From Sanggang By Election Page KEMPEN PENJARAH UMNO DI SANGGANG MELESET TAWAR HAMBAR ANTI-ISLAM!! Oleh Amin Sapiro (Ahli UMNO atas Pagar Berduri) Seorang
kawan lama di Sanggang menalipon saya tadi malam. Cerita
kami hampir 30 minit, diisi dengan keperihalan kempen
UMNO di Sanggang. Beliau sebagai orang tak berparti
sekarang, dengan sendirinya memberi saya gambaran bahawa
beliau adalah neutral dan tidak berbelah
bagi. Saya simpulkan begini: UMNO
Kebuntuan Isu SEBANYAK
ini isu negara dan masyarakat yang wajib ditangani oleh
Kerajaan UMNO/BN contohnya huruhara bantahan rakyat
akibah jemputan Yahudi oleh Mahathir, persekongkolannya
dengan Yahudi, perlekehan Mahathir terhadap potong
tangan & kaki, caci nabi berjanggut, melindungi
peogol dan penjenayah oleh pemimpin UMNO, dll
nampaknya Dr. Mahathir sentiasa mencari perkara
remeh-temeh untuk dijadikan isu besar. Dr.
Mahathir kata, ''Patung penyu sudah dihancurkan kerana ia
bertentangan dengan Islam tetapi selama 10 tahun Pas
memerintah Kelantan, patung rusa tidak dihancurkan.
Apabila patung penyu dihancurkan, patung rusa juga
(patut) dihancurkan.'' Kawan itu
bercakap, itu memang jelas dalam Islam. Tak payah nak
dibincang dan dikomplen lagi. Makin Mahathir menggunakan
logik dan sekularisma totok membabi buta mengenai sesuatu
ketentuan dalam Islam; makin itu Mahathir menampakkan
bahawa beliau adalah orang yang sudah jauh meninggalkan
kebenaran Islam. Pemikiran Mahathir sekarang tidak lagi
menjurus kepada memartabatkan Islam; sebaliknya makin
anti-Islam, kata kawan saya itu. Rais Yatim
Seorang Penjarah Islam Perbualan
kami beralih kepada kempen puak UMNO di Sanggang.
Katannya, Rais Yatim yang sekarang bukan main
ranggi sejak jadi Lembu Mahathir
dan abdi upahannya. Katanya,
jika Rais hendak cuba menghasut Raja-Raja Melayu supaya
campurtangan dalam politik, maka jawapan yang mudah
ialah: apakah UMNO sudah melupakan perbuatannya yang
merendahkan martabat Raja-Raja Melayu ketahap hanya untuk
mengistyiharkan anak bulan HariRaya saja? UMNO telah
mengikis kedaulatan Raja-Raja Melayu dan YD Pertuan
Agung. Mahathir sendiri membelakangkan Perlembagaan dan
YDP Agung dalam perlucutan jawatan DS Anwar. Rakyat
masih nampak bahawa perlucutan Anwar oleh Mahathir adalah
TIDAK SAH dari segi peruntukan Perlembagaan!! Seharusnya
Rais Yatim perlu memohon supaya Raja-Raja Melayu membuat
pendirian tegas untuk membantu membanteras gejala
memperlekeh agama yang makin melampaui batas yang
memecahbelahkan umat Islam di negara ini OLEH Mahathir
Mohammad dan beberapa pemimpin UMNO sendiri. Rais mesti
cermin-cermin muka dulu. Umat Islam makin nampak
bagaimana Mahathir telah menggunakan UMNO untuk
memecah-belahkan Islam melalui beberapa tindakan kurang
siuman dan dangkal kefahaman Islam dengan mengarahkan
Anwar supaya tidak diadili dan dibicarakan melalui
mahkamah Syariah. Walhal, kes yang dituduh keatas Anwar
lebih aib dari kes Tangkap Basah
Azizan-Hayati!! Yang
memalukan ialah Anwar dinafikan kesaksian oleh Mahathir
sendiri. Mahathir mengelat dan berhelah bermati-matian
berdegil tak mau ke Mahkamah!! Itu tabiat pemimpin Islam
kah? Kenapa Rais membisu macam katak disimbah air
saja? Apa pasal? Takut Mahathir buang kerja kah?
Kau cari makan dan pecaya dari Mahathir turunnya rezki
kah? Begitulah kesyirikan dan kemunafikan pemiumpin UMNO
hingga menolak Kebenaran dan Keadilan menyokong
Kezaliman. UMNO Nak
Kemilikan Raja-Raja Melayu? Sekarang
baru Rais dan UMNO sedar dan cuma mengajak Raja-Raja
Melayu supaya meminta baginda menegur cerdik pandai Islam
dalam kerajaan terutama sebahagian besar mufti. Kononnya,
mereka gemar berdiam diri tanpa berminat mengutarakan
pandangan mengatasi penyelewengan fatwa. Sebelum
Raja-Raja Melayu menegur biar rakyat dan orang Melayu
tegur pemimpin UMNO dulu dengan pertanyaan mudah: Bukankah
Pemimpin UMNO sendiri yang bertindak ganas terhadap Ustaz
Badrul Amin hingga diheret ke lokap Bkt Aman dan
dibogelkan separuh telanjang kerana mengimamkan anak-anak
Reformasi yang bersolat Hajat di Masjid Negara?.
Kemudian anak-anak itu pergi ke Istana Negara serahkan
Memorendum secara aman, tapi dibelasah pula atas arahan
Menteri UMNO!! Bukankah Mahathir dan pemimpin UMNO yang
membuang kerja Datuk Ishak Baharom dalam isu Ratu
Cantik yang disokong 100% oleh pemimpin UMNO? Rakyat
minta Raja-Raja Melayu supaya bincang kandungan
memorendum itu dulu sebelum bincang temberang udang
sebalik batu Mahathir dan UMNO!! Baca dan faham.
Rakyat berhak menjelaskan kandungannya. Raja-Raja Melayu
pasti ada prosedur yang wajar diikut. Masakan UMNO holds
priority!! Apakah
perbuatan Kerajaan UMNO dan BN itu sejajar dengan sikap
Islamik sebuah kerajaan yang kononnya menegakkan ugama
Islam. Adakah Rais bercakap dengan membebel buta atau
kerana sudah hilang kebenaran dalam hati? Agenda UMNO
Menipu Penganut Islam Rais Yatim
berkata, kununya hanya selepas mendapat komitmen
Raja-Raja Melayu itu saja kerajaan UMNO/BN bersedia
mewujudkan undang-undang setimpal membendung tindakan
parti-parti politik yang menyalahgunakan agama untuk
kepentingan peribadi. Nampaknya
Rais dan sekongkol UMNOnya sudah hilang akal bagaimana
hendak melaksanakan Agenda Busuk untuk
mengharamkan PAS. Apakah Rais sedang melaksanakan melakukan
jualan murahan lelong untuk mendapat sokongan
Raja-Raja Melayu keatas Akta Memisahkan Politik dan
Ugama itu. Makin
nampak UMNO sedang menggunakan Raja-Raja Melayu untuk
tujuan politik UMNO yang sudah makin merudum, kecundang
huru-hara hancur-lebur sekarang!! Kononnya
Rais berkata Kalau ditangani sekarang, hanya
selepas itu baru hendak bertindak, masanya sudah
terlewat. Ramai yang
berpendapat bahawa (sebenarnya) UMNO dan pemimpin mereka
sudah terlajak jauh dan jika mahu balik kebelakang akan
menyebabkan rakyat hilang keyakinan UMNO. Jadi, mereka
terpaksa meneruskan saja dan menghakiskan
keyakinan orang Melayu terhadap Islam sebenar dengan
membunuh PAS. Jalan pintas bagi UMNO
untuk tujuan itu ialah menggunakan pengaruh Raja-Raja
Melayu. Siang-siang orang Melayu dah dapat tangkap maksud
kempitai UMNO si Rais ini!! Kes Iran
adalah satu contoh yang paling menakutkan UMNO sekarang;
tetapi bukan orang Melayu dan Islam. Cuma yang ditakuti
rakyat dan orang Melayu ialah sikap Mahathir dan puak
UMNO yang NYATA dengan JELAS mensekularkan Islam
sewenang-wenangnya, menggunakan isu ugama dangkal untuk
menghasut orang Melayu membenci PAS; itu adalah bahaya.
UMNO dan Mahathir memang berniat curang!! Sekularisma
UMNO Melampaui Batas Islam Sekularisma
Islam oleh puak pemimpin UMNO dalam kegiatan seharian
dikhuatiri akan merebak hingga menyebabkan akhlak
generasi akan datang penuh dengan maksiat, kezaliman,
rogol, rasuah, mengutuk Nabi dan mentafsir Al-Quran dan
Hadis mengikut logik (seperti Mahathir). Memang
wajar dan wajib Raja-raja Melayu hadapi cabaran ini
secara kolektif dan tidak boleh berdiam diri; sebelum
UMNO meruntuhkan Institiusi Islam dan memecah-belah
aqidah umat Islam. Jika
Kerajaan UMNO/BN bercadang mewujudkan undang-undang yang
melarang agama dicampuradukkan dengan politik bagi
menjamin kesejahteraan rakyat dan keamanan negara, dan
untuk itu menggunakan Raja-raja Melayu untuk memberi
sokongan terhadap UMNO; bermakna jelas bahawa UMNO sudah
tidak langsung ada kredibiliti untuk mempopularkan,
mentadbir dan melaksanakan Islam Sekular
mereka!! Akta itu
tidak akan menjamin orang Melayu dan umat Islam di negara
ini akan berpatah belakang menghayati perjuangan UMNO.
Bagi mereka UMNO sudah hancur!! Pilihanraya ke-!0
terbokti UMNO runtuh merudum sehingga 22 wakil Parlimen
linkop hancur. Tapi Mahathir lantik sekularis
Islam seperti Mid Man!! Malu!! Jika UMNO
melalui Rais (jauh panggang dari api sebagai ulamak) mahu
bertindak melalui pengwujudan undang-undang mengasingkan
agama dan politik sebagai langkah terakhir, bermakna
langkah terakhir UMNO itu membawa makna Akan
bermulalah gejolak sokongan paling hebat dan menyeluruh
seluruh orang Melayu dan umat Islam terhadap Barisan
Alternatif dan PAS dengan jihad untuk menubuh Kerajaan BA
bagi menyelamatkan negara daripada situasi penyalahgunaan
ugama oleh Kerajaan UMNO/BN. Maknanya,
UMNO/BN akan diHANCURkan dan terhapus dengan sendirinya
a natural death for UMNO/BN!! Silakan!! Kamal Attaturk
adalah contoh terhebat dalam pensekularismaan Islam!! khusunya
apabila pemimpin UMNO (khusunya Presiden UMNO Mahathir
Mohammad) menabur fitnah dan dakyah, membuat fatwa
sendiri (kesah kes potong tangan dalam ucapan di Sabah)
tidak ada mufti mengambil inisiatif menjernihkan
semula keadaan dengan mengeluarkan hujah-hujah untuk
dijadikan panduan. Mengapa bagitu?? Jawapan
yang mudah ialah: Memang mereka takut, kerana ugutan
Mahathir terlalu keras. Tengok apa jadi kepada Ustaz
Ishak Baharom. Apatahlagi kebanyakan orang ugama yang
digaji oleh Kerajaan UMNO sudah naik lemak
menikmati ganjaran gaji beribu, berkereta mewah menjalar
dihadapan rumah banglo!! Siapa yang mahu dilucutkan
jawatan dan dikikis tittle Datuk dan Tan Sri? Tak ramai
seperti Datuk Ishak Baharum. Mereka lebih takut kepada
Mahathir dari kepada Allah swt. Ulamak
Dalam UMNO Kaki Ampu!! Kita hairan
apa kerja Hamid Osman, Hamid Zainalabidin, Zainal Melaur,
Yusof Nor, Wan Mokhtar, Hj Nakahie, dan para cendekiawan
Islam di JAKIM dan Pusat Islam yang upah gaji bulan itu?
Tak hairan lah bagaimana Tuan Guru UMNO: DUKUSI Ahmad
sanggup jadi tukang cuci ponggong Mahathir
selain dari tukang canang seperti kutu berahak
macam Rais Yatim!! Kita tidak
hairan bekas mufti Wilayah Persekutuan (kini Imam Besar
Masjid Putra), Tan Sri Abdul Kader Talip, yang
menyuarakan harapannya supaya Raja-raja komited menangani
isu ini. Mufti-mufti yang lain cuma membisu. Tetapi
kadangkala membisu itu lebih baik dari melalak
tak tentu buah butir macam Kader Talip yang diupah supaya
ikut termasuk dalam agenda mengampu agenda
UMNO!! Memang
orang Islam minta mufti berwaspada dan tidak bersikap
berkecuali dalam soal yang jelas ini. Kerana pemimpin
UMNO sekarang sudah masuk bakul sampah
Mahathir yang akan memusnahkan Islam dan penganutnya. Kita hairan
apa mufti kata bila Rafidah Aziz kata memperlekeh wanita
bertudung? Kita sudah tengok Rahim Thamby Chik merogol
gadis sunti!! Itu lah dia jenis ISLAM cara UMNO!! |