan dan Dengkil.
End of Brief History. Go back to Top
To pause the music, press appropriatelyThis page requires a JAVA Enabled Browser![]()
![]()
![]()
This is what this page supports This Page is Hosted byYou can get your homepage too.
Staff Photo Principal's Page Staff List (Morning) Staff List
(Afternoon)School's Motto The Beginning Faces of glory The Man behind Wonderful Warmth Beautifully said Click on any of these boxes to launch the links