From keADILan http://www.keadilan.org Pilihanraya Kecil DUN Sanggang By Wan Azizah Wan Ismail Pilihanraya
kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sanggang sekali
lagi akan memberi kesempatan kepada rakyat khususnya
pengundi di kawasan DUN Sanggang untuk membuat pemilihan
ke arah perubahan untuk mengembalikan maruah bangsa dan
negara. Kami yakin
pengundi di DUN Sanggang matang, mengikuti perkembangan
semasa serta tahu menilai bahawa negara sekarang berada
di persimpangan jalan dengan arus perubahan terus
berkembang. Dalam
pilihanraya yang lalu kita tahu peratusan rakyat yang
mengundi Barisan Alternatif telah menggoncang Barisan
Nasional khususnya pimpinan UMNO bahawa angin perubahan
adalah nyata dan mereka tidak mampu menahan angin
perubahan ini. Sekian lama
hak rakyat tercemar dan kami di Wanita Barisan Alternatif
ingin mengambil kesempatan seperti pilihanraya kecil DUN
Sanggang untuk memaklumkan kepada masyarakat Malaysia
tentang hak-hak mereka khususnya kaum wanita. Barisan
Wanita Alternatif, PAS, Parti Keadilan Nasional, DAP dan
PRM, akan bersama-sama dalam satu pakatan yang padu turun
ke Sanggang untuk memperjelaskan tentang isu-isu seperti
rasuah, penyalahgunaan kuasa, sikap angkuh dan
ketidakadilan yang sedang berlaku di negara kita. Kita yakin
Barisan Alternatif akan dapat meyakin pengundi DUN
Sanggang bahawa kehadiran kami adalah realiti untuk
jangkamasa panjang dan bukan pakatan yang hanya untuk
pilihanraya. Ini telah jelas selepas pilihanraya umum
kita tidak roboh seperti dikatakan oleh BN malah kami
semakin mantap. Akhir sekali kita yakin pada 1 April 2000 masyarakat Sanggang akan menjadi pelupor kepada obor perubahan ke arah pembentukan Kerajaan baru dalam pilihanraya umum akan datang dengan memilih Datuk Hishamuddin Yahaya, calon Barisan Alternatif bagi DUN Sanggang. |