From Tranung Kite http://tranung1.tripod.com AWAS ! Perbuatan Biadap Adnan Yakub akan berulang masa penamaan calon ini !!! Oleh Mohamad Azizi Kita tak mahu perbuatan
biadab MB Pahang ini berulang untuk kali ini. Kalau
dahulunya di masa penamaan calon MB yang biadab ini tidak
sedar dirinya seorang MB terikut-ikut dengan cara gaya
ahli UMNO bawahan yang mengemis minta habuan boleh
menarik baju seorang pengikut BA sambil memaki-maki. Oleh itu adalah
diingatkan kepada orang ramai terutama kepada penyokong
BA pastikan MB Biadab ini di"telanjang"kan
dalam pilihan raya kecil Sanggang. Tangungjawab ini mesti
dipikul oleh kita bersama. Jangan sekali-kali membiarkan
MB biadab dan anjing-anjing kurapnya mendapat tempat di
Sanggang !!! Di bawah ini disertakan
petikan artikal yang pernah keluar dalam laman Reformasi Pada 20 hb November
1999, masa lebih kurang pukul 12.30 tengahari di kawasan
Dewan Majlis Daerah Bentong ketika hari penamaan calon
pilihanraya sedang berlangsung. Didapati Dato Seri Adnan
bin Yaakob calon Barisan Nasional telah keluar secara
meluru sejauh lebih kurang 50 kaki dari Dewan Majlis
Daerah Bentong dan telah menerkam dan merentap baju di
bahagian leher salah seroang ahli Barisan Alternatif
bernama Encik Baharin bin Abul Razak yang berada di dalam
kelompok penyokong Barisan Alternatif dan sambil berkata
"p***m**" orang tua ini tidak mengenang jasa
kerana beliau telah meluluskan tanah seluas 3 ekar di
Janda Baik dan masih menyokong Parti Alternatif. Tindakan seperti kepala
samseng Menteri Besar tersebut disaksikan oleh kedua-dua
penyokong parti-parti yang bertanding. Salah seorang
pembantu kepada Dato' Seri Adnan namanya Encik Wahab bin
Hassan didapati cuba memukul Encik Baharin bin Razak dan
telah ditahan oleh orang ramai yang berada di sekitar
Dewan. Perbuatan Dato' Seri Adnan dan Encik Wahab
tersebut hampir menyebabkan berlakunya pergaduhan antara
kedua-dua penyokong parti dan dapat dikawal oleh pihak
keselamatan. Laporan ini dibuat untuk
menjaga keselamatan ahli-ahli parti alternatif. Kalau
Menteri Besar boleh bersikap demikian kita bimbang
ahli-ahli mereka mereka juga boleh bersifat demikian
dalam tempoh kempen pilihanraya. Demikianlah kejadian
yang berlaku di depan ribuan mata masyarakat di Bentong.
Inilah contoh kempimpinan melalui teladan yang
dilaung-laungkan oleh kerajaan BN dan UMNO. Rakyat Pahang khususnya
masyarakat Bentong merasa sungguh sedih,terkilan dan
kecewa jika Adnan Yaakob diberi laluan dalam pilihanraya
kali in. Kepada masyarakat Bentong - fikirkanlah.
.buatlah pilihan yang terbaik, jika anda tidak jatuhkan
BN sekaran, anda mungkin tidak berpeluang melakukannya
lagi pada masa akan datang. Jangan beri ruang kepada
mereka yang zalim dan bersubahat dengan perbuatan yang
semupamanya. Takutkah Adnan Yaakob
kepada calon BA Dr Wahid Suhaimi?? Memang dia takut,
banyak sangat cerita kotor Adnan Yaakob diketahui oleh
sdr Dr Wahid termasuk semasa pemilihan Ketua Bahagian
UMNO dua tahun lalu. Hidup BA.. tumpaskan BN di Bentong, tumpaskan Adnan Yaakob di Bentung! |